Monday, November 1, 2010

Hari Perayaan

Pada jam 12.52pm, 6 Nov. 2010 ijtimak(New Moon) akan berlaku. Secara amnya Deepavali akan disambut sehari sebelum ijtimak terjadi. Dari data yang didapati maka tarikh Deepavali akan disambut pada 5 Nov. 2010.

Bagi Tahun Baru Cina pula perayaan mereka akan disambut sekiranya berlaku ijtimak sebelum jam 12.00tengah malam, maka pada keesokan harinya adalah hari perayaan mereka.

Deepavali akan mengekalkan tarikh pada bulan Oktober atau November manakala Tahun Baru Cina pula akan mengekalkan pada bulan Januari atau Februari.

Bagi umat Islam di Malaysia pula perayaan Aidilfitri adalah berdasarkan kenampakan anak bulan.

Secara umumnya perayaan bagi tiga kaum yang terbesar adalah bertemakan bulan.

Kitakan 1Malaysia...

Untuk maklumat lanjut sila layari:-

Lihat Deepavali

Lihat Chinese New Year

Tuesday, October 26, 2010

The Auditor General (AG) 2009 audit report

Agak malang apabila diberi tanggungjawab mereka khianati. Laporan Audit 2009 menggambarkan ketamakan manusia. Sebanyak RM753,723 telah dibayar tetapi tiada barang yang diterima.

Lihat Malaysia Insider

Monday, October 25, 2010

Katak Terkecil

Katak terkecil yang digelar sebagai "Microhyla Nepenthicola" dijumpai di Matang Sarawak.

Saiznya sekadar 10.6mm hingga 12.8mm.

Ini adalah katak terkecil di dunia.

Spesis ini dijumpai oleh Professor Indraneil Das dari University Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Lihat Sciencedaily

Thursday, October 7, 2010

Tatabahasa Bahasa Melayu PMR

Ada satu surat yang menyatakan bahawa terdapat kesilapan dalam kertas Bahasa Melayu PMR. Aku memang lansung tak arif. Nampaknya perlu belajar lagi. Bahasa Melayu pun belum cukup bagus lagi.

***************************

Saya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan 'ter' adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana 'kata sifat super' berulang-ulang. Perkataan 'amat' menunjukkan 'sifat bersangatan' (superlative) dan perkataan 'amat' juga menunjukkan 'sifat bersangatan' yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan “B“).

2) Kedua, soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan 'banyak orang' yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan 'ramai orang'. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "'A"' paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).


3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan 'yang' di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:

Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

- iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
- iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

Lihat Malaysiakini

Wednesday, September 29, 2010

Salam Pertemuan

Aku kira aku bersendiri di alam siber ini. Namun hari ini telah merubah segalanya. Kini aku cuba mengutip semula cebisan-cebisan ingatan yang masih tersisa. Aku hampir lupa pada semuanya kecuali yang istimewa.

Ingatan aku kini kembali pada zaman persekolahan aku dulu. Tak ramai yang aku ingat. Namun gambar-gambar ini mampu memulih sedikit ingatan aku.

Bila aku ter"jumpa" mereka di Facebook rupanya mereka telah saling bersilaturrahim. Aku yang ketinggalan. Rupa-rupanya aku adalah makhluk asing di tempat sendiri...

Terima kasih kepada Haji Pozlan kerana sudi berkongsi gambar.




Thursday, September 23, 2010

Ramadhan yang berlalu

Pada suatu subuh yang bening aku melankah kaki ke surau yang berhampiran. Tibai-tiba kakiku berhenti melangkah. Terkejut. Tergamam. Ada objek putih berada di hadapan aku. jantungku berdebar.

Aku perhatikan betul-betul. Benar aku tidak silap lagi. Seorang perempuan bertelekung putih yang ingin berjemaah bersama.

huh...entah apa-apa yang aku fikirkan.

Rosak pencarian malam qadr aku.

Wednesday, September 8, 2010

9 ditahan di Kangar sambut Aidilfitri hari ini (8 Sept 2010)

2010/09/08

KANGAR: Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seriab, di sini, hari ini.

Kumpulan berkenaan yang membawa fahaman berasal dari Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri yang disertai khutbah disampaikan ketua mereka yang berusia 51 tahun.

Sila klik Berita harian

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Tarikh untuk melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada 8 Sept 2010.
Pada tarikh tersebut bulan terbit pada jam 6.43am dan terbenam pada 7.11pm. Ijtimak berlaku pada jam 6.30pm

Hilal terbenam sebelum matahari terbenam. Oleh itu adalah mustahil untuk mencerap hilal pada tarikh tersebut.

