Thursday, June 21, 2012

Selamat Datang Syaaban...

Mari kita berfikir sejenak mengenai Bulan Syaaban. Petikan ini di ambil dari web Ustaz Dr. Zaharuddin.net.

Ini catatan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi (Terjemahan dari Bahasa Arab)

"aku teringat, aku juga di waktu kecil ku mengikut sahaja apa yg mereka lakukan, kami solat 2 rakaat dgn niat panjang umur, 2 rakaat dgn niat menjadi kaya, dan bacaan yasin kemudian solat 2 rakaat dsb. sebenarnye semue ibadah2 tersebut x dituntut syara'. hukum asal ibadah adalah tidak boleh (mesti ada dalil). manusia tidak boleh mencipta ibadah mengikut cara yg dia suka, kerana yg mempunyai hak tersebut (mensyariatkan cara utk beribadah) hanyalah Allah. [apakah mereka syariatkn dlm agama apa yg tidak diizinkn Allah?] maka kita seharusnya beramal dgn apa yg warid (dari Quran dan sunnah) shj"

ringkasannya qardhawi cakap kelebihan nisfu sya'ban tu hadisnya setengah ulama menghasankannya , setengahnya pula menolak dan mereka kata semua hadis bkenaan nisfu sya'ban tak sampai ke darjat sahih. kalu nk pakai pdpt hadis hsn tu, yg warid dari nabi ialah baginda berdoa dan beristihgfr mlm nisfu tu, tu aje. lain takde.adapun doa mcm2 lafaz tu takda warid dari nabi, ada doa tu yg dicetak dan disebarkn di sesetengah negara, tu suma tak betoila kata qardhawi tu. pastu dia kata kalu nak berdoa jgn masukkan ungkapan "in syikta(sekirany a engkau mahu)" cth: ampunkanlah dan rahmatkanlah kami "sekiranya engkau mahu"...takleh cakap camtu tapi cakap direct je dgn yakin dan pasti mcm ya allah ampunkanlah aku dan rahmatilah daku.


Antara komen-komen yang diberikan ialah:-

ini pndpt syeikh qardawi sbg wakil aliran salafi tajdidi.dan ni yg better diikuti, wlwpun doa tsbut dan solat tak dibuat pun di malaysia menyelangi bacaan yasin.kalu aliran pondok, syeikh muhd alawi al-makki, al-kauthari, nuruddin al-banjari seakan mempertahankan amalan ini, sbb hadis pasal fadilat nisfu syaaban byk, bleh naik hasan.risalah khusus pn dah ada diorg ditulis.cuma yg pelik sket la, yasin 3x tu. nape tak baca je skali...nape tak bca al-mulk ke,lg la thabit fadilat dia..pape pun, ada fadilat dia mlm tu, tp takde amalah khusus. kalu ikut ustaz itu ini, maka doa @ cara amalan itu sekadar pendapat mereka shja..wallahu a'lam

Diri kini menjadi keliru dan seumpama hilang keyakinan apabila majlis membaca Yasin, sembahyang sunat dan berdoa beramai-ramai di masjid pada malam nisfu Syaaban lalu dikatakan bidaah. Bukan daripada amalan Rasulullah. Begitu juga dengan wirid dan tahlil yang dibaca selepas sembahyang. Setiap bidaah itu sesat.
Persoalan-persoalan seperti ini memang sering timbul, termasuklah amalan lain, yang menjadi sebahagian daripada budaya Melayu. Ini termasuklah amalan membaca wirid dan tahlil selepas sembahyang waktu, membaca talkin, mengadakan kenduri, membaca tahlil atau doa arwah pada tiga hari berturut-turut selepas kematian, tujuh, 40 dan 100 hari, juga setiap tahun.

Untuk lebih lanjut sila ke Ustaz Zaharuddin

No comments: