Wednesday, December 17, 2008

Gaji



The Star

Datuk Nazir Razak - Bumiputra-Commerce Holdings Bhd.(RM9.35 juta)
Tan Sri Amirsham Abdul Aziz - Maybank.(RM2.71 juta)
Datuk Seri Ahamd Zubir Murshid - Sime Darby Bhd.(RM2.05 juta)
Datuk Yusli Mohamed Yusoff - Bursa Malaysia Bhd.(RM1.97 juta)
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin - Boustead Holdings Bhd.(RM1.85 juta)

Untuk korporat Malaysia gaji tertinggi ialah
Tan Sri Lim Kok Thay - Genting Bhd

Dengan pendapatan setahun RM86.5 juta.

Berapa pula pendapatan anda bagi tahun berakhir 2007?

Tuesday, December 16, 2008

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Malaysiakini

Minyak dah turun.
Jangan ada orang naik minyak pulak...

Monday, December 15, 2008

Orang mati hidup semula



Macam-Macam: Lelaki ke mahkamah untuk bukti masih hidup


TIMISOARA: Selepas setahun terbabit dalam perbicaraan mahkamah, seorang lelaki Romania akhirnya berjaya meyakinkan mahkamah dia masih belum mati seperti diputuskan kerajaan.

Gheroghe Stirbu dari Timisoara, sebelum ini cuba memperbaharui kad pengenalannya tetapi pegawai kerajaan yang bertugas memaklumkan dia diklasifikasikan sebagai mati.

Walaupun dia menerangkan kepada agensi kerajaan bahawa dia masih hidup, mereka enggan mengakui kesalahan menyebabkan Stirbu terpaksa membawa kesnya ke mahkamah. - Agensi
Macam-macam Berita Harian


Satu lagi perkara aneeh yang berlaku.
Penuh misteri...

Friday, December 12, 2008

Macam-Macam: Pegawai bomba lari tugas kerana tikus



LONDON: Seorang pegawai bomba dan penyelamat Britain kini berdepan tindakan disiplin selepas lari daripada tugas hanya kerana terserempak dengan dua ekor tikus.

Akhbar The Sun melaporkan semalam, anggota yang bertugas di balai bomba Essex dan dirahsiakan identitinya itu, bertindak mengunci balai dan segera ke ibu pejabat.

Beliau turut memaklumkan ibu pejabat yang beliau tidak berani berjaga sendirian selepas terlihat kehadiran dua haiwan perosak berkenaan. - Agensi
Berita Harian


Aku punya seorang kawan. Dia tak takut tikus, tapi dia takut ular. Itu perkara biasa, siapa yang tak takut ular walupun bukan semua ular berbisa.

Apa yang luar biasa, dia juga takut pada ular getah.
Dia juga tergedik-gedik jika lihat gambar ular.
Malah jika sesuatu permukaan berbentuk seakan-akan kulit ular pun, dia dah tak tentu arah.
Lebih menarik jika disebut berulang kali perkataan ular, dia akan jadi geli-geleman.

Kalau dah teruja dengan perkataan ular, boleh juga dia menjerit.
Bimbang juga aku kot-kot jadi histeria pulak...

Wednesday, December 10, 2008

Mayat bertukar menjadi bangkai anjing.



Berita ini memang menggemparkan. Apa tidaknya bagaimana mayat manusia boleh bertukar menjadi bangkai anjing. Sekiranya tidak ditangani dengan baik akan menjadi bahan bualan di kedai-kedai kopi. Terlopong semua yang mendengarnya. Ternganga. Bukti dah ada. Ini buktinya, dari Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari.

Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.

Artikel Berita Harian

Dan berita ini pula menunjukkan bahawa mayat tersebut telah menjadi bangkai anjing.

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Penemuan satu mayat oleh pasukan penyelamat berhampiran lokasi mendiang Dr. N. Yogeswari di Taman Bukit Mewah dekat sini, yang disangka mangsa korban kelima kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dekat sini, rupanya hanyalah bangkai anjing.