Seharusnya apabila pencerapan dilakukan, kebarangkalian utk melihat hilal adalah tinggi dan bukannya kita mencerap pada hilal yang mustahil utk dilihat.

Apakah ini perbuatan yang sia-sia kerana mencari hilal yang tak wujud?

Apakah kita perlu menukar kriteria dalam pencepan hilal?


Friday, September 3, 2010

Stephen Hawking dan Tuhan

kini Stephen Hawking mengambil pendekatan terbaru. tuhan tidak terlibat dalam pembentukan alam semesta dan "Big Bang"

Menurutnya:-
"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist

Semoga beliau diberi hidayah.

**********************************

LONDON (Reuters) – God did not create the universe and the "Big Bang" was an inevitable consequence of the laws of physics, the eminent British theoretical physicist Stephen Hawking argues in a new book.

In "The Grand Design," co-authored with U.S. physicist Leonard Mlodinow, Hawking says a new series of theories made a creator of the universe redundant, according to the Times newspaper which published extracts on Thursday.

"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist," Hawking writes.

"It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going."

Hawking, 68, who won global recognition with his 1988 book "A Brief History of Time," an account of the origins of the universe, is renowned for his work on black holes, cosmology and quantum gravity.

Since 1974, the scientist has worked on marrying the two cornerstones of modern physics -- Albert Einstein's General Theory of Relativity, which concerns gravity and large-scale phenomena, and quantum theory, which covers subatomic particles.

His latest comments suggest he has broken away from previous views he has expressed on religion. Previously, he wrote that the laws of physics meant it was simply not necessary to believe that God had intervened in the Big Bang.

He wrote in A Brief History ... "If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason -- for then we should know the mind of God."

In his latest book, he said the 1992 discovery of a planet orbiting another star other than the Sun helped deconstruct the view of the father of physics Isaac Newton that the universe could not have arisen out of chaos but was created by God.

"That makes the coincidences of our planetary conditions -- the single Sun, the lucky combination of Earth-Sun distance and solar mass, far less remarkable, and far less compelling evidence that the Earth was carefully designed just to please us human beings," he writes.

Hawking, who is only able to speak through a computer-generated voice synthesizer, has a neuro muscular dystrophy that has progressed over the years and left him almost completely paralyzed.

He began suffering the disease in his early 20s but went on to establish himself as one of the world's leading scientific authorities, and has also made guest appearances in "Star Trek" and the cartoons "Futurama" and "The Simpsons."

Last year he announced he was stepping down as Cambridge University's Lucasian Professor of Mathematics, a position once held by Newton and one he had held since 1979.

"The Grand Design" is due to go on sale next week.

(Editing by Steve Addison)

Lihat petika asal Yahoo News

Friday, August 27, 2010

Waktu berbuka

Diriwayatkan dari Sahal bin Saad: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:
Manusia (ummat Islam) sentiasa berada dalam keadaan bahagia selagi mana beliau mentakjilkan (menyegerakan) berbuka puasa.
(Hadith Riwayat: Al-Bukhary dan Muslim)

bilakah waktu berbuka puasa?

Dan makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (cahaya malam), iaitu waktu fajar; kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (iaitu menjelma waktu Maghrib).
[Maksud surah al-Baqarah 02 - 187].

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Apabila malam mendatang dari arah ini (sambil menunjuk ke Timur) dan siang menghilang ke arah ini (sambil menunjuk ke Barat) maka berbukalah orang yang berpuasa itu
Maksud hadith dari Umar al-Khattab radiallahu-anhu, riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Abi Awfaa radiallahu-anhu berkata, Kami pernah musafir bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada bulan Ramadan. Ketika matahari sudah mulai terbenam, baginda memerintahkan kepada seseorang dengan sabdanya: Wahai Si Fulan! Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itu berkata: Wahai Rasulullah! Hari masih siang. Baginda mengulangi lagi sabdanya sehingga kali ketiga: Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itupun turun menyiapkan hidangan serta membawanya kepada beliau lalu dinikmati hidangan tersebut. Kemudian Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda sambil memberi isyarat dengan kedua tangannya: Apabila matahari sudah mulai terbenam di arah sana dan malam pun telah datang dari arah sana, bolehlah berbuka bagi orang yang berpuasa
Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: Jikalau seseorang kamu menaiki semula tunggangannya (unta) untuk melihat matahari, pasti dia akan dapat melihatnya
Maksud hadith dari Musannaf Abdurrazzaq

Semoga kita dapat manfaat...