Tuesday, December 29, 2009

Thumbelina



Thumbelina ialah seekor kuda. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Thumbelina diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun

Kuda terkecil ini dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia dimiliki sepasang suami isteri.

Burj Dubai





Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum

260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai dari Malaysia kata pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan

Monday, November 23, 2009

Harry Potter



Aku ada cd Harry Potter. Anak-anak aku juga suka menontonnya.

Anak kecilku melukis gambar dan meminta aku mengeja "Harry Potter".

Bila aku tengok balik gambar tu, baru aku sedar kesilapanku.

Bukan "Harry Potter" tapi "Helikopter"...

Friday, November 20, 2009

UPSR - Tahniah



Keputusan UPSR telah diumumkan. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Anakku sekadar mendapat 4A1B. Science B.

Walaupun begitu terdapat sedikit kekecewaan yang menyelubunginya.

Aku sedar kerana ia bermula agak terlewat namun masih berjaya merangkul 4A1B.

Tetapi sebenarnya sekiranya ini merupakan satu permulaan maka ia adalah langkah yang amat baik sekali. Masih banyak liku yang perlu ditempuhi.

Tahniah sayangku. Usaha lagi di masa akan datang...

Friday, November 13, 2009

Bodek?




Petikan dari Berita Harian


Petikan dari Utusan Malaysia

Kisahnya berkisar tentang seorang lelaki menikam isterinya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah gambar payung yang berbeza.

Cuba lihat pada payung dari Berita Harianterdapat logo parti tertentu manakala dalam gambar Utusan Malaysiatiada logo tersebut.

Gambar mana yang betul?

Friday, November 6, 2009

Pencuri



Seorang pencuri perlu dihukum.
Atau ada pencuri, yang tidak adil dihukum.

Aku adalah seorang pencuri.
Berdebar rasanya untuk menerima sebarang hukuman.

Namun berita kehilangan tidak dihebohkan lagi.
Mungkin aku selamat buat seketika.

Maafkan aku kerana telah mencuri hatimu.
Wajarkah aku memulangkannya kembali?

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b



NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Petikan dari Utusan Malaysia

************************************

Apakah umat Islam kini seperti buih-buih di lautan?

Wednesday, October 7, 2009

Mooncake



Perayaan mooncake adalah perayaan ketiga terbesar bagi masyarakat Cina. Ia adalah bulan penuh yang kelapan.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, manusia pertama sampai ke bulan adalah seorang perempuan yang cantik semasa pemerintahan Dinasti Hsia(2205-1766BC).


Oleh itu, sekiranya anda melihat bulan penuh, intai-intailah moga-moga dapat melihat perempuan cantik.

Namun bagi aku bulan tetap menarik hatiku samada penuh mahupun sabit.


Perbezaan bulan semasa perigee dan apogee.

p/s: bulan kelapan dalam kalendar Cina bukanlah antara bulan yang terbesar.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri



InsyaAllah, umat Islam Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari Ahad 20 Sept 2009.

Aidilfitri hilang kemeriahan tanpa kehadiran wanita.

Wanitalah yang menceriakan suasana raya.

Kesibukan menukar kain langsir, kusyen dan pelbagai aktiviti lain meyemarakkan raya.

Bunyi ketuk-ketuk di dapur sehingga ke tengah malam membuktikan raya perlu disambut dengan penuh bergaya.

Tanpa wanita tak mungkin aku dapat merasakan suasana kehangatan hari raya.

Terima kasih wanita kerana sudi menghiburkan jiwaku.

"Taqabbalallahu minna waminkum"
(Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kalian)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 16, 2009

Lailatul Qadar



Malam ini malam 7 likur, kata orang dulu-dulu.

Malam ini malam 27 Ramadhan. Malam kemungkinan besar Malam Qadar.

Dalam hadis ada yang menyatakan pada malam 10 terakhir dan malam ganjil.

Dipermudahkan hanya pada malam 25, 27 dan 29. (7 malam terakhir riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipendekkan lagi cuma malam 27. ("Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud))

Dalam Surah al-Qadr(97) lailatul qadar disebut 3 kali. Huruf lailatul qadar ialah 9, oleh itu 9X3 = 27.

Dalam surah yang sama terdapat 30 perkataan. Perkataan "hiya" yang bererti ia (merujukkan kepada malam itu) adalah perkataan yang ke 27.