Pada pukul 5.45 petang, media dimaklumkan kemungkinan pembantu rumah wanita warga Sri Lanka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kelmarin, berjaya ditemui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, gerakan mencari mangsa digiatkan apabila anjing pengesan mengesan bau cebisan daging di salah sebuah bilik rumah milik mendiang.

Bagaimanapun jelasnya, apabila ditemui rupa-rupanya ia hanya bangkai seekor anjing yang reput.

"Berikutan itu, operasi mencari dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat itu jelasnya akan diteruskan seawal mungkin selepas jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bermesyuarat pada pukul 10 pagi esok.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan peluang untuk menemui mangsa yang dilaporkan hilang itu hidup dalam runtuhan tersebut adalah tipis.

Artikel Utusan Malaysia

Hujahnya, kalau mati mana mayatnya?. Kalau mati mana kuburnya? Maka sahlah mayat bertukar menjadi bangkai anjing. Telah terbukti.

Apa nak buat dengan orang yang macam ni?
Atau laporan yang dihidangkan tidak tepat?

Tuesday, December 9, 2008

Kereta Hijau



Kereta ini diperbuat daripada buluh.


Paultan

Moga-moga bumi semakin tenang...

Friday, December 5, 2008

Terasa indah bila bercinta...




Astronomy Picture


Mesra sungguh keakraban bulan dan venus. Percintaan yang tiada tolok tandingnya. Hanya mampu disaksikan oleh Jupiter dari jauh.

December ini musim bercinta.
Ahh indahnya bila dilamun cinta...

Selamat Mencuba



Sediakan kalkulator untuk memudahkan anda.

Tetapkan berapa kali anda ingin makan di restoren dalam seminggu.

Darabkan dengan 2

Tambah 5

Darabkan dengan 50

Tambah 1758

Tolak tahun anda dilahirkan. (contoh:- 1957)

Dapat jawapannya?

Angka digit yang ketiga(dari kanan) adalah bilangan kali anda ingin keluar makan di restoren.

2 digit terakhir adalah umur anda pada tahun tersebut.

Pengiraan diatas hanya sah untuk anda yang lahir selepas 1908.

Thursday, December 4, 2008

Senyumlah...




Astronomy Picture


Astronomy Picture


Langit tersenyum dengan kehadiran bulan.

Minyak turun lagi

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Dec 2, 08 5:17pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

**************

Alih-alih harganya lebih murah dari harga sebelum naik.
Apa dah jadi.

Friday, November 28, 2008

Duit...duit



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Ibarat pisang goreng panas, kesemua 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk bukan bumiputera telah habis dilanggan dalam tempoh enam jam 10 minit.

Unit-unit berkenaan dilanggan oleh 70,713 pemegang akaun bukan bumiputera melibatkan 27,479 pemegang akaun baru apabila jualan mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Kesemua 490 juta unit baru itu habis dijual pada pukul 2.10 petang.

Petikan Utusan Malaysia

Banyak betul duit depa ni...

Artikel Penuh:
Unit ASW 2020 bukan bumi habis dilanggan 6 jam
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Ibarat pisang goreng panas, kesemua 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk bukan bumiputera telah habis dilanggan dalam tempoh enam jam 10 minit.

Unit-unit berkenaan dilanggan oleh 70,713 pemegang akaun bukan bumiputera melibatkan 27,479 pemegang akaun baru apabila jualan mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Kesemua 490 juta unit baru itu habis dijual pada pukul 2.10 petang.

Difahamkan unit tambahan itu mungkin habis lebih cepat sekiranya jumlah langganan tidak dihadkan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, langganan maksimum dihadkan kepada 10,000 unit untuk memastikan peluang yang lebih luas dan saksama bagi setiap pelabur.

"Saya menghargai keyakinan pelabur dan sokongan berterusan membuat pelaburan dalam produk-produk Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB).

''Kouta bukan bumiputera yang habis dilanggan dalam masa enam jam 10 minit ini menterjemah keyakinan pada pelabur terhadap pengurusan PNB dan ASNB,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hamad Kama Piah berkata, tambahan unit baru ini memberi peluang lebih luas kepada orang ramai untuk menikmati manfaat yang ditawarkan oleh produk-produk ASNB.

