Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri



InsyaAllah, umat Islam Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari Ahad 20 Sept 2009.

Aidilfitri hilang kemeriahan tanpa kehadiran wanita.

Wanitalah yang menceriakan suasana raya.

Kesibukan menukar kain langsir, kusyen dan pelbagai aktiviti lain meyemarakkan raya.

Bunyi ketuk-ketuk di dapur sehingga ke tengah malam membuktikan raya perlu disambut dengan penuh bergaya.

Tanpa wanita tak mungkin aku dapat merasakan suasana kehangatan hari raya.

Terima kasih wanita kerana sudi menghiburkan jiwaku.

"Taqabbalallahu minna waminkum"
(Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kalian)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 16, 2009

Lailatul Qadar



Malam ini malam 7 likur, kata orang dulu-dulu.

Malam ini malam 27 Ramadhan. Malam kemungkinan besar Malam Qadar.

Dalam hadis ada yang menyatakan pada malam 10 terakhir dan malam ganjil.

Dipermudahkan hanya pada malam 25, 27 dan 29. (7 malam terakhir riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipendekkan lagi cuma malam 27. ("Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud))

Dalam Surah al-Qadr(97) lailatul qadar disebut 3 kali. Huruf lailatul qadar ialah 9, oleh itu 9X3 = 27.

Dalam surah yang sama terdapat 30 perkataan. Perkataan "hiya" yang bererti ia (merujukkan kepada malam itu) adalah perkataan yang ke 27.

Apa pun sebenarnya tarikh tidaklah terlalu penting. Yang utama ibadah dilakukan dengan sempurna. Sebagaimana hadis berbunyi "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)


Selamat bertemu dengan malam qadar duhai sayangku.

Doakan untukku jua.