Apa pun sebenarnya tarikh tidaklah terlalu penting. Yang utama ibadah dilakukan dengan sempurna. Sebagaimana hadis berbunyi "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)


Selamat bertemu dengan malam qadar duhai sayangku.

Doakan untukku jua.

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52



Bila menjelang 31 Ogos, RTM saban tahun akan menyiarkan filem yang sama. Filem yang ditayang semuanya adalah berkaitan dengan penjajahan Jepun. Pelik juga bukankah British yang lebih lama menjajah Tanah Melayu? Atau kerana British baik hati dan Jepun terlalu kasar...

Bolehkah aku katakan Jepun mendera secara fizikal dan British secara psikologi?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa



Hari ini bulan baru bakal muncul. Andainya kelihatan maka umat Islam di Malaysia akan berpuasa esok hari.

Bulan akan terbit di Pulau Pinang pada jam 6.50 am dan akan terbenam pada 7.25 pm. Masuknya waktu Maghrib bagi seluruh negeri Pulau Pinang ialah pada 7.31 pm. Bulan baru akan muncul pada jam 6.01 pm. Ini bermakna peluang untuk melihat anak bulan yang baru berusia satu setengah jam adalah hampir mustahil.

Sebagai rakyat 1Malaysia, seharusnya kita peka mengenai semua hari perayaan yang besar di 1Malaysia. Sebenarnya Tahun Baru Cina dan Deepavali juga disambut berdasarkan kiraan bulan. Cuma yang berbeza cara penentuannya sahaja.

Dalam Islam kenampakan anak bulan adalah menjadi penentu mengenai puasa, dan 2 hari raya.

Selamat Berpuasa.

Tuesday, August 18, 2009

H1N1



Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 17 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Adalah dimakluman,

Kerajaan telah mewajibkan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda ILI (tanda-tanda penyakit serupa influenza seperti demam panas, selesema dan batuk) memakai topeng hidung dan mulut. Arahan tersebut, menurut beliau, jika gagal dipatuhi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Penyakit 1988 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Aku harap kerajaan perlu pantas menjalankan tugas. Jangan bila semua dah mati baru nak buka kes...

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)



Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Petikan dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Friday, August 7, 2009

Hari ini dalam sejarah



Hari ini, pada jam 12:34:56 07 08 09 adalah hari yang bersejarah.

Nilai angkanya adalah berturutan iaitu 123456789.

Bilakah masa sebegini akan anda temui lagi?

Monday, July 20, 2009

Syurga



Perlu berhati-hati ketika berbual-bual. Lebih-lebih lagi bila memerlukan penjelasan lanjut. Apatah sekiranya ada kanak-kanak yang mendengar perbualan kita. Bimbang dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Ibu : Kasihan kat budak yang mati jatuh dari tingkat lapan tu, tapi tak pa ler, sebab nanti akan masuk syurga.

Anak : Mesti budak tu bunuh diri sebab nak masuk syurga.

Bapa : Kalau bunuh diri tak boleh masuk syurga...

Kisahnya kematian kanak-kanak itu adalah dalam kawasan perumahan kami. Ada disiarkan di akhbar Metro.


'Rupa-rupanya anak saya’
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

BAYAN LEPAS: “Saya tidak menyangka pemberian wang simpanan tabung sebelum pergi menunaikan solat Jumaat tanda arwah akan pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami,” kata bapa seorang kanak-kanak perempuan, Nur Qistiena Aidanie Johari, 5, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri mewah di Teluk Kumbar di sini, semalam.

Johari Halim, 39, ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Paya, Teluk Kumbar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang sejurus dia pulang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya.

Dia berkata, sebelum kejadian, arwah sempat makan nasi lemak berlauk udang dan ikan yang dibeli selepas pulang dari tempat kerja jam 6.30 pagi sehingga habis dan ketika itu, dia sempat melelapkan mata sehingga jam 12 tengah hari sebelum dikejutkan arwah.

“Ketika saya bangun tidur, arwah sempat meminta mengambil beg sekolahnya yang tertinggal di rumah neneknya di Kampung Paya, Teluk Kumbar sebelum saya menyuruhnya pergi mandi untuk dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian anaknya itu di Kampung Paya di sini, malam tadi.

Katanya, arwah anaknya ditinggalkan di rumah seorang diri seperti kebiasaannya dan dia sempat mengambil wang RM1 untuk disedekahkan di masjid sebelum arwah secara tiba-tiba memberi wang simpanannya.

“Selepas menunaikan solat, saya segera pulang ke rumah untuk menghantar arwah ke sekolah, namun saya dikejutkan dengan berita yang paling menyedihkan apabila diberitahu jiran ada budak perempuan jatuh dari tingkat lapan.

“Ketika itu, saya tidak menyangka budak yang jatuh itu anak saya tetapi selepas melihat baju yang dipakai, hati ini tiba-tiba menjadi sayu dan sedih apabila sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan adalah anak saya,” katanya.

Johari berkata, dia sempat memeluk dan mencium arwah anaknya yang sudah meninggal dunia dan menutup badan arwah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mangsa ditemui jiran berdekatan.

Beliau berkata, ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah berikutan ibu kanak-kanak itu, Siti Aida Abdul Wahab, 39, yang bekerja sebagai ejen insurans, keluar bekerja manakala anak kedua pasangan itu Nur Qaisara Elisya, enam bulan berada di rumah pengasuh.

Mohd Hatta berkata, berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari balkoni di bahagian dapur yang tidak mempunyai palang besi.

“Kanak-kanak itu dipercayai memanjat mesin basuh yang diletakkan di balkoni rumah itu sebelum terjatuh kerana terdapat kesan tapak kakinya di mesin basuh,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari paras tinggi.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Teluk Kumbar kira-kira jam 8 malam tadi,” katanya.

Thursday, July 16, 2009

Doa



Aku sekeluarga menaiki kereta untuk pulang ke kampung.

Aku membaca doa naik kenderaan mudah-mudahan kami selamat dari sebarang bencana semasa dalam perjalanan.

Sebaik sahaja aku selesai membaca doa, tiba-tiba anak aku tegur.

Anak : Abah!!!, kenapa baca doa bangun tidur?

Abah :Ehhh!!!...

Rupa-rupanya tadi, aku bermimpi di siang hari...

Thursday, July 9, 2009

Anak Jantan



Sekiranya dua orang lelaki sedang bergaduh, maka ayat standard yang digunakan ialah "Kalau betul anak jantan jom kita beradu tenaga"

Tapi bagaimana pula sekiranya dua orang perempuan sedang bergaduh? Tak pernah pula dengar kalau anak betina moh kita lawan...

Friday, June 26, 2009

Appraisal vs resignation



Tips bagi yang bekerja dengan orang lain...

A newly-joined trainee engineer asks his boss " What is the meaning of appraisal ? "

Boss : " Do you know the meaning of resignation ? "

Trainee : " Yes, I do. "

Boss : " So let me make you understand what an appraisal is by comparing it with resignation. "

In an appraisal meeting they will speak only about your weakness, errors and failures.

In a resignation meeting they will speak only about your strengths, pastachievements and success.

During an appraisal you may need to cry and beg for even a 10% pay hike.

In a resignation meeting you can easily demand ( or get more without asking) more than 50-60% pay-hike !

During an appraisal, they will deny promotion saying that you did not meet the expectation, you don't have leadership qualities, and that you had several drawbacks in reaching objective/goal.

During resignation, they'll say you are the core member of the team; that you are the vision of the company, and so " How can you go ? "; you have to take the project on your shoulders and lead your juniors to success.

There is a 90% chance of not getting any significant incentives after appraisal.

There is a 90% chance of getting an immediate pay-hike after you put in your resignation.

Trainee : " Yes, boss, good enough. Now I know what to do.

***********************************************************

Seharusnya anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat lebihan pendapatan, emmm mungkin juga pendapatan sampingan...

Thursday, June 25, 2009

Wajah insan kerdil...







Khagendra Thapa Magar (born October 1991), mungkin bakal dinobatkan sebagai manusia paling kerdil. Ketinggiannya sekadar 60.96 cm






He Pingping (born 13 July 1988) pemegang rekod dunia bagi kategori manusia paling kerdil. Ketinggiannya cuma 73 cm

Wednesday, June 24, 2009

Once upon a time...



There was once a hat-seller who passed by a forest on his way back from the market. The weather was very hot and so he decided to take a nap under one of the trees, so he left his whole basket of hats by the side.

A few hours later, he woke up by some sounds. The next thing he realized was that all his hats was gone. He heard some monkeys on the tree and so he looked up. To his surprise, the tree was full of monkeys and they had taken all his hats.