Katanya, pelabur bumiputera masih boleh melanggan unit ASW 2020 kerana kouta bagi golongan tersebut masih berbaki.

"Mereka juga boleh melanggan unit-unit ini menerusi skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),'' ujarnya.

ASNB mula menawarkan langganan satu bilion unit baru ASW 2020 hari ini dengan peruntukan kouta 51 peratus untuk bumiputera dan 49 peratus untuk kouta bukan bumiputera.

ASW 2020 adalah dana unit amanah berharga tetap RM1.00 dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.

Dana tersebut dilancarkan pada 28 Ogos 1996 dengan saiz permulaan tiga bilion unit, meningkat kepada 10.42 bilion unit apabila ditambah buat kali keenam hari ini.

Menurut Hamad Kama Piah, pada September tahun lalu, ASW 2020 menambah dua bilion unit baru dengan had langganan maksimum 20,000 unit bagi setiap pelabur.

Katanya, pada Mac tahun lalu pula, sejumlah satu bilion unit baru dibuka untuk langganan, juga dengan had langganan maksimum berjumlah 50,000 unit setiap seorang.

"Unit baru bagi kouta bukan bumiputera habis dilanggan bagi kedua-dua tawaran tersebut.

"ASW 2020 mencatatkan sejarah apabila kouta langganan untuk bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit apabila sejumlah 1 bilion unit baru dibuka untuk langganan pada 1 September 2006,'' ujarnya.

Sejak dilancarkan, purata pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 adalah 7.74 sen seunit.


Wednesday, November 19, 2008

Thursday, November 13, 2008

Exercise



Baca artikel ini mengikut lengguk yang paling selesa.




Apa yang anda rasakan?


Monday, November 10, 2008

Nak buat filem



Kalau nak buat filem, canang-cananglah seluruh kampung. Apa salahnya jadi seperti seekor ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung.

Kalau nak ikut resam penyu, inilah jadinya.

MELBOURNE: Empat krew filem yang sedang menjalani penggambaran di sebuah pangsapuri di Australia ditahan polis selepas jiran menyangka adegan membabitkan senjata api yang dilakonkan di kawasan itu adalah kejadian sebenar.

Jurucakap polis, Wayne Wilson berkata, mereka mengepung bangunan pangsapuri di Melbourne itu selepas seorang wanita memberitahu yang dia melihat seorang lelaki berlegar sambil membawa senjata, lapor akhbar Melbourne Herald Sun. - Agensi

Petikan Berita Harian

Nak jadi ayam atau penyu?

Perhiasan



Blog nampak menarik bila ada beberapa gadget yang memberi info ringkas. Ada yang kata blog adalah seorang wanita. Wanita yang secara fitrahnya suka pada perhiasan.

Oleh itu gadget-gadget adalah seperti perhiasan seorang perempuan.

Betulkah begitu?

Friday, November 7, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Friday, October 24, 2008

Sama perkataan



Perkataan di bawah mempunyai satu persamaan.
Bolehkah anda mengenal pastikannya?

1 Banana

2 Dresser

3 Grammar

4 Potato

5 Revive

6 Uneven

7 Assess

Dah dapat?

Tak pa....

Sila berfikir sebentar...

Tuesday, October 21, 2008

Duit




500,000,000,000 (500 billion) Yugoslav dinar banknote circa 1993

Ini banknote Yugoslavia semasa berlakunya hyperinflasi pada tahun 1993
Sila ke Wikipedia

Kalaulah.......

Duit ini dalam bentuk pound sterling, atau USD, tak palah walaupun dalam RM..
Bayangkan.....
Apa yang boleh aku buat dengan duit yang sebanyak ini...

Duit, duit, duit.

Monday, October 20, 2008

Thursday, October 16, 2008

Lelaki sudah tua baru romantik



Lelaki sudah tua baru romantik
Tinjauan dapati suami lebih hargai pasangan mulai usia 53 tahun

LONDON: Berita kurang enak bagi golongan wanita apabila satu kajian terbaru membuktikan mereka perlu menunggu lebih lama iaitu apabila suami mencecah usia 53 tahun untuk menjadi benar-benar romantik, berbanding usia muda.

Inilah hasil tinjauan terbaru yang turut menjadikan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy sebagai bukti lelaki paling romantik apabila mencecah usia 50 tahun ke atas, lapor Daily Telegraph.


Tinjauan syarikat Warner Leisure Holidays & Hotels di kalangan 2,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di Britain menunjukkan majoriti golongan lelaki melewati usia 53 tahun itu mempamerkan kasih sayang yang melimpah ruah pada tahap maksimum, sehingga jauh mengatasi golongan lelaki muda.

Lebih menarik lagi, lebih tiga perempat atau 75 peratus lelaki berusia 51 dan 53 tahun percaya ungkapan 'Saya Cintakan Kamu' setiap hari sebagai aksi paling romantik.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia juga didakwa lebih menghargai pasangan dan kepentingan romantik dalam kehidupan seharian, termasuk mengejutkan isteri atau pasangan dengan kejutan menggembirakan.

Malah, aksi romantik mereka terbukti mengatasi sikap dipamerkan lelaki muda, termasuk yang berusia remaja.

Antara kejutan menarik dilakukan lelaki berusia 53 tahun itu termasuk memberi hadiah manakala lebih seorang bagi setiap empat lelaki berusia, menulis sajak untuk pasangan mereka.

Hampir separuh mengejutkan pasangan dengan sejambak bunga, minyak wangi dan manisan berbanding cuma 24 peratus lelaki yang berusia 25 tahun.

Aksi romantik lain termasuk menganjurkan percutian romantik serta membawa pasangan bercuti pada hari biasa.

"Perlu diingat, lelaki yang mencecah usia 53 tahun itu sudah jauh berpengalaman dan lebih matang dalam banyak perkara, termasuk mengenai cara mengambil hati wanita disayanginya," kata jurucakap Warner, Jim Forward.

"Pada usia itu juga, lelaki sudah masak dengan perangai isteri atau pasangan selepas menempuh banyak pertengkaran dan kesilapan pada awal dan pertengahan perkahwinan," katanya. – Agensi

Petikan Berita Harian


Aku harap, aku telah romantik sekarang. Tak perlu tunggu lama-lama, datin...

Wednesday, October 15, 2008

Minyak



Harga minyak di Malaysia



Ada naik, ada turun.
Naik mendadak, turun pelan-pelan...

Thursday, October 9, 2008

Theorem



Theorem : The less you know the more money you make.

Proof:
We know that
a) Time is Money
b) Knowledge is Power

and from Physics

c) Power = Work / Time

By simple substitution:

Knowledge = Work / Money
Knowledge * Money = Work
Money = Work / Knowledge

It follows that as knowledge goes to 0, money goes to infinity.

Tuesday, October 7, 2008

Persamaan Matematik



Persamaan 1 : Belajar = Tidak Gagal
Persamaan 2 : Tidak Belajar = Gagal

Tambah Persamaan 1 dan 2

Belajar + Tidak Belajar = Gagal + Tidak Gagal
Belajar(1 + Tidak) = Gagal(1 + Tidak)

Oleh itu:-

Belajar = Gagal

Betul ke?

Kalau betul untuk apa belajar?

Friday, September 26, 2008

Keluarga Superhero




A: Waiter....
B: Ya tuan.

A: errr, apa nama awak?
B: Batman.

A: Jangan main-main, nama apa?
B: Nama saya Batman.

A: Nak buat lawak pulak kat sini. Apa.....ingat nama bapa awak Superman ke!!!
B: Ya, tekaan tuan betul

A: Boleh panggil pengurus awak ke sini!!!
B: ?????











Thursday, September 25, 2008

Bimbang memandu



Mengapa ahli matematik agak bimbang untuk memandu kereta di jalanraya?

Menurut mereka kelebaran jalanraya berbanding panjang adalah boleh diabaikan.

Wednesday, September 24, 2008

Masalah



Mengapa buku matematik tak pernah gembira?

Biasa la.... Tak habis-habis dengan masalah.

Masalah, masalah

Friday, September 19, 2008

Teka Wang Syiling Palsu



Ada 10 susunan wang syiling. Setiap satu mengandungi 10 syiling 50sen. Di antara 10 susunan tersebut terdapat 1 susunan semua syiling palsu. Tetapi anda tidak tahu susunan yang mana satu.

Anda diberitahu berat sekeping syiling 50 sen ialah 20gram dan sekeping wang syiling palsu ialah 1 gram lebih daripada syiling tulen.

Anda boleh timbang dengan menggunakan mesin penimbang.

Apakah bilangan yang paling kecil untuk tentukan susunan syiling mana yang palsu?

Selamat Berfikir...

Thursday, September 18, 2008

Hutang



Saya telah meminjam RM100 daripada rakan saya. Sejak 6 bulan yang lalu, saya telah memulangkan wang itu secara bulanan dan saya telah merekodkan baki seperti berikut:-

Tarikh......Wang yang dipulangkan(RM)......Baki pinjaman(RM)
1.1.08........................50...................................50
1.2.08........................25...................................25
1.3.08........................10...................................15
1.4.08.........................8....................................7
1.5.08.........................5....................................2
1.6.08.........................2....................................0
--------------------------------------------------------------------
Jumlah...................100...................................99

---------------------------------------------------------------------

Apabila dibandingkan jumlahnya tidak sama.
Bolehkah anda membantu?

Selamat Berfikir....

Monday, September 15, 2008

Jantung Sihat Kunci Kesihatan Badan



Jantung Sihat Kunci Kesihatan Badan

JANTUNG Untuk Kehidupan, adalah tema yang pernah diberikan kepada hari jantung sedunia. Sejauh manakah kepentingan organ ini kepada manusia?

Jantung sebenarnya adalah organ utama dalam sistem kardiovaskular. Ia mampu berdenyut lebih daripada 3.5 bilion kali sepanjang kehidupan dan fungsi utamanya mengepam darah yang membekalkan oksigen dan makanan ke semua bahagian badan.

Dalam keadaan rehat, jantung berdenyut antara 60 hingga 90 kali seminit untuk orang dewasa manakala pada kanak-kanak antara 100 hingga 120 kali seminit.

Semasa berdenyut, darah yang dipam dari seluruh badan pada kadar lima liter akan melalui jantung setiap minit. Tetapi apabila diperlukan, terutama semasa bersenam, jantung berupaya mengepam sehingga empat kali ganda jumlah itu.

Bagaimanapun, jika penjagaan jantung diabaikan seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman, pemakanan dan tekanan, boleh menyebabkan jantung berpenyakit.

Ini kerana statistik kemasukan dan kematian mereka yang menghidap penyakit jantung di hospital kerajaan yang direkod meningkat dari 1985 hingga 1996.

Pada 1985, jumlah kemasukan pesakit jantung yang direkod ialah 58,961 orang dengan 6,205 kematian. Jumlah itu meningkat kepada 101,985 kemasukan dan 7,249 kematian pada 1996.

Penyakit jantung dikenal pasti antara pembunuh utama di hospital kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mana masing-masing mencatat 15.82 peratus atau 22,502 kematian; 12.49 peratus dengan 3,346 kematian dan 17.51 peratus dengan 2,302 kematian.

Penyakit kardiovaskular turut dikesan berpunca daripada penyakit darah tinggi yang mana hasil kajian Mobiditi Kebangsaan Kedua pada 1996 menunjukkan hampir 29 peratus penduduk dewasa negara ini mempunyai tekanan darah diastolik dan 53 peratus tidak mengetahui mereka menghidap penyakit darah tinggi.

Hanya 61.4 peratus pesakit yang disahkan menghidap darah tinggi sedang menerima rawatan, 34.5 peratus pernah menerima rawatan dan 41.1 peratus langsung tidak pernah menerima rawatan.

Hampir 30 peratus kematian yang disahkan secara perubatan di negara ini adalah disebabkan kardiovaskular yang menjadi pembunuh utama merangkumi 20 kematian dan angin ahmar lapan peratus.

Penyakit jantung koronari (CAD) dikesan paling kerap ditemui yang dikenal pasti berpunca daripada masalah kegemukan (55 peratus), tekanan darah tinggi (44 peratus), kolesterol tinggi (40 peratus), tidak bersenam (33 peratus), merokok (25 peratus) dan diabetes (18 peratus).

