Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Tragedi 11 September...

Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram. Sila klik dailymail untuk mendapat gambaran selanjutnya.

Kejadian dikatakan semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia).

Gambar sebelum kren tumbang. Photo Dailymail.


Kren tumbang. Photo Dailymail.

Thursday, May 14, 2015

Perpustakaan bergerak...

Ridwan Sururi, 42 tahun, adalah seorang perawat kuda dari Desa Serang, Purbalingga, Jawa Tengah. Dengan menggunakan jasa seekor kuda bernama Luna, dia menciptakan perpustakaan keliling "Kudapustaka" pada awal Januari 2015.






Bacaan lanjut sila klik Perpustakaan Kuda

Monday, February 9, 2015

Bukan basikal tua...

Jose Hurtado’s extraordinary hubless twist bike might take some getting used to, but we absolutely love the idea that it can be easily connected to another to make a tandem. Designed to be reversible, the bike frame holds the wheel on two points, which keeps it secure, and the frame is crossed by the pedal system rotating inside for the bearings. The turning circle is the same as conventional bicycles, but that’s about all that is predictable about this Spanish design!

We’re not sure how comfortable it will be to sit on the Twist’s saddle, which pivots on the same arm as the handlebars, or how easily the bike will come to a stop with the hubless wheels, but the philosophy behind tandem biking is really exciting for green-minded folks like us. Really, biking alone is awesome for us and the planet, but biking for two is even better.

With easily disassembled parts that also speak to the Hurtado’s penchant for minimalism, the bike is quickly attached to another frame. If it were possible to have a long line of Twist bikes, that would make this design even more superhuman, but alas, it is restricted to two frames.








Sila klik untuk mengetahui lebih lanjut Jose-hurtadoss

Wednesday, December 17, 2014

25 Most Expensive Yachts Ever Built


22. Annaliese (Price: $103 million)



16. Project Mars (Price: $161.8 million)


8. Al Mirqab (Price: $250 million)


6. Al Said (Price: $300 million)


3. Streets of Monaco (Price: undisclosed)


1. History Supreme (Price: $4.8 billion)


Further information please click architecturendesign

Monday, October 27, 2014

Discrimination Against Hiring Of Malay Graduates

By Shahfizal Musa
Pix Shahiddan Saidi

BANGI, 4 June 2013 - Race more than résumé quality is the main consideration for getting an interview for jobs in Chinese controlled and International companies in this country.
This was the finding of two senior lecturers from the University of Malaya, Dr Lee Hwok Aun from the Department of Development Studies and Dr Muhammed Abdul Khalid in a six month experiment they undertook to find out whether response to applications for jobs are based on ethnicity of the applicants.

Dr Lee presented the findings at a seminar on “Degrees of Discrimination: Race and Graduate Hiring in Malaysia”  organised by Institute of Malaysian and International Studies of The National University of Malaysia (UKM) here today.

The findings are based on a field experiment conducted by them through the sending out of fictitious Malay and Chinese résumés of varying qualities to job advertisements, then analysing differentials in callbacks for interview.

Overall 22.1% of the Chinese applicants receive call backs from prospective employers with the Malay applicants receiving only 4.2% call backs.

Dr Lee said they took great pains and care to ensure that the resumes they sent out to employers have very little differences in achievements. "Resumes that were sent to employers are comparable in quality so that differences in treatment be more objectively attributed to racial identity”.
He cautioned the media that their study was only about the employment situation for fresh graduates. It was not done to find out why ethnic Chinese are preferred.

Analysis of the results was extensive with the figures clearly showing that there is discrimination against Malay graduates even in Malay controlled companies where the number of call backs received by Chinese candidates was 6.8% against 4.8% for Malay applicants.

Dr Lee did not state whether this showed that the Malays do not discriminate against the Chinese.
As for the Chinese controlled companies out of the total resumes sent 24% of the Chinese applicants received call backs for interviews but only 6.8% Malay applications received call backs.
For foreign controlled companies the numbers are 22.9% for Chinese applicants with none of the Malay applicants getting any call back.

The field study did not include resumes of graduates studying abroad but includes resume from both the private and public institutions of higher learning. The result showed employers prefer graduates from established public universities than from private universities.