The hat-seller sits down and think of how he can get the hats down. He think and think and start scratching his head. The next moment, he realized that the monkeys were doing the same action.

Next, he took down his own hat and saw the monkeys do exactly the same. An idea came to him, he took his hat and throw it on the floor and the monkeys do that too.
So he finally managed to get all his hats back.

Fifty years later, his grandson, Jack, also became a hat-seller and had heard this monkey story from his grandfather.

One day, just like his grandfather, he passed by the same forest, it was very hot, and he took a nap under the same tree and left the hats on the floor. He woke up and realized that all his hats were gone. He looked up and realized that the monkeys had taken all the hats. He remembered his grand father's words, started scratching his head and the monkeys follows.

He took down his hat and fanned himself and again the monkeys followed. Now, very convinced of his grandfather's idea, JACK threw his hat on the floor but to his surprise, the monkeys still hold on to all the hats.

Then one monkey climbed down the tree, grabbed the hat on the floor, gave him a slap and said

"You think only you have a grandfather".

Thursday, May 28, 2009

Amaran wajib di kotak rokok



PUTRAJAYA: Bermula 1 Jun ini, semua bungkusan rokok bagi jualan di pasaran tempatan diwajibkan memaparkan Amaran Kesihatan Bergambar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan semua penjual rokok kementerian berkenaan akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap cetakan Amaran Kesihatan Bergambar pada bungkusan rokok mengikut keperluan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

Penjual yang menjual bungkusan rokok tanpa memaparkan amaran itu selepas tarikh berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Dr Mohd Ismail berkata, Amaran Kesihatan Bergambar itu juga tidak boleh dihalang daripada penglihatan oleh apa-apa benda, alat atau cara.


“Penjual yang melakukan kesalahan ini juga boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

********************************************************

Berhenti merokok...

Thursday, May 14, 2009

Bahaya bekas plastik biasa

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.

Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.

"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.

"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.

"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.

"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.

"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.

"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.

"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.

Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.

"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

******************************

Artikel di atas baik untuk nasihat kesihatan namun diselitkan juga iklan untuk melariskan jualan. Kata orang menyelam sambil minum air.

Wednesday, May 6, 2009

Friday, May 1, 2009

Selamat hari pekerja




Selamat hari pekerja bagi yang sedang bekerja.

Bagi yang masih belum ada pekerjaan selamat mencari pekerjaan

Thursday, April 30, 2009

Dubai, bandar terapung









Apakah tanah yang ada sekarang sudah tidak mampu untuk menampung penduduk yang kian bertambah?

Atau sekadar memenuhi keinginan...

Wednesday, April 29, 2009

Selesema babi



Dunia dikejutkan dengan kes selesema babi.

Dulu-dulu, pada suatu ketika akhbar-akhbar Tanah Airku tidak menulis perkataan babi, sebaliknya menggunakan perkataan khinzir.

Kini perkataan babi digunakan semula. Apakah ini boleh dikatakan sebagai penjelmaan semula atau rebranding?

Atau ada kena mengena dengan tampuk pemerintah yang baru.

New order...

Thursday, April 23, 2009

Berita RTM



Menteri Penerangan yang lama pernah menyatakan bahawa RTM1 dan RTM2 adalah cacamerba. Maka semua berita telah disiarkan di RTM1. Dengan itu banyak iklan yang menunjukkan perubahan masa dalam Berita Nasional.

Kini Menteri Penerangan yang baru nampaknya tidak sependapat dengan menteri dahulu. Siaran berita kembali menjadi cacamerba.

Atau ada cerita di sebalik tabir. Rating untuk melihat berita nasional telah berkurangan, maka perlu melakukan sesuatu.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku...

Tuesday, April 14, 2009

Macam-macam : Sakit jiwa



TAIPEI: Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun selepas dia menabur wang kertas T$1 juta (RM106,478) dari teksi yang dinaikinya, menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan kelam-kabut apabila orang ramai berebut memungutnya.

Pegawai polis Changhua, Lin Shih-ming, berkata lelaki itu menaburkan wang dari teksi yang bergerak perlahan, manakala orang ramai mengejarnya untuk memungut.

“Dia mungkin menghidap penyakit jiwa. Tahap mindanya tidak normal,” kata pegawai polis itu. - Reuters


Ali baba juga pernah tabur wang. Namun orang tak menganggap beliau gila, cuma ada potensi untuk rumahnya dirompak.