CAD berlaku apabila arteri koronari tersumbat dan ini akan menyekat peredaran darah lalu menyebabkan oksigen yang dibekalkan ke otot jantung tidak mencukupi. Tanda ini boleh dikesan apabila seseorang itu sakit dada (angina pektoris), serangan jantung (infarksi miokardial) dan juga kematian jantung secara mengejut tanpa mengalami sakit dada atau ketidakselesaan sebelumnya.

Jika dilihat punca utama CAD iaitu kegemukan adalah disebabkan kurangnya penjagaan dari segi pemakanan dan gaya hidup masa kini.

Pengambilan makanan berlemak, berminyak, gula dan garam berlebihan tanpa bersenam mengakibatkan rakyat terdedah kepada risiko penyakit jantung sekali gus mengancam nyawa. Penyumbatan arteri berlaku disebabkan aterosklerosis yang juga sebahagian daripada proses penuaan.

Jenis penyakit jantung yang lain adalah, kegagalan jantung yang terjadi apabila jantung terlalu lemah untuk mengendalikan peredaran darah yang mencukupi ke seluruh badan.

Arrhythmia pula adalah sebarang perubahan daripada rentak denyutan jantung yang normal yang adakalanya berlaku secara singkat. Jika arrhytmia berpanjangan, kadar denyutan jantung akan menjadi terlalu lambat atau cepat.

Penyakit injap jantung akan menjejaskan pengaliran darah sehala dalam jantung sendiri sementara penyakit otot jantung disebabkan tisu ruang jantung yang mengepam darah rosak atau terkena jangkitan kuman.

Penyakit pada arteri periferi dan vena boleh menyebabkan salur darah pada anggota tubuh tersumbat, mengembang dan pecah. Darah yang membeku dalam vena boleh bergerak ke paru-paru.

Penyakit jantung kongenital pula membabitkan kerosakan injap dan ruang jantung serta masalah peredaran akibat keturunan, diabetes, rubela atau jangkitan virus pada ibu, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.

Bagaimanapun, masih tidak terlambat untuk masyarakat mengambil perhatian terhadap penjagaan jantung.

Di Malaysia, Yayasan Jantung Malaysia (YJM), badan bukan kerajaan yang berperanan menyedarkan masyarakat mengenai penjagaan jantung.

Dalam kempennya sempena Hari Jantung Sedunia 2001, YJM menganjurkan acara jalan kaki sebatu sebagai simbolik kepada penjagaan jantung yang sihat.

Hanya 30 minit sehari berjalan kaki, boleh mengelakkan anda daripada diserang penyakit jantung dan strok; mengawal tekanan darah; mengurangkan kadar kolesterol dalam badan; menguatkan otot dan tulang yang juga mengelak osteoporosis; meningkatkan stamina serta membantu mengawal berat badan, tidur lena di samping menstabilkan mental dan fizikal tubuh.

Antara nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk mengamalkan tabiat berjalan kaki ialah, jika anda menggunakan pengangkutan awam, berhenti separuh jalan dan mula berjalan kaki hingga sampai ke tempat kerja, sekiranya menggunakan kenderaan sendiri, sentiasa amalkan berjalan 15 minit sebelum menaiki kereta serta lebih baik menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

Jantung yang sihat adalah kunci kepada kesihatan badan. Untuk mempunyai jantung yang sihat juga adalah penting bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit.

Justeru, adalah penting untuk mengekalkan fizikal dan tabiat pemakanan yang sihat bagi mengelak kegemukan selain tidak merokok. Jika tabiat yang baik ini diamalkan, pasti masyarakat mempunyai jantung yang sihat, jantung yang sihat menggambarkan masyarakat yang ceria


Haluan.org.my


Friday, September 12, 2008

Hati



Berapa banyak hati yang boleh anda kesan?



Sekiranya anda hanya dapat mengira kurang daripada 12 hati, mungkin anda tidak berhati-hati.

Friday, September 5, 2008

Nombor bulat



Apakah nombor yang boleh dibahagi secara tepat (angka bulat) dari nilai 1 hingga 9?

