Thursday, January 29, 2009

Kisah arab badwi



Pada suatu pagi, seorang Arab Badwi membawa sepuluh ekor keldai ke pasar untuk dijual..

Oleh kerana perjalanan agak jauh, dia keletihan lalu menunggang salah seekor keldainya.. sampai di pertengahan jalan, dia membilangnya. Alangkah terkejutnya dia mendapati hanya ada sembilan ekor sahaja..

Arab badwi itu tidak berpuas hati lalu turun daripada keldainya..

Dia membilang lagi keldainya, Memang pelik.. Cukup pulak sepuluh ekor..

Begitulah seterusnya.. semasa dia menunggang hanya ada sembilan ekor sahaja.. Apabila dia turun terus jadi sepuluh ekor.. Dia berasa pelik & hairan dengan kejadian itu.

Setelah sampai ke pasar, dia menceritakan kejadian pelik & aneh itu kepada orang ramai..

Semua orang di pasar tergelak besar mendengar cerita si Arab Badwi itu.

Lalu salah seorang mereka berkata sambil tergelak..

"Hairan-hairan.. sungguh hairan.. sesungguhnya aku nampak ada sebelas ekor keldai. Hahaha"



Soalan:

Dari manakah datangnya keldai yang kesebelas itu..?

Wednesday, January 28, 2009

Gerhana Matahari Cincin




National Geographic

Turutan gambar yang menujukkan bulan melepasi di antara bumi dengan matahari sebelum,semasa dan selepas gerhana matahari cincin sebagaimana yang disaksikan di Bandar Lampung, Indonesia.


Redzlan Blogspot

Gambar ini dirakamkan di Raub, Pahang.
Kat Malaysia dapat gambar gerhana matahari separa macam ni jer...

Sila ke Fotomedia untuk melihat lebih banyak gambar lagi.

Subhanallah...

Kini aku tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari cincin belah rotan.
Akanku sarungkan cincin gerhana matahari buatmu...


Friday, January 23, 2009

Gong Xi Fa Cai





Tahun ini adalah Tahun Lembu. Lembu dikaitkan dengan simbol kekuatan, keazaman yang kuat serta tidak pernah kenal erti berputus asa. Insan yang lahir pada tahun ini pula dipercayai mempunyai pendirian teguh, bertanggungjawab dan boleh diharap.

Tahun ini juga, pada 26 Jan 2009 bakal terjadi gerhana matahari separa jenis anulus. Dapat disaksikan pada jam 16:3136. Akan berlansung selama 3 jam 46 minit.

Antara simbol kekuatan dengan gerhana suatu perkara yang menarik.

Menariknya kerana keadaan ekonomi dalam situasi merudum dan diatasi dengan keazaman yang tak pernah putus asa.

Aku juga ada teori ekonomi yang mudah.

Tahun-tahun sebelumnya, selalunya aku akan dapat buah limau yang cukup lumayan. Melebihi dari keperluan diri sendiri. Malah lebih dari cukup untuk satu keluarga yang sederhana besarnya.

Pada tahun ini, aku cuma dapat buah limau tak lebih dari jari di tangan, malah cukup untuk sebelah tangan sahaja.

Jadi congakan ekonomi aku mudah.
Buah limau menjadi penanda aras kekukuhan ekonomi masa kini.

Thursday, January 22, 2009

Catur jantan dan betina





Aku dah lama tak ikuti perkembangan catur dunia.
Kali terakhir yang aku ingat ketika Gary Kasparov vs Anatoly Karpov.
Ironinya selepas ledakan maklumat aku tak tahu menahu langsung mengenai perkembangan terkini.
Mungkin rakan di sekelilingku tiada yang meminati catur secara serius.

Namun, aku tersentak, bila ada pertanyaan, yang mana catur jantan dan yang mana catur betina? Macam Nujum Pak Belalang pulak.

Ada sesiapa yang mempunyai teori mengenai jantan dan betina?
Berfikir sejenak...

Wednesday, January 21, 2009

Hadiah



Datuk Siti Nurhaliza dapat hadiah jam tangan, Richard Mile berharga RM250,000

Juliana Banos dapat kereta Ferrari berharga RM1 juta

Rozita Che Wan terima jam tangan Rolex bernilai RM18,000

Diana Danielle menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 berharga RM560,000

Kosmo

Andainya cinta dan kasih sayang berdasarkan nilai hadiah yang diberikan, malang sekali bagi golongan berpendapatn rendah.
Sudahlah miskin, kasih sayang pun tak dapat.

Namun aku cukup tersentuh dengan jiwa bersih kanak-kanak yang mendapat hadiah.
Tak pernah menilai hadiah dengan harga yang mahal, namun cukup gembira walaupun cuma sebatang pensel HB.

Tuesday, January 20, 2009

Jantung





Ada yang kata, masa itu emas.
Surah al-ashr bersumpah, Demi masa.

Bagiku jantung adalah masaku.
Degupan jantungku adalah masa yang berlalu.
Andainya ia berhenti berdegup, masaku terhenti.

Ohhh... jantung hatiku...

Monday, January 19, 2009

Hadiah percuma



Setelah anda membayar harga barangan yang dibeli, anda diberikan baucer hadiah percuma.

Sila ke kaunter yang berkenaan.

Anda akan diberi sedikit taklimat mengenai kejayaan anda. Tahniah katanya.

Anda perlu membeli harga barangan yang bernilai tinggi sebelum anda dapat menebus baucer percuma.

Huh... susahnya nak dapat barang percuma. Tapi itu bukan percuma, sekadar gimik untuk mengelabukan mata anda.

Siapa yang tak mahu percuma?
Tapi awas jangan sampai tertipu dengan tawaran percuma.

Sebenarnya setiap detik yang berlalu anda dapat percuma.

Udara yang dibekalkan tak perlu dibayar, tapi perlu membalas dengan sebaiknya.

Thursday, January 8, 2009

Senja





Senja itu...
Petanda kegelapan muncul.

Apakah ekonomi dunia kini seperti senja itu?
Namun, bagiku...
Akan ku bahagi pada dua bahagian

Satu untuk mimpimu
Satu lagi untuk harapanku.