- Fikir satu nombor.
- Tambah nombor tersebut dengan 7
- Tolak dengan 2
- Hasilnya tolak dengan nombor yang anda fikirkan
- Darab dengan 4
- Tolak 2
Sebentar.....
Biar aku teka berapa jawapan yang didapati.
emmmm. Jawapannya 18.
Bagaimana? Aku bukan psikik yang mampu membaca fikiran orang. Namun memang seronok bermain dengan nombor.
Selamat berfikir.
1 comment:
Anggap nombor yang difikirkan sebagai Y.
Prosesnya :-
[(Y+7-2-Y)X4]-2=18
Oleh itu jawapannya sentiasa 18.
Sebenarnya secara mudah, nombor yang anda pilih telah ditolak atau di "cancel"kan.
Untuk memudahkan lagi, Nombor yang anda fikirkan tambah 2 dan tolak nombor yang anda fikirkan, iaitu
Y+2-Y=2
Proses yang panjang adalah sekadar untuk mengelirukan anda. Anda boleh membuat apa saja cara yang anda fikirkan menarik.
Selamat Mencuba
Post a Comment