Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul



Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya
Hadis Shahih Bukhari

“Sungguh ada pada diri Rasulullah itu suri teladan baik bagi kamu sekalian iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab: 21)

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiyya': 107).

Monday, February 22, 2010

Budaya



Aku berkesempatan menghadiri satu kenduri di Serada Kuala Terengganu. Tak banyak yang berbeza. Cuma kebiasaan kenduri di pantai barat semua orang malah kadang-kadang kanak juga turut mendapat bunga telur.

Namun pemberian bunga telur di Kuala Terengganu agak berbeza. Siapa yang bersalaman dengan tuan rumah sahaja yang akan mendapat bunga telur.

Bagi rombongan pihak pengantin akan mendapat telur berwarna merah. Istimewa kata mereka.

Salang sayang...

Tuesday, January 26, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)





Tahniah kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

Sekolah Berasrama Penuh:

Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Untuk maklumat lanjut sila klik Berita Harian


Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari Separa



Tahun 2010 disambut dengan gerhana bulan.

Kini setelah 15 hari berlalu kita bakal menyambut satu lagi gerhana iaitu gerhana matahari separa.

Moga-moga tahun 2010 ini tidak sentiasa gerhana.


Lihat Bernama dan untuk medapat maklumat penuh sila klik Angkasa.gov

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010



Menurut Utusan Malaysia:

Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 warga kota membanjiri kawasan persekitaran tasik di situ.

Dataran Merdeka pula kira-kira 30,000 warga kota meraikan sambutan tahun baru 2010.

Di Bukit Bintang, sambutan tahun baru 2010 juga meriah apabila kira-kira 2,000 warga kota.

Menurut Bernama kira-kira seramai 1500 orang membanjiri Masjid Negara untuk menyaksikan fenomena ciptaan Tuhan Alam Semesta, Gerhana Bulan.

Mengapa lebih ramai berpusu-pusu untuk melihat gelagat manusia dari melihat fenomena alam semulajadi yang lebih hebat dari persembahan manusia?

Tuesday, December 29, 2009

Thumbelina



Thumbelina ialah seekor kuda. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Thumbelina diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun

Kuda terkecil ini dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia dimiliki sepasang suami isteri.

Burj Dubai





Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum

260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai dari Malaysia kata pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan

Monday, November 23, 2009

Harry Potter



Aku ada cd Harry Potter. Anak-anak aku juga suka menontonnya.

Anak kecilku melukis gambar dan meminta aku mengeja "Harry Potter".

Bila aku tengok balik gambar tu, baru aku sedar kesilapanku.

Bukan "Harry Potter" tapi "Helikopter"...

Friday, November 20, 2009

UPSR - Tahniah



Keputusan UPSR telah diumumkan. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Anakku sekadar mendapat 4A1B. Science B.

Walaupun begitu terdapat sedikit kekecewaan yang menyelubunginya.

Aku sedar kerana ia bermula agak terlewat namun masih berjaya merangkul 4A1B.

Tetapi sebenarnya sekiranya ini merupakan satu permulaan maka ia adalah langkah yang amat baik sekali. Masih banyak liku yang perlu ditempuhi.

Tahniah sayangku. Usaha lagi di masa akan datang...

Friday, November 13, 2009

Bodek?




Petikan dari Berita Harian


Petikan dari Utusan Malaysia

Kisahnya berkisar tentang seorang lelaki menikam isterinya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah gambar payung yang berbeza.

Cuba lihat pada payung dari Berita Harianterdapat logo parti tertentu manakala dalam gambar Utusan Malaysiatiada logo tersebut.

Gambar mana yang betul?