Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, October 16, 2008
Lelaki sudah tua baru romantik
Lelaki sudah tua baru romantik
Tinjauan dapati suami lebih hargai pasangan mulai usia 53 tahun
LONDON: Berita kurang enak bagi golongan wanita apabila satu kajian terbaru membuktikan mereka perlu menunggu lebih lama iaitu apabila suami mencecah usia 53 tahun untuk menjadi benar-benar romantik, berbanding usia muda.
Inilah hasil tinjauan terbaru yang turut menjadikan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy sebagai bukti lelaki paling romantik apabila mencecah usia 50 tahun ke atas, lapor Daily Telegraph.
Tinjauan syarikat Warner Leisure Holidays & Hotels di kalangan 2,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di Britain menunjukkan majoriti golongan lelaki melewati usia 53 tahun itu mempamerkan kasih sayang yang melimpah ruah pada tahap maksimum, sehingga jauh mengatasi golongan lelaki muda.
Lebih menarik lagi, lebih tiga perempat atau 75 peratus lelaki berusia 51 dan 53 tahun percaya ungkapan 'Saya Cintakan Kamu' setiap hari sebagai aksi paling romantik.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia juga didakwa lebih menghargai pasangan dan kepentingan romantik dalam kehidupan seharian, termasuk mengejutkan isteri atau pasangan dengan kejutan menggembirakan.
Malah, aksi romantik mereka terbukti mengatasi sikap dipamerkan lelaki muda, termasuk yang berusia remaja.
Antara kejutan menarik dilakukan lelaki berusia 53 tahun itu termasuk memberi hadiah manakala lebih seorang bagi setiap empat lelaki berusia, menulis sajak untuk pasangan mereka.
Hampir separuh mengejutkan pasangan dengan sejambak bunga, minyak wangi dan manisan berbanding cuma 24 peratus lelaki yang berusia 25 tahun.
Aksi romantik lain termasuk menganjurkan percutian romantik serta membawa pasangan bercuti pada hari biasa.
"Perlu diingat, lelaki yang mencecah usia 53 tahun itu sudah jauh berpengalaman dan lebih matang dalam banyak perkara, termasuk mengenai cara mengambil hati wanita disayanginya," kata jurucakap Warner, Jim Forward.
"Pada usia itu juga, lelaki sudah masak dengan perangai isteri atau pasangan selepas menempuh banyak pertengkaran dan kesilapan pada awal dan pertengahan perkahwinan," katanya. – Agensi
Petikan Berita Harian
Aku harap, aku telah romantik sekarang. Tak perlu tunggu lama-lama, datin...
Thursday, July 3, 2008
Pengajaran matematik
Pengajaran matematik gagal lahirkan pemikir
Oleh SHAMSUDIN ABDULLAH
SEBAGAI pensyarah matematik saya pernah ditanya rakan pengusaha taska sama ada wajar atau tidak taskanya menawarkan kursus kaedah mengira pantas. Saya menjawab tidak ada salahnya kursus itu ditawarkan dengan harapan murid yang dapat mengira pantas akan meminati matematik dan seterusnya akan menceburi bidang sains.
Bagaimanapun jangan menganggap murid yang dapat mengira pantas akan pandai matematik sebab ilmu matematik bukan sekadar ilmu kira-mengira tetapi ilmu berfikir.
Mengikut pemerhatian saya, murid yang mengira pantas hanya pandai matematik peringkat rendah sehingga ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Tidak semestinya mereka dapat menguasai subjek matematik yang lebih mencabar seperti Matematik Tambahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apa lagi matematik peringkat universiti. Mata pelajaran peringkat tinggi ini memerlukan kebolehan berfikir.
Seterusnya, setelah mengajar beberapa tahun kursus mantik di universiti iaitu kursus yang memerlukan daya fikir lebih tinggi pelajar yang dianggap pandai matematik pun masih menghadapi masalah menguasai mantik.
Hampir setiap kali mengajar tajuk matematik yang paling awal di universiti saya akan bertanya dua soalan paling asas. Pertama, perbezaan di antara nombor dengan angka; dan kedua, maksud simbol-simbol x,y,z, dan sebagainya yang banyak digunakan dalam buku matematik. Pengalaman lalu menunjukkan hampir semua atau semua pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang betul bagi kedua-dua masalah ini.
Sebenarnya nombor adalah objek abstrak (tidak dapat dicerap deria yang lima) yang wujud dalam akal kita – misalnya hasil proses membilang. Disebabkan nombor abstrak, kita menggunakan simbol yang digelar angka bagi menulisnya sama ada di kertas, di skrin komputer atau sebagainya. Pendeknya angka adalah simbol nombor.
Bagi soalan kedua pula, kebanyakan pelajar akan menjawab maksud x,y,z itu adalah "anu" iaitu padanan kata dalam bahasa Inggeris "unknown". Jawapan ini tidak salah tetapi tidak tepat dan tidak menolong pelajar memahami tajuk yang sedang diajar. Kata "anu" itu terlampau umum dan boleh ditafsirkan sebagai "pokok", "haiwan", "sayur-sayuran" dan sebagainya. Sebenarnya tafsiran yang dikehendaki bagi simbol-simbol itu adalah "suatu nombor", sebab simbol-simbol itu sememangnya mewakili nombor.
Tanpa pengetahuan tentang makna simbol yang digunakan akan mengakibatkan pelajar sukar memahami konsep bagi tajuk-tajuk yang diajar sedangkan memahami konsep adalah langkah pertama dan utama dalam pembelajaran berkesan. Dalam matematik, selepas memahami konsep yang sering diringkas dalam bentuk rumus - barulah pelajar diajar cara menggunakan rumus itu. Malangnya pengajaran matematik kini terlalu tertumpu ke arah kemahiran
menggunakan rumus.
Mengikut Dr. Syed Muhammad Naqib Al-Attas, ilmu adalah titisan makna. Ini bermakna seseorang yang berupaya menghuraikan lebih banyak makna, tafsiran, pengajaran, dan sebagainya bagi sesuatu simbol, orang itu mempunyai banyak ilmu.
Bukan setakat itu sahaja, pelajar yang telah dilatih berfikir secara kritis berasaskan ilmu matematik akan lebih mudah menguasai ilmu lain dan lebih cekap dan kreatif dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam kerjayanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)