Dr Lee, however, cautioned that the study should not be taken out of context. It shows that there is discrimination against Malay graduates when it comes to call backs for interviews but to ascertain the reasons for that, more research needed to be done to discover the truth.

He also cautioned against using the findings to accuse Chinese employers of being bigots. This would be unfair even if there was discrimination considering the Malays represent the largest segment of the population.

He did conceed that it is impossible to know what is in the minds of the decision makers when selecting their candidates. There definitely is a problem and needed to be addressed but it would be difficult if the study is used as a weapon to further certain agendas.

There will also be those who disagree with the findings and will try to discredit it. But, Dr Lee stressed that the problem needed to be solved.

There is no quick fix to the complex problem but it warrants a discussion at the national level with sincere intention to reach a just solution, Dr Lee said.

Present at the Seminar was Deputy Director of IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, academicians and members of the media.

Article from UKM

Wednesday, October 15, 2014

Mampukah anak muda akhirnya beli rumah?

Published: 15 October 2014 - Ikmal Ameen

Inilah kali pertama saya mengikuti dengan rapat pengumuman bajet. Sebelum Bajet 2015, saya tidak kisah sangat dengan hal-hal bajet, mungkin kerana bajet tahun-tahun lepas dirasakan seperti tidak banyak memberi kesan kepada hidup seharian saya. Namun begitu, 2014 ialah tahun yang berbeza. Selain terkesan dengan perkembangan saiz keluarga yang baru dibina, peningkatan kos sara hidup yang sangat ketara juga semakin membuatkan tidur malam saya kurang lena.

Kelihatannya Bajet 2015 adalah suatu bajet yang menarik, seperti menariknya juga warna jingga terang Baju Melayu yang dipakai perdana menteri di Parlimen Jumaat lalu. Satu persatu insentif, bantuan dan "hadiah" diumumkan dalam Bajet 2015 untuk rakyat. Saya pasti, seperti juga saya pada mulanya, ramai anak muda yang teruja dengan pengumuman yang dibuat minggu lalu. Perluasan program MyBrain, pengurangan kadar cukai pendapatan dan juga projek 1Malaysia Youth City adalah antara cadangan Bajet 2015 yang menarik minat ramai anak muda.

Skim Perumahan Belia – suatu inisiatif baru?

Sebetulnya, kandungan Bajet 2015 yang paling disebut-sebut ialah Skim Perumahan Belia (SPB) iaitu sebuah skim pembiayaan pemilikan rumah yang ditawarkan kepada belia berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000. Skim ini disediakan untuk pembelian rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 dengan tempoh bayaran hingga 35 tahun, tanpa perlu mengeluarkan deposit. Selain daripada syarat skim ini yang agak "ringan", kerajaan juga berjanji akan memberi subsidi RM200 sebulan kepada peminjam selama 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan. Semuanya kelihatan sungguh mengiurkan.

Namun, mari kita mengimbau kembali Bajet 2011. Ketika itu Datuk Seri Najib Razak juga ada mengumumkan suatu skim yang hampir sama seperti SPB iaitu Skim Rumah Pertamaku (SRP). SRP ditawarkan kepada belia dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan untuk membeli rumah bernilai tidak melebihi RM220,000 tanpa perlu mengeluarkan deposit. Skim ini juga mendapat reaksi yang cukup positif seperti juga reaksi belia terhadap SPB kali ini. Persoalannya, adakah SRP berjaya untuk membantu anak muda memiliki rumah sendiri?

Pencapaian Skim Rumah Pertamaku

Pada 14 Mac 2012, Bank Negara mengumumkan, selepas setahun dilancarkan, hanya 1,062 permohonan diterima. Daripada jumlah ini, cuma 37% permohonan diluluskan, manakala 48% lagi permohonan ditolak kerana tidak mencapai kelayakan kredit yang minimum. Perkara ini sebenarnya sudah dijangka memandangkan syarat had pendapatan RM3,000 adalah terlalu rendah untuk membolehkan seseorang membeli rumah sendiri, lebih-lebih lagi dengan beban kewangan lain seperti hutang PTPTN, pinjaman kereta dan pembayaran kad kredit. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM220,000 selama 30 tahun pada kadar 4.8% (iaitu BFR-1.8% semasa BFR berada pada 6.6%) akan memerlukan peminjam membayar sebanyak RM1,154 sebulan, iaitu sebanyak hampir separuh daripada gaji bulanan seorang anak muda yang berpendapatan RM2,500 sebulan. Malah, jika ditambah dengan komitmen kewangan sedia ada untuk membayar hutang PTPTN dan pinjaman kereta, semakin sedikit anak muda yang mampu untuk mendapat kelulusan bagi pinjaman tersebut. Sebab itu jugalah kerajaan bertindak untuk menaikkan had kelayakan gaji kepada RM5,000 sebulan dan had jumlah pembiayaan kepada RM400,000.

Faktor kos pembiayaan

Selain itu, Skim Rumah Pertamaku juga agak kurang menarik minat anak muda kerana kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan adalah sangat tinggi berbanding pembiayaan perumahan biasa. Kebanyakan bank menawarkan kadar keuntungan sekitar BFR-1.8% (BFR bermaksud Base Financing Rate, iaitu terma perbankan Islamik yang sama maksud dengan BLR, Base Lending Rate). Kadar BFR-1.8% adalah tinggi jika dibandingkan dengan BFR-2.5% yang dapat ditawarkan bank bagi pembiayaan perumahan biasa, iaitu berbeza sebanyak 0.7%. Sebagai contoh, berdasarkan kadar keuntungan di atas dan BFR semasa pada 6.85%, jumlah bayaran bagi pembiayaan sebanyak RM300,000 selama 30 tahun adalah seperti berikut:

Skim Rumah Pertamaku - RM1,620 sebulan, RM583,000 keseluruhan

Pembiayaan rumah biasa – RM1,340 sebulan, RM514,000 keseluruhan (termasuk 10% deposit yang dibayar di awal pembiayaan)

Dengan perbezaan bayaran bulanan sebanyak RM280 dan bayaran keseluruhan sebanyak RM69,000, jelaslah Skim Rumah Pertamaku adalah jauh lebih mahal. Justeru, Skim Rumah Pertamaku kelihatan umpama sebuah usaha gajah putih yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kerajaan membantu anak muda, walhal sebenarnya "bantuan" ini lebih banyak menekan mereka.

Faktor harga rumah

Faktor kos pembiayaan juga bukanlah satu-satunya punca tidak ramai anak muda yang mampu membeli rumah. Walaupun wujudnya skim pembiayaan mudah untuk anak muda seperti Skim Rumah Pertamaku dan Skim Pembiayaan Belia, harga rumah yang melampau tetap merupakan faktor utama ketidakmampuan anak muda untuk memiliki rumah. Skim pembiayaan rumah ini cumalah suatu alat untuk membeli rumah. Jika harga rumah yang ada adalah di luar jangkauan kadar gaji mereka, bagaimana anak muda mampu membeli rumah?

Di sebalik keghairahan bercerita tentang Skim Perumahan Belia, PR1MA, Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat, Rumah Idaman Rakyat, Rumah Aspirasi Rakyat, serta Rumah PPA1M, Bajet 2015 sebenarnya gagal untuk memperkenalkan langkah drastik untuk mengawal kenaikan harga rumah yang semakin mambantutkan kemampuan anak muda memiliki rumah di negara sendiri. Kami sebenarnya jangkakan kerajaan melalui Bajet 2015 akan mengawal harga rumah yang melambung naik akibat pengaliran modal asing dan aktiviti spekulasi dengan mengenakan “Real Property Gains Tax” (RPGT) yang lebih ketat dan juga dengan memperkenalkan “Capital Gains Tax” (CGT). Anak muda pastinya amat gembira jika golongan spekulator hartanah dikekang dengan dikenakan RPGT sehingga 50% jika mereka menjual rumah dalam tempoh yang singkat (contohnya dalam masa 5 tahun dari tarikh pembelian). Namun, jangkaan kami meleset sama sekali, dan nampaknya selepas ini kami akan terus menjadi penonton sahaja di kala golongan kaya dan hartawan asing menikmati untung dari pelaburan hartanah di Malaysia yang sangat lumayan ini. PM juga berkata CGT akan menyebabkan pelabur asing lari, sedangkan negara-negara maju yang punya CGT terus menikmati kemakmuran ekonomi.