Mampukah anda menyelesaikannya?
Selamat Berfikir Sejenak...


Ketika ditanya kepada Saidina Ali mengenai soalan ini( tak pasti kebenaran atau sunbernya) dengan tenang Saidina Ali menjawab, darabkan hari dalam seminggu dengan hari dalam sebulan dan bulan dalam setahun yakni 7X30X12.

Orang yang bertanya kurang percaya namun hasilnya adalah menakjubkan.

Tuesday, September 2, 2008

Wasiat



Seorang tua mempunyai 3 orang anak lelaki. Beliau mempunyai 17 ekor unta. Beliau telah mewasiatkan supaya anak yang sulung mendapat separuh(1/2), anak kedua mendapat 1/3 dan anak bongsu mendapat 1/9.

Setelah kematian berlalu, saudara mereka cuba menyelesaikan masalah tersebut.
Dapatkah anda membantu menyelesaikannya?


Sila Berfikir Sejenak...



Kisah ini dilaporkan telah diselesaikan oleh Saidina Ali. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.

Saidina Ali meminjam seekor unta.
Oleh itu jumlah unta yang ada ialah 18 ekor.

Anak sulung, 1/2X18=9
Anak kedua, 1/3X18=6
Anak bongsu, 1/9X18=2

Lalu Saidina Ali memberikan kepada mereka yang berkenaan. Jumlah unta ialah 17 ekor, lalu Saidina Ali memulangkan kembali seekor unta yang telah dipinjamkan.

Monday, September 1, 2008

Pasu



Cuba lihat pasu ini.



Dan yang ini pula.



Apa kelebihan pasu ini?

Thursday, August 28, 2008

Berapa usia ibu...



Soalan ini adalah ditujukan untuk sekolah rendah. Oleh sekiranya anda telah melepasi sekolah menengah maka anda boleh jawab berdasarkan ilmu yang ada pada pelajar sekolah rendah.

When Mrs Lee was 40 years old, her son was twice her daughter’s age. Mrs Lee will be twice her son’s age when her daughter is 28 years old. How old will Mrs Lee be when her daughter is 20 years old?

Selamat Berfikir...

Wednesday, August 27, 2008

Selesaikan...



Anda diberi 3 digit dan keputusan(jawapan).
Apa yang anda perlukan ialah letakkan tanda yang sesuai agar jawapan anda adalah betul:-

Contoh:-
2...2...2=6

Maka anda hanya perlu meletakkan tanda seperti

2+2+2=6

OK?

Selesaikan masalah berikut:-

1...1...1 =6
2...2...2 =6
3...3...3 =6
4...4...4 =6
5...5...5 =6
6...6...6 =6
7...7...7 =6
8...8...8 =6
9...9...9 =6

Anda perlu ingat kembali apa yang anda telah pelajari dulu.
Ingat, jangan lupa.

Selamat Berfikir...

Tuesday, August 26, 2008

Kira bilangan kaki



There is no bus driver.

There are 7 girls in a bus.

Each girl has 7 backpacks.

In each backpack, there are 7 big cats.

For every big cat there are 7 little cats.


Question: How many legs are there in the bus?

Friday, August 22, 2008

Tuesday, August 19, 2008

Matematik Moden



Dalam kes ini diajar bagaimana:-

25/5=14?

14X5=25?

14+14+14+14+14=25?

Saksikan pengalaman ini...




Masih boleh tersenyum?

Antilla

Rumahku, syurgaku...



Honey, I'm home...

Sunday, August 10, 2008

Orang Tua




Seorang bapa melihat anaknya melawan kata-kata ibunya. Lalu si bapa menghulurkan terjemahan al-Quran.

Bapa : Nah baca terjemahan Surah al-Isra ayat 23 dengan kuat.

Anak : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mu.

Anak : Quran ni kata bila umur dah lanjut, tua. Mama mana tua lagi. Ustazah kata orang tua, umurnya 60 tahun.

Bapa : Diam, tak terkata apa-apa.

