Wednesday, December 10, 2008

Mayat bertukar menjadi bangkai anjing.



Berita ini memang menggemparkan. Apa tidaknya bagaimana mayat manusia boleh bertukar menjadi bangkai anjing. Sekiranya tidak ditangani dengan baik akan menjadi bahan bualan di kedai-kedai kopi. Terlopong semua yang mendengarnya. Ternganga. Bukti dah ada. Ini buktinya, dari Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari.

Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.

Artikel Berita Harian

Dan berita ini pula menunjukkan bahawa mayat tersebut telah menjadi bangkai anjing.

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Penemuan satu mayat oleh pasukan penyelamat berhampiran lokasi mendiang Dr. N. Yogeswari di Taman Bukit Mewah dekat sini, yang disangka mangsa korban kelima kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dekat sini, rupanya hanyalah bangkai anjing.

Pada pukul 5.45 petang, media dimaklumkan kemungkinan pembantu rumah wanita warga Sri Lanka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kelmarin, berjaya ditemui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, gerakan mencari mangsa digiatkan apabila anjing pengesan mengesan bau cebisan daging di salah sebuah bilik rumah milik mendiang.

Bagaimanapun jelasnya, apabila ditemui rupa-rupanya ia hanya bangkai seekor anjing yang reput.

"Berikutan itu, operasi mencari dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat itu jelasnya akan diteruskan seawal mungkin selepas jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bermesyuarat pada pukul 10 pagi esok.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan peluang untuk menemui mangsa yang dilaporkan hilang itu hidup dalam runtuhan tersebut adalah tipis.

Artikel Utusan Malaysia

Hujahnya, kalau mati mana mayatnya?. Kalau mati mana kuburnya? Maka sahlah mayat bertukar menjadi bangkai anjing. Telah terbukti.

Apa nak buat dengan orang yang macam ni?
Atau laporan yang dihidangkan tidak tepat?

No comments: