Wednesday, December 17, 2008

Gaji



The Star

Datuk Nazir Razak - Bumiputra-Commerce Holdings Bhd.(RM9.35 juta)
Tan Sri Amirsham Abdul Aziz - Maybank.(RM2.71 juta)
Datuk Seri Ahamd Zubir Murshid - Sime Darby Bhd.(RM2.05 juta)
Datuk Yusli Mohamed Yusoff - Bursa Malaysia Bhd.(RM1.97 juta)
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin - Boustead Holdings Bhd.(RM1.85 juta)

Untuk korporat Malaysia gaji tertinggi ialah
Tan Sri Lim Kok Thay - Genting Bhd

Dengan pendapatan setahun RM86.5 juta.

Berapa pula pendapatan anda bagi tahun berakhir 2007?

Tuesday, December 16, 2008

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Malaysiakini

Minyak dah turun.
Jangan ada orang naik minyak pulak...

Monday, December 15, 2008

Orang mati hidup semula



Macam-Macam: Lelaki ke mahkamah untuk bukti masih hidup


TIMISOARA: Selepas setahun terbabit dalam perbicaraan mahkamah, seorang lelaki Romania akhirnya berjaya meyakinkan mahkamah dia masih belum mati seperti diputuskan kerajaan.

Gheroghe Stirbu dari Timisoara, sebelum ini cuba memperbaharui kad pengenalannya tetapi pegawai kerajaan yang bertugas memaklumkan dia diklasifikasikan sebagai mati.

Walaupun dia menerangkan kepada agensi kerajaan bahawa dia masih hidup, mereka enggan mengakui kesalahan menyebabkan Stirbu terpaksa membawa kesnya ke mahkamah. - Agensi
Macam-macam Berita Harian


Satu lagi perkara aneeh yang berlaku.
Penuh misteri...

Friday, December 12, 2008

Macam-Macam: Pegawai bomba lari tugas kerana tikus



LONDON: Seorang pegawai bomba dan penyelamat Britain kini berdepan tindakan disiplin selepas lari daripada tugas hanya kerana terserempak dengan dua ekor tikus.

Akhbar The Sun melaporkan semalam, anggota yang bertugas di balai bomba Essex dan dirahsiakan identitinya itu, bertindak mengunci balai dan segera ke ibu pejabat.

Beliau turut memaklumkan ibu pejabat yang beliau tidak berani berjaga sendirian selepas terlihat kehadiran dua haiwan perosak berkenaan. - Agensi
Berita Harian


Aku punya seorang kawan. Dia tak takut tikus, tapi dia takut ular. Itu perkara biasa, siapa yang tak takut ular walupun bukan semua ular berbisa.

Apa yang luar biasa, dia juga takut pada ular getah.
Dia juga tergedik-gedik jika lihat gambar ular.
Malah jika sesuatu permukaan berbentuk seakan-akan kulit ular pun, dia dah tak tentu arah.
Lebih menarik jika disebut berulang kali perkataan ular, dia akan jadi geli-geleman.

Kalau dah teruja dengan perkataan ular, boleh juga dia menjerit.
Bimbang juga aku kot-kot jadi histeria pulak...

Wednesday, December 10, 2008

Mayat bertukar menjadi bangkai anjing.



Berita ini memang menggemparkan. Apa tidaknya bagaimana mayat manusia boleh bertukar menjadi bangkai anjing. Sekiranya tidak ditangani dengan baik akan menjadi bahan bualan di kedai-kedai kopi. Terlopong semua yang mendengarnya. Ternganga. Bukti dah ada. Ini buktinya, dari Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari.

Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.

Artikel Berita Harian

Dan berita ini pula menunjukkan bahawa mayat tersebut telah menjadi bangkai anjing.

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Penemuan satu mayat oleh pasukan penyelamat berhampiran lokasi mendiang Dr. N. Yogeswari di Taman Bukit Mewah dekat sini, yang disangka mangsa korban kelima kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dekat sini, rupanya hanyalah bangkai anjing.

Pada pukul 5.45 petang, media dimaklumkan kemungkinan pembantu rumah wanita warga Sri Lanka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kelmarin, berjaya ditemui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, gerakan mencari mangsa digiatkan apabila anjing pengesan mengesan bau cebisan daging di salah sebuah bilik rumah milik mendiang.

Bagaimanapun jelasnya, apabila ditemui rupa-rupanya ia hanya bangkai seekor anjing yang reput.

"Berikutan itu, operasi mencari dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat itu jelasnya akan diteruskan seawal mungkin selepas jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bermesyuarat pada pukul 10 pagi esok.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan peluang untuk menemui mangsa yang dilaporkan hilang itu hidup dalam runtuhan tersebut adalah tipis.

Artikel Utusan Malaysia

Hujahnya, kalau mati mana mayatnya?. Kalau mati mana kuburnya? Maka sahlah mayat bertukar menjadi bangkai anjing. Telah terbukti.

Apa nak buat dengan orang yang macam ni?
Atau laporan yang dihidangkan tidak tepat?

Tuesday, December 9, 2008

Kereta Hijau



Kereta ini diperbuat daripada buluh.


Paultan

Moga-moga bumi semakin tenang...

Friday, December 5, 2008

Terasa indah bila bercinta...




Astronomy Picture


Mesra sungguh keakraban bulan dan venus. Percintaan yang tiada tolok tandingnya. Hanya mampu disaksikan oleh Jupiter dari jauh.

December ini musim bercinta.
Ahh indahnya bila dilamun cinta...

Selamat Mencuba



Sediakan kalkulator untuk memudahkan anda.

Tetapkan berapa kali anda ingin makan di restoren dalam seminggu.

Darabkan dengan 2

Tambah 5

Darabkan dengan 50

Tambah 1758

Tolak tahun anda dilahirkan. (contoh:- 1957)

Dapat jawapannya?

Angka digit yang ketiga(dari kanan) adalah bilangan kali anda ingin keluar makan di restoren.

2 digit terakhir adalah umur anda pada tahun tersebut.

Pengiraan diatas hanya sah untuk anda yang lahir selepas 1908.

Thursday, December 4, 2008

Senyumlah...




Astronomy Picture


Astronomy Picture


Langit tersenyum dengan kehadiran bulan.

Minyak turun lagi

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Dec 2, 08 5:17pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

**************

Alih-alih harganya lebih murah dari harga sebelum naik.
Apa dah jadi.