Monday, December 13, 2010

Rubik's Cube

Feliks Zemdegs dari Australia adalah pemegang rekod dalam acara Rubik's cube. Beliau hanya mengambil masa selama 6.77 saat sahaja.

Aku juga pernah bermain rubik ini pada masa yang lampau. Namun aku hanya mampu menyelesaikan satu permukaan sahaja.Kini aku mampu untuk menyelesaikan semua permukaan setelah 29 tahun!!!

Terima kasih aku ucapkan pada laman web wikihow dalam membantu aku menyelesaikan penantian 29 tahun.

Lihat World Record dan Video

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Takwim Hijrah telah diasaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab RA. Tarikhnya telah diundurkan sebanyak 17 tahun hijrah.

1 Muharram 1 Hijrah adalah bersamaan 15 Julai 622 Masehi. Pada tarikh tersebut terdapat planet Zuhal, Zuhrah(Kejora), Utarid, Uranus, Neptune dan Marikh bersegaris di ufuk barat.

Ketika itu, pada siang harinya bayang-bayang matahari adalh menunjukkan arah kiblat. Adakah anda masih ingat akan tarikh setiap tahun pada 15 Julai? Ketika itu kita akan sibuk untuk meyemak kembali arah kiblat.

Tarikh tersebut dipilih sebagai peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Namun begitu hanya peristiwa hijrah sahaja yang diambil dan bukannya tarikh sebenar hijrah Nabi kerana nabi berhijrah pada 2 Rabi’ul Awal 1 H bersamaan 13 September 622 Masehi.

Salam Maal Hijrah...