Friday, November 28, 2008

Duit...duit



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Ibarat pisang goreng panas, kesemua 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk bukan bumiputera telah habis dilanggan dalam tempoh enam jam 10 minit.

Unit-unit berkenaan dilanggan oleh 70,713 pemegang akaun bukan bumiputera melibatkan 27,479 pemegang akaun baru apabila jualan mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Kesemua 490 juta unit baru itu habis dijual pada pukul 2.10 petang.

Petikan Utusan Malaysia

Banyak betul duit depa ni...

Artikel Penuh:
Unit ASW 2020 bukan bumi habis dilanggan 6 jam
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Ibarat pisang goreng panas, kesemua 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk bukan bumiputera telah habis dilanggan dalam tempoh enam jam 10 minit.

Unit-unit berkenaan dilanggan oleh 70,713 pemegang akaun bukan bumiputera melibatkan 27,479 pemegang akaun baru apabila jualan mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Kesemua 490 juta unit baru itu habis dijual pada pukul 2.10 petang.

Difahamkan unit tambahan itu mungkin habis lebih cepat sekiranya jumlah langganan tidak dihadkan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, langganan maksimum dihadkan kepada 10,000 unit untuk memastikan peluang yang lebih luas dan saksama bagi setiap pelabur.

"Saya menghargai keyakinan pelabur dan sokongan berterusan membuat pelaburan dalam produk-produk Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB).

''Kouta bukan bumiputera yang habis dilanggan dalam masa enam jam 10 minit ini menterjemah keyakinan pada pelabur terhadap pengurusan PNB dan ASNB,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hamad Kama Piah berkata, tambahan unit baru ini memberi peluang lebih luas kepada orang ramai untuk menikmati manfaat yang ditawarkan oleh produk-produk ASNB.

Katanya, pelabur bumiputera masih boleh melanggan unit ASW 2020 kerana kouta bagi golongan tersebut masih berbaki.

"Mereka juga boleh melanggan unit-unit ini menerusi skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),'' ujarnya.

ASNB mula menawarkan langganan satu bilion unit baru ASW 2020 hari ini dengan peruntukan kouta 51 peratus untuk bumiputera dan 49 peratus untuk kouta bukan bumiputera.

ASW 2020 adalah dana unit amanah berharga tetap RM1.00 dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.

Dana tersebut dilancarkan pada 28 Ogos 1996 dengan saiz permulaan tiga bilion unit, meningkat kepada 10.42 bilion unit apabila ditambah buat kali keenam hari ini.

Menurut Hamad Kama Piah, pada September tahun lalu, ASW 2020 menambah dua bilion unit baru dengan had langganan maksimum 20,000 unit bagi setiap pelabur.

Katanya, pada Mac tahun lalu pula, sejumlah satu bilion unit baru dibuka untuk langganan, juga dengan had langganan maksimum berjumlah 50,000 unit setiap seorang.

"Unit baru bagi kouta bukan bumiputera habis dilanggan bagi kedua-dua tawaran tersebut.

"ASW 2020 mencatatkan sejarah apabila kouta langganan untuk bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit apabila sejumlah 1 bilion unit baru dibuka untuk langganan pada 1 September 2006,'' ujarnya.

Sejak dilancarkan, purata pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 adalah 7.74 sen seunit.


Wednesday, November 19, 2008

Thursday, November 13, 2008

Exercise



Baca artikel ini mengikut lengguk yang paling selesa.




Apa yang anda rasakan?


Monday, November 10, 2008

Nak buat filem



Kalau nak buat filem, canang-cananglah seluruh kampung. Apa salahnya jadi seperti seekor ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung.

Kalau nak ikut resam penyu, inilah jadinya.

MELBOURNE: Empat krew filem yang sedang menjalani penggambaran di sebuah pangsapuri di Australia ditahan polis selepas jiran menyangka adegan membabitkan senjata api yang dilakonkan di kawasan itu adalah kejadian sebenar.

Jurucakap polis, Wayne Wilson berkata, mereka mengepung bangunan pangsapuri di Melbourne itu selepas seorang wanita memberitahu yang dia melihat seorang lelaki berlegar sambil membawa senjata, lapor akhbar Melbourne Herald Sun. - Agensi

Petikan Berita Harian

Nak jadi ayam atau penyu?

Perhiasan



Blog nampak menarik bila ada beberapa gadget yang memberi info ringkas. Ada yang kata blog adalah seorang wanita. Wanita yang secara fitrahnya suka pada perhiasan.

Oleh itu gadget-gadget adalah seperti perhiasan seorang perempuan.

Betulkah begitu?

Friday, November 7, 2008