Faktor pendapatan

Antara sebab lain anak muda hari ini gagal untuk membeli kediaman mereka sendiri ialah kerana jumlah pendapatan yang mereka terima. Kadar kenaikan gaji dari 2010 ke 2013 secara puratanya cuma sekitar 4% sahaja, dan tersangat rendah jika dibandingkan dengan kadar kenaikan harga rumah yang mencecah 40% antara 2010 dan 2014. Berdasarkan kiraan ringkas saya, seorang anak muda bergaji RM4,000 dan memiliki pinjaman bagi kereta Proton Persona hanya akan mampu untuk membayar ansuran bulanan di bawah Skim Rumah Pertamaku bagi rumah berharga RM320,000 sahaja. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk mencari kediaman yang selesa dalam lingkungan harga tersebut.

Dalam Bajet 2015 disebut, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan komponen gaji daripada keseluruhan KDNK kepada 40% menjelang 2020. Berdasarkan laporan ekonomi pada 2013, saiz komponen gaji per KDNK adalah sejumlah 33.6% sahaja. Jadi, kerajaan sebenarnya meletakkan sasaran untuk menaikkan saiz komponen gaji per KDNK hanya sebanyak 6.4%, dan ia akan mengambil masa selama 6 tahun! Angka 40% itu sebenarnya adalah sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan Norway (51.3%), Sweden (53.8%) dan Australia (48.7%). Justeru, sebagai negara yang mempunyai aspirasi untuk menjadi Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020, adalah mengejutkan apabila agenda meningkatkan pendapatan rakyat dalam bentuk gaji dan upah tidak menjadi elemen utama dalam pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini. Malah, sasaran 40% itu pula tidak disertakan dengan sebarang rancangan yang jelas tentang langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.

Saya kira tidaklah perlu saya panjangkan isu ini kerana dengan gaji minimum yang dijangkakan sekitar RM700-RM900 dan gaji graduan yang hanya RM1,500-RM2,500, sudah terang lagi bersuluh ramai anak muda tidak akan mampu untuk menikmati faedah yang ditawarkan bajet kali ini.

Mata kami sentiasa terbuka

Anak muda hari ini tidak sama lagi seperti anak muda sebelum ini. Anak muda hari ini lebih terdedah dengan pelbagai perspektif di samping maklumat yang sentiasa di hujung jari. Walaupun kerajaan melalui Bajet 2015 menawarkan pelbagai "hadiah" yang tampak menarik, kami tetap akan menilainya secara objektif. Setiap perincian bagi tawaran dalam Bajet 2015 akan kami tekuni demi untuk memastikan yang kami sebenarnya beroleh manfaat, bukannya mudarat, terutamanya untuk jangka masa panjang. Seperti yang diketahui tentang kebanyakan projek-projek lain di Malaysia, semua perkara biasanya nampak bagus bila di atas kertas, namun bila tiba masa pelaksanaannya, satu persatu masalah akan timbul.

Akhir kata, kami menyambut baik pengumuman usaha kerajaan dalam Bajet 2015 untuk membantu anak muda memiliki rumah sendiri. Tetapi kami juga berharap agar pihak kerajaan meneliti setiap usaha yang diumumkan dengan lebih rapi, dan dapat mendatangkan penyelesaian yang lebih utuh dan menyeluruh. Jangan biarkan pengumuman bantuan perumahan dalam Bajet 2015 kali ini sekadar menjadi gajah putih sekali lagi. Yang pasti, anak muda hari ini akan terus memerhati. – 15 Oktober, 2014.

* Penulis ialah presiden Halaqah of Young Professionals in Management, Economics and Finance (Haneef).

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sila klik Malaysian Insider

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/bajet-2015-mampukah-anak-muda-akhirnya-membeli-rumah-ikmal-ameen#sthash.gtzs5Jt5.dpuf

Tuesday, September 9, 2014

Purata pendapatan isi rumah 2014

Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. 