Kalau anda dah banyak wang tak perlu menunjuk. Cuma boleh tunjukkan kat bank sahaja.

Saturday, April 11, 2009

Tuesday, March 31, 2009

Kesan kempen Earth hour



TNB kata penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.

Penurunan yang kecil akan menyebabkan keuntungan berkurangan.

Apakah ini boleh dikatakan seperti meneguk di air yang keruh?

Thursday, March 19, 2009

Earth hour





Switch off your LIGHTS for earth hour.

Saturday 28 March, from 8.30pm to 9.30pm

What you can do
Turning your lights off for an hour is a great start. However, there are many other things you can do to make Earth Hour 2009 a success.

Sign Up Now. Become a part of Earth Hour and get useful tips and tools to reduce your carbon footprint everyday

Tell A Friend. Better still – tell them, your family and even your work mates. Encourage them to sign up. Email them a link to this website and mobilise even more people!

Tell Your Story. How is climate change affecting your family and your community? We want to hear how you're becoming part of the solution.

Run your own Earth Hour. Download our quick guide for how to run Earth Hour in your city or town. It's easy!

Your Earth Hour. What will you be doing at 8.30pm on Saturday March 28? We're keen to know what you have planned for Earth Hour 2009. If you'd like to share your plans with Earth Hour and the media, then please send us an email describing with as much detail as you can what you have planned to myearthhour@earthhour.org. Don't forget to include your name, where you live (City and Country), and your contact telephone number including your country code.

Blogger Tool Kit: Create a blog post about the importance of global action on climate change and how participation in Earth Hour can make a difference.

VOTE EARTH...

Tuesday, March 17, 2009

Bohong



Anak aku mempunyai seorang teman yang tak pandai berbohong. Katanya mudah sungguh untuk mengesan seandainya ia menipu.

Bapa : Macam boleh tahu?

Anak : Senang je. Tengok muka dia. Mula-mula mulutnya semakin mengembung. Tak lama selepas itu ia akan ketawa terbahak-bahak. Ha... itu tandanya ia berbohong.

Nampaknya ia perlu banyak berlatih.

Monday, March 16, 2009

Cuti



Seorang bapa menyuruh anak lelakinya yang berusia 7 tahun supaya bersolat.

Bapa: Cepat solat, dah nak habis waktu.

Anak : Hari ni tak boleh solat.

Bapa : Kenapa?

Anak : Cuti.

Entah dari mana jawapan yang ditirunya itu. Tak relevan langsung.

Friday, March 13, 2009

Orang terkaya di bumi



NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Bagi Malaysia, T. Ananda Krishnan(70 tahun) dan Tan Sri Robert Kuok(85 tahun) adalah yang ke 62. Mereka mempunyai US$7 billion.

Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tiong Hiew King adalah senarai yang terkeluar dari Forbes 2009.

Banyaknya harta hangpa...

Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM



Tahniah...

10080 dapat 10A atau lebih dalam semua matapelajaran.

1676 dapat semua 1A dalam semua matapelajaran.

Seorang dapat 16 1A.

2 orang dapat 15 1A.

6 orang dapat 14 1A.

Tahniah kepada NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan.

Semoga berjaya lagi...

Wednesday, March 4, 2009

Bersidang di bawah pohon













Lagi gambar dari mstar

Bersejarah.
Hari ini dalam sejarah, 3 Mac 2009, DUN Perak bersidang di bawah pokok dan meluluskan 3 usul iaitu:-

1. Memberi sokongan kepada DS Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar
2. Membubarkan dewan
3. Mengesahkan keputusan speaker melarang MB Datuk Dr. Zamry dan 6 exco dari menghadiri sidang.

Teringat kisah dulu-dulu, ketika Paremeswara memberi nama kepada negeri Hang Tuah. Beliau juga bersidang di bawah pokok.

Wednesday, February 18, 2009

The Beauty of What's in Front of You



A man sat at a metro station in Washington DC and started to play the
violin; it was a cold January morning. He played six Bach pieces for about
45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated
that thousands of people went through the station, most of them on their
way to work.

Three minutes went by and a middle aged man noticed there was musician
playing. He slowed his pace and stopped for a few seconds - then hurried to
meet his schedule.

A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw
the money in the till and, without stopping, continued to walk.

A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but
the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late
for work.

