Monday, June 30, 2008
Kambing hitam dan putih
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)
Friday, June 27, 2008
Zoo - Haiwan yang bersembunyi
Lihat betul-betul. Tengok sekali lagi.
Kalau tak nampak juga cuba lihat dengan mata hati pula.
Cuba fokus. Jangan putus asa.
Andai tak nampak juga tidak mengapa.
Lihat gambar di bawah agar anda dapat sedikit panduan atau tunjuk ajar.
Bagaimana sekarang boleh nampak?
Jangan bersedih walaupun anda gagal melihat dengan mata hati.
Bukan bermakna mata hati anda berdebu ataupun dah berkarat, cuma.......
Cuma mata hati anda, tak ada, umphhh.........
Thursday, June 26, 2008
Ketinggian yang sama namun isipadu berbeza
Tank A mempunyai ukuran 50cm X 40cm X 60cm.
Tank B mempunyai ukuran 70cm X 40cm X 50cm.
Tank A diisi penuh dengan air.
Air dalam Tank A dituang ke dalam Tank B sehingga mempunyai ketinggian yang sama.
Berapa ketinggian yang didapati?
Lihat Fig. 2
Boleh anda mengiranya?
Selamat berfikir.
Kata orang rambut sama hitam (orang rambut putih tak join club ni...) tapi hati lain-lain.
Wednesday, June 25, 2008
Thank you
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )
Tuesday, June 24, 2008
Wajah kesayangan hamba
Monday, June 23, 2008
Bersiar-siar
Friday, June 20, 2008
Kasih Sayang
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"Tidak sempurna iman sesiapa dari kalanganmu sehingga dia suka untuk saudaranya, apa yang ia suka untuk dirinya sendiri
Jika kita suka bahagia, bahagiakanlah saudara kita juga.
Jika kita suka gembira, gembirakanlah saudara kita juga.
Jika kita suka menerima kebaikan, buatlah baik kepada saudara kita juga.
Thursday, June 19, 2008
Saintis
Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.
Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...
Wednesday, June 18, 2008
Sahabat Sejati
Tiada seindah kata-kata yang dapat menggambarkan keakraban teman sejati. Tanpa memikirkan persoalan usia, bangsa atau warganegara mereka tetap memilih antara satu sama lain untuk berkongsi suatu pengalaman dalam sebuah perjalanan.
"Wahai rakanku, mahukah engkau berjanji untuk sehidup semati denganku?"
"Selagi hidup dikandung badan, selagi bumi belum digantikan dengan bumi yang baru, aku tetap menjadi teman setiamu. Ini sumpahku"
Friday, June 13, 2008
Car Pool
Tuanpunya stesyen minyak telah memberi rebat sebanyak RM5 untuk mengurangkan beban pengguna. Namun juruwang tidak jujur. Ia hanya memulangkan RM3 dan menyimpan RM2 untuk dirinya.
3 orang sahabat gembira kerana mereka hanya membayar RM9 seorang atau jumlah keseluruhan RM27. Dan juruwang menyimpan RM2.
Persoalan sekarang:-
Jumlah keseluruhan RM27 + RM2 = RM29, Iaitu jumlah wang 3 orang Sahabat dan juruwang. Kemana menghilang lagi RM1?
Hanya Ilusi
Kata orang "Seeing is believing". Namun ada ketika mata anda juga tertipu atau terhijab. Untuk lebih tepat lagi mata anda terkeliru. Ini contohnya.
Sebenarnya tiada titik hitam, yang ada hanya titik putih.
Amaran!!!
Jangan cuba betulkan mata anda.
Matematik meyeronokkan
- Fikir satu nombor.
- Tambah nombor tersebut dengan 7
- Tolak dengan 2
- Hasilnya tolak dengan nombor yang anda fikirkan
- Darab dengan 4
- Tolak 2
Sebentar.....
Biar aku teka berapa jawapan yang didapati.
emmmm. Jawapannya 18.
Bagaimana? Aku bukan psikik yang mampu membaca fikiran orang. Namun memang seronok bermain dengan nombor.
Selamat berfikir.
Thursday, June 12, 2008
Matematik itu Mudah
Ramai yang menyatakan bahawa matematik itu adalah sukar. Namun hakikat sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Buktinya sila lihat jawapan di bawah,
****************************
******************************