Ada orang kata pizza ni unik sikit.
Kotaknya empat segi.
Isinya bulat.
Bila makan, akan dipotong bentuk kon.
Namun, ada lagi persoalan yang lain.
Boleh tak pizza tu dipotong dengan keluasan yang sama tetapi tidak perlu kesemua potongan itu melalui titik tengah?
Jawapan ada dalam youtube ini.
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Saturday, April 30, 2016
Sunday, April 17, 2016
Sebuah teka teki...
Ada empat orang yang perlu menyeberangi jambatan.
Jambatan yang uzur itu hanya mampu menampung 2 orang sahaja
Jambatan itu terlalu gelap, oleh itu anda perlu membawa lampu.
Anda mampu meyeberangi jambatan itu dalam masa 1 minit. Pembantu makmal 2 minit. Janitor 5 minit manakala Professor mengambil masa selama 10 minit.
Mereka hanya memerlukan 17 minit untuk kesemuanya menyeberangi jambatan ini.
Mampukah anda untuk menyelesaikan masalah?

Thursday, January 29, 2009
Kisah arab badwi
Pada suatu pagi, seorang Arab Badwi membawa sepuluh ekor keldai ke pasar untuk dijual..
Oleh kerana perjalanan agak jauh, dia keletihan lalu menunggang salah seekor keldainya.. sampai di pertengahan jalan, dia membilangnya. Alangkah terkejutnya dia mendapati hanya ada sembilan ekor sahaja..
Arab badwi itu tidak berpuas hati lalu turun daripada keldainya..
Dia membilang lagi keldainya, Memang pelik.. Cukup pulak sepuluh ekor..
Begitulah seterusnya.. semasa dia menunggang hanya ada sembilan ekor sahaja.. Apabila dia turun terus jadi sepuluh ekor.. Dia berasa pelik & hairan dengan kejadian itu.
Setelah sampai ke pasar, dia menceritakan kejadian pelik & aneh itu kepada orang ramai..
Semua orang di pasar tergelak besar mendengar cerita si Arab Badwi itu.
Lalu salah seorang mereka berkata sambil tergelak..
"Hairan-hairan.. sungguh hairan.. sesungguhnya aku nampak ada sebelas ekor keldai. Hahaha"
Soalan:
Dari manakah datangnya keldai yang kesebelas itu..?
Thursday, January 22, 2009
Catur jantan dan betina

Aku dah lama tak ikuti perkembangan catur dunia.
Kali terakhir yang aku ingat ketika Gary Kasparov vs Anatoly Karpov.
Ironinya selepas ledakan maklumat aku tak tahu menahu langsung mengenai perkembangan terkini.
Mungkin rakan di sekelilingku tiada yang meminati catur secara serius.
Namun, aku tersentak, bila ada pertanyaan, yang mana catur jantan dan yang mana catur betina? Macam Nujum Pak Belalang pulak.
Ada sesiapa yang mempunyai teori mengenai jantan dan betina?
Berfikir sejenak...
Friday, October 24, 2008
Sama perkataan
Perkataan di bawah mempunyai satu persamaan.
Bolehkah anda mengenal pastikannya?
1 Banana
2 Dresser
3 Grammar
4 Potato
5 Revive
6 Uneven
7 Assess
Dah dapat?
Tak pa....
Sila berfikir sebentar...
Friday, June 13, 2008
Car Pool
Ada 3 orang sahabat dalam sebuah kereta. Minyak petrol yang sedang meningkat harga hampir kehabisan. Mereka bersetuju untuk mengeluarkan RM10 setiap orang. Oleh itu jumlah wang adalah RM30. Salah seorang dari mereka pergi membayar dikaunter.
Tuanpunya stesyen minyak telah memberi rebat sebanyak RM5 untuk mengurangkan beban pengguna. Namun juruwang tidak jujur. Ia hanya memulangkan RM3 dan menyimpan RM2 untuk dirinya.
3 orang sahabat gembira kerana mereka hanya membayar RM9 seorang atau jumlah keseluruhan RM27. Dan juruwang menyimpan RM2.
Persoalan sekarang:-
Jumlah keseluruhan RM27 + RM2 = RM29, Iaitu jumlah wang 3 orang Sahabat dan juruwang. Kemana menghilang lagi RM1?

Subscribe to:
Posts (Atom)