The one who paid the most attention was a 3-year old boy... His mother
tried to rush him, but the boy stopped to look at the violinist.
Finally the mother pushed hard and the child continued to walk turning his
head all the time. This action was repeated by several other children. All
the parents, without exception, forced them to move on.

In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for
a while. About 20 gave him money but continued to walk their normal pace.
He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one
noticed it. No one applauded, nor was there any recognition.

No one knew this but the violinist was Joshua Bell, one of the best
musicians in the world. He played one of the most intricate pieces ever
written with a violin worth 3.5 million dollars.

Two days before his playing in the subway, Joshua Bell sold out at a
theater in Boston and the seats averaged $100.

This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station
was organized by the Washington Post as part of an social experiment about
perception, taste and priorities of people. The themes were: in a
commonplace environment at an inappropriate hour: How do we perceive
beauty? Do we stop to appreciate it? Do we recognize the talent in
an unexpected context?

One of the possible conclusions from this experience could be:

If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musicians
in the world playing the best music ever written, how many other things are
we missing?

Ouch!

Try not to miss the beauty of life coming your way - it may be right in
front of you. Right now, in fact.



Kisah ini berlaku pada pagi Jumaat 12 Januari 2007.

Friday, February 13, 2009

Cinta




ai, cinta dalam tulisan cina moden


ai, cinta dalam tulisan cina tradisional


xin, hati

Perkataan ai dalam tulisan cina tradisional terdiri dari 13 goresan yang menggambarkan cinta. Di tengah perkataan itu terdapat tulisan xin yang bermakna hati.
Mengungkapkan bahawa cinta perlukan hati.
Begitulah orang cina tradisional menggambarkan cinta mereka.

Dalam tulisan moden pula perkataan ai tidak lagi diiringi dengan perkataan xin.

Apakah cinta tidak memerlukan hati lagi?

Wednesday, February 11, 2009

Gerhana Bulan



Pada 9 Feb 2009 telah berlaku gerhana bulan penumbra.


Sek. Men. Sains Muzaffar Shah

Di bawah dilampirkan gerhana bulan pada tahun 2002.


Apakah semuanya akan gerhana pada tahun ini?

Thursday, February 5, 2009

Bisnis



Kaka, pemain bolasepak antarabangsa pernah ditawarkan untuk dijual pada 112 juta pound.

Dalam politik tanah air juga tak terkecuali dalam hal ini.

Dalam film 3 Abdul, Hussein Lempoyan ada berkata "Berniaga manusia lagi bagus daripada unta"



4 ribu pound, wauu...

Dunia, dunia...

Thursday, January 29, 2009

Kisah arab badwi



Pada suatu pagi, seorang Arab Badwi membawa sepuluh ekor keldai ke pasar untuk dijual..

Oleh kerana perjalanan agak jauh, dia keletihan lalu menunggang salah seekor keldainya.. sampai di pertengahan jalan, dia membilangnya. Alangkah terkejutnya dia mendapati hanya ada sembilan ekor sahaja..

Arab badwi itu tidak berpuas hati lalu turun daripada keldainya..

Dia membilang lagi keldainya, Memang pelik.. Cukup pulak sepuluh ekor..

Begitulah seterusnya.. semasa dia menunggang hanya ada sembilan ekor sahaja.. Apabila dia turun terus jadi sepuluh ekor.. Dia berasa pelik & hairan dengan kejadian itu.

Setelah sampai ke pasar, dia menceritakan kejadian pelik & aneh itu kepada orang ramai..

Semua orang di pasar tergelak besar mendengar cerita si Arab Badwi itu.

Lalu salah seorang mereka berkata sambil tergelak..

"Hairan-hairan.. sungguh hairan.. sesungguhnya aku nampak ada sebelas ekor keldai. Hahaha"



Soalan:

Dari manakah datangnya keldai yang kesebelas itu..?

Wednesday, January 28, 2009

Gerhana Matahari Cincin




National Geographic

Turutan gambar yang menujukkan bulan melepasi di antara bumi dengan matahari sebelum,semasa dan selepas gerhana matahari cincin sebagaimana yang disaksikan di Bandar Lampung, Indonesia.


Redzlan Blogspot

Gambar ini dirakamkan di Raub, Pahang.
Kat Malaysia dapat gambar gerhana matahari separa macam ni jer...

Sila ke Fotomedia untuk melihat lebih banyak gambar lagi.

