Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar dalam kenangan...

Ahmad Ammad disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan.

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 

Coretan Ustaz Hasrizal dan Presiden Abim



Sesungguhnya Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam telah dibawa melintas di hadapan baginda sekujur jenazah. Lalu Baginda bersabda:

Yang berehat (mustarih), dan yang berehat pihak lain daripadanya (mustarah minhu).

Sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan mustarih dan mustarah minhu itu?

Jawab Baginda, “seorang hamba yang mukmin, (apabila mati), dia berehat daripada kepenatan dunia dan kesakitannya, kepada rahmat Allah. Manakala hamba yang ingkar, (apabila mati), berehatlah daripadanya sekalian hamba yang lain, dan tanah air, pokok yang tumbuh, dan haiwan yang melata!” [Hadith riwayat al-Bukhari] 


Friday, November 1, 2013

Hijrah...

Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar:Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ˜Aisyah dan ˜Asma'. Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar,:Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda,:Ya, kawan. Berkata Abu Bakar,:Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi,Kuambil seekor dengan harganya.(Bukhari)




Peta penghijrahan dari Mekah ke Madinah.

Jalan berwarna merah adalah jalan yang diambil oleh Nabi s.a.w.
Jalan berwarna hijau adalah jalan yang diambil oleh kebiasaan orang.