Untuk berita selanjutnya sila klik themalaysianinsider.

Namun begitu pada tahun 2012 pendapatan isi rumah melebhi RM5000 adalah sebanyak 33.6% pekerja di Malaysia. Apakah golongan ini mempunyai pendapatan yang begitu tinggi sehingga mengheret 66.4% pekerja lain ke dalam nilai purata ini?

Sila lihat statistik dari epu untuk tahun 1970-2012.

Monday, May 5, 2014

Idea yang baik...

Seorang warga Arab Saudi telah meletakkan almari yang berisi makanan yang tidak dihabiskan supaya dapat dimanfaatkan kepada orang yang miskin.

Photo: A Saudi Man placed a fridge outside his house and filled it with left over food for the poor and needy.

It's good to see Muslims being Muslims :) Allah reward you.

Friday, October 12, 2012

Rich Dad, Poor Dad, Bankrupt Dad?

Robert Kiyosaki penulis buku Rich Dad, Poor Dad telah memohon untuk menjadi bankrap. Bukan untuk dirinya tapi untuk syarikatnya...

Satu lagi cara yang telah diajar Rich Dad, Poor Dad, Bankrupt Dad...

Hanya sekadar untuk berfikir sejenak sahaja...

Untuk bacaan lanjut sila ke Forbes

Thursday, October 4, 2012

Berfikir Sejenak - Kaabah Live Streaming



Untuk tatapan sempena musim Haji untuk tahun 1433H.
Semoga anda mendapat Haji Mabrur.
Anda boleh ke link Kaabah

Friday, July 22, 2011

$4.8 Billion On A Yacht


The bottom of the vessel is plated in gold


A glass-covered atrium for dining


The master bedroom


The lavish upper deck

PETALING JAYA: While newspapers in Britain were abuzz with reports that the owner of the world's most expensive luxury yacht is a Malaysian, no one can confirm it.

British daily The Sun reported that the 31m History Supreme is owned by a Malaysian businessman who paid 3bil (RM14.5bil) for it.

To put things in perspective, this figure is close to the estimated cost of the country's first mass rapid transit (MRT) system, which has a price tag of RM20bil.

Comparatively, the world's biggest private yacht, the 164m Eclipse owned by Chelsea owner Roman Abramovich costs only RM3.65bil.

The Sun also reported that the History Supreme is made out of 100 tonnes of gold and platinum, which cover more than half its surface, and the base of the vessel is wrapped in gold.

The daily said the yacht's features, including the deck, dining area, rails and anchor, are all made from precious metals.

Below deck, things become even more exotic, featuring meteoric stone and a T-Rex dinosaur bone in the sleeping quarters.

The boat was built in Italy but was completed in Malaysia two weeks ago.

According to the newspaper, the businessman had approached Liverpool jeweller Stuart Hughes for this unique project.

The businessman had even asked Hughes if he could customise an aeroplane.

Hughes, who is famous for creating exclusive, gold-plated and jewel-encrusted luxury items ranging from mobile phones to aquariums, took three years to build the yacht.

“It was pretty much a case of can you make this gold, can you make that gold? We just did what we were told and are delighted with the results,” Hughes was quoted as saying.

The yacht is believed to be based on Italian yacht-maker Baia's latest One Hundred model, which costs at least RM30mil.

Lihat The Star

Friday, May 20, 2011

BEAUTIFUL SHOTS ILLUSTRATE PHOTOGRAPHY AS A FINE ART FORM



(TOP) A Guatemalan woman walks by in Antigua Guatemala, on May 19, 2011 near the place where the presidents of Guatemala, Honduras and Salvador meet to discuss the readmission of Honduras to the Organization of American States (OAS) and the fight against crime, especially drug-trafficking, following the recent massacre of 27 peasants --allegedly carried out by Mexican "Los Zetas" drug cartel. Honduras was suspended from the OAS after the coup that ousted President Manuel Zelaya in June 2009.
(BOTTOM) Women and children run away with their belongings from a fire in Kuma Garadayat, a village located in North Darfur controlled by members of SLA-Free Will faction, a signatory of the Darfur Peace Agreement (DPA) May 19, 2011. Some shelters caught on fire accidentally while UN agencies, OCHA, UNHCR and FAO, were participating in an operation conducted by UNAMID to secure access to remote, conflict-affected areas. -- Pictures by AFP/ Johan Ordonez (TOP) and REUTERS/ Albert Gonzalez Farran/ UNAMID (BOTTOM)
May 20, 2011 10:49 am

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1MsMU6ajf

Friday, March 25, 2011

Bayi Ditinggalkan

Tersentuh bila budak 6 tahun diberi tanggung jawab untuk menjaga bayi yang masih kecil...