Subhanallah...

Kini aku tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari cincin belah rotan.
Akanku sarungkan cincin gerhana matahari buatmu...


Friday, January 23, 2009

Gong Xi Fa Cai





Tahun ini adalah Tahun Lembu. Lembu dikaitkan dengan simbol kekuatan, keazaman yang kuat serta tidak pernah kenal erti berputus asa. Insan yang lahir pada tahun ini pula dipercayai mempunyai pendirian teguh, bertanggungjawab dan boleh diharap.

Tahun ini juga, pada 26 Jan 2009 bakal terjadi gerhana matahari separa jenis anulus. Dapat disaksikan pada jam 16:3136. Akan berlansung selama 3 jam 46 minit.

Antara simbol kekuatan dengan gerhana suatu perkara yang menarik.

Menariknya kerana keadaan ekonomi dalam situasi merudum dan diatasi dengan keazaman yang tak pernah putus asa.

Aku juga ada teori ekonomi yang mudah.

Tahun-tahun sebelumnya, selalunya aku akan dapat buah limau yang cukup lumayan. Melebihi dari keperluan diri sendiri. Malah lebih dari cukup untuk satu keluarga yang sederhana besarnya.

Pada tahun ini, aku cuma dapat buah limau tak lebih dari jari di tangan, malah cukup untuk sebelah tangan sahaja.

Jadi congakan ekonomi aku mudah.
Buah limau menjadi penanda aras kekukuhan ekonomi masa kini.

Thursday, January 22, 2009

Catur jantan dan betina





Aku dah lama tak ikuti perkembangan catur dunia.
Kali terakhir yang aku ingat ketika Gary Kasparov vs Anatoly Karpov.
Ironinya selepas ledakan maklumat aku tak tahu menahu langsung mengenai perkembangan terkini.
Mungkin rakan di sekelilingku tiada yang meminati catur secara serius.

Namun, aku tersentak, bila ada pertanyaan, yang mana catur jantan dan yang mana catur betina? Macam Nujum Pak Belalang pulak.

Ada sesiapa yang mempunyai teori mengenai jantan dan betina?
Berfikir sejenak...

Wednesday, January 21, 2009

Hadiah



Datuk Siti Nurhaliza dapat hadiah jam tangan, Richard Mile berharga RM250,000

Juliana Banos dapat kereta Ferrari berharga RM1 juta

Rozita Che Wan terima jam tangan Rolex bernilai RM18,000

Diana Danielle menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 berharga RM560,000

Kosmo

Andainya cinta dan kasih sayang berdasarkan nilai hadiah yang diberikan, malang sekali bagi golongan berpendapatn rendah.
Sudahlah miskin, kasih sayang pun tak dapat.

Namun aku cukup tersentuh dengan jiwa bersih kanak-kanak yang mendapat hadiah.
Tak pernah menilai hadiah dengan harga yang mahal, namun cukup gembira walaupun cuma sebatang pensel HB.

Tuesday, January 20, 2009

Jantung





Ada yang kata, masa itu emas.
Surah al-ashr bersumpah, Demi masa.

Bagiku jantung adalah masaku.
Degupan jantungku adalah masa yang berlalu.
Andainya ia berhenti berdegup, masaku terhenti.

Ohhh... jantung hatiku...

Monday, January 19, 2009

Hadiah percuma



Setelah anda membayar harga barangan yang dibeli, anda diberikan baucer hadiah percuma.

Sila ke kaunter yang berkenaan.

Anda akan diberi sedikit taklimat mengenai kejayaan anda. Tahniah katanya.

Anda perlu membeli harga barangan yang bernilai tinggi sebelum anda dapat menebus baucer percuma.

Huh... susahnya nak dapat barang percuma. Tapi itu bukan percuma, sekadar gimik untuk mengelabukan mata anda.

Siapa yang tak mahu percuma?
Tapi awas jangan sampai tertipu dengan tawaran percuma.

Sebenarnya setiap detik yang berlalu anda dapat percuma.

Udara yang dibekalkan tak perlu dibayar, tapi perlu membalas dengan sebaiknya.

Thursday, January 8, 2009

Senja





Senja itu...
Petanda kegelapan muncul.

Apakah ekonomi dunia kini seperti senja itu?
Namun, bagiku...
Akan ku bahagi pada dua bahagian

Satu untuk mimpimu
Satu lagi untuk harapanku.