Apa yang perlu kita lakukan?

******************************************************************

JOHOR BARU: Tindakan seorang budak lelaki meninggalkan adik perempuannya berusia tiga bulan di tingkat bawah rumah mereka di Flet Taman Larkin Perdana di sini untuk bermain, menimbulkan kekecohan penduduk yang menyangkakan bayi itu merupakan bayi dibuang.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku 12 tengah hari apabila bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas oleh seorang peniaga.

"Melihat keadaan bayi itu yang hampir dihurung semut, peniaga terbabit terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Zainuddin berkata siasatan polis mendapati bayi berkenaan sebenarnya ditinggalkan secara tidak sengaja oleh abangnya yang berumur enam tahun kerana dia pergi bermain dengan kawan-kawannya.

Beliau berkata bayi itu dijaga oleh abangnya selepas ibu mereka keluar mencari kerja manakala nenek mereka pergi ke sebuah klinik.

Selain bayi itu, budak lelaki berkenaan turut menjaga dua lagi adik perempuannya yang berumur tiga dan dua tahun.

Menurut Zainuddin, bapa kanak-kanak itu tiada di rumah kerana bekerja di sebuah resort di Pulau Sibu, dekat Mersing.

"Ibu mereka yang berumur 24 tahun pulang ke rumah ketika polis masih berada di tempat bayi ditemui itu. Wanita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Larkin untuk direkodkan keterangan," katanya.

Peniaga Shahril Tugiman, 36, berkata ketika beliau temui bayi itu, dia tidak menangis.

"Saya bertanyakan kepada abangnya yang sedang bermain tetapi budak lelaki itu hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mengetahui siapa bayi tersebut. Bimbang kemungkinan bayi itu adalah bayi yang dibuang, saya terus menghubungi polis," katanya. - BERNAMA

Dipetik dari:-
Mstar

Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul

Muhammad nama diberi. Nama yang tidak lazim diguna pakai di kalangan orang-orang Arab. Sesudah dilahirkan kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah untuk menyusukan. Akan tetapi mereka menghindari bayi dari anak-anak yatim.

Tak kala itu Halimah berkata kepada Harith bin Abd'l-'Uzza suaminya:

"Tidak senang aku pulang bersama dengan teman-temanku tanpa membawa seorang bayi. Biarlah aku pergi kepada anak yatim itu dan akan kubawa juga."

"Baiklah," jawab suaminya. "Mudah-mudahan karena itu Tuhan akan memberi berkah kepada kita."

Ketika menyampaikan lamaran Khadijah kepada Nabi oleh Nafsiah binti Aliyah,

Wahai Muhammad! Katakan terus terang, apa sesungguhnya yang menjadi penghalang bagimu untuk memasuki kehidupan rumah tangga? Kukira usiamu sudah cukup dewasa! Apakah anda akan menyambut dengan senang hati jika aku mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan, dan kehormatan ? Nabi menjawab,Apa maksud mu? Ia lalu menyebut Khadijah. Nabi lalu berkata, Apakah Khadijah siap untuk itu, padahal duniaku dan dunianya jauh berbeda? Nafsiah berujar . Saya mendapat kepercayaan dari dia, dan akan membuat dia setuju. Anda perlu menetapkan tanggal perkahwinan agar walinya Amar bin Asad dapat mendampingi anda berserta handai tolan anda, dan upacara perkawinan dan perayaan dapat diselenggarakan".

Dan suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa.

Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik?

Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?

Kritikan mengenai tarikh 12 Rabiul Awwal oleh Darul Kautsar