Tuesday, August 5, 2008

Mobius Tukang Kayu



Seorang pemuda telah melakarkan gambaran untuk diukir oleh tukang kayu. Beliau telah meyerah lakaran pada tukang kayu. Tukang kayu merenung sejenak. Lakaran tersebut sperti di bawah






Mampukah tukang kayu membuatnya?

Monday, August 4, 2008

Kuasa dua tiga digit




Bagaimanakah anda cuba menyelesaikan masalah xyz2?
Pasti anda akan gunakan cara biasa yang menyukarkan.

Sebenarnya ada kaedah yang mudah untuk anda lakukan semua ini.

Ambil contoh (104)2.
Secara congak anda dapat membayangkan bahawa 1002 mempunyai 5 digit iaitu 10000.

Langkah Pertama:
Tempat digit pertama ialah angka 1

Langkah kedua:
Darabkan nombor terakhir dengan 2 iaitu 04X2=8
Tempat digit kedua dan ketiga ialah 08, kini menjadi 108

Langkah ketiga:
Kuasa duakan nombor yang terakhir dengan 2 iaitu 042
Tempat digit keempat dan kelima ialah 16

Oleh itu jawapan yang didapati ialah 10816.

Kita lihat contoh kedua (107)2

Sama seperti diatas, digit pertama ialah 1,
Darabkan angka 7 dengan 2 yakni 7X2=14,
Kuasa duakan 7 iaitu 72=49

Jawapannya ialah 11449.

Mari kita lihat contoh yang ketiga.

(112)2

Tempat pertama angka 1

Kemudian 12X2=24, Ini menghasilakan 114_ _

Kemudian 122=144. Perhatikan terdapat 3 digit sedangkan hanya terdapat 2 digit sahaja yang boleh diisi. Oleh itu digit yang ketiga (Pada langkah yang kedua) iaitu angka 4 ditambah dengan angka pertama iaitu 1; 4+1=5

Maka jawapanya ialah 11544.

Apakah pengiraan ini mudah?

Friday, August 1, 2008

IQ Test




If you take 7, then 17, & then 8 from me, you have 160.
But if you take 6, then 17, then 8 from me, you have 170.
Finally, if you take 1, then 4, then 1 from me, you have 762.
What am I?

Thursday, July 31, 2008

Split



Maxwell Edison is studying a newly discovered hyperactive amoeba
which multiplies at a highly accelerated rate. He places one such amoeba in a jar.
After 15 seconds the amoeba splits. 15 seconds later the two amoebae split.
15 seconds after that the four amoebae split and so on.

After two hours the jar is halfway full.

How long will it take to fill the jar completely?

Wednesday, July 30, 2008

Magic Calculator



Anda boleh cuba jika anda mahu.

Caranya seperti di bawah:-



Selamat Mencuba....

Tuesday, July 29, 2008

Lagi kesalahan matematik



Ini juga tergolong dalam kesilapan matematik

-20 = -20
16 - 36 = 25 - 45
4^2 - 6^2 = 5^2 - 9x5
4^2 - 6^2 + (81/4) = 5^2 - 9x5 + (81/4)
(4-(9/2))^2 = (5-(9/2))^2
4 = 5

Apakah ini benar?
Boleh anda mengesan kesilapan yang dibuat?

Thursday, July 24, 2008

Kesalahan Matematik




Ini adalah salah satu contoh kesilapan dalam matematik yang sering dilakukan.

a=b
ab=b^2
ab - a^2=b^2 - a^2
a(b - a) = (b+a)(b - a)
a(b - a) = (b+a)(b - a)
a = b + a
a + b = 2b + a
b = 2b
1 = 2

Mampukah anda mengenal pasti apakah kesilapannya?

Tuesday, July 22, 2008

Terlebih makan ulam...



Terlebih makan ulam boleh memudaratkan jantung?
21-07-2008 02:22:32 PM

ABDOLLAH Amat dimasukkan ke Bahagian Trauma dan Kecemasan di sebuah pusat perubatan awam di sini, pada awal pagi dua minggu lepas setelah beliau mengadu rasa kaku dan kebas di kedua-dua belah tangan dan kaki.

Bekas guru yang berumur 62 tahun itu juga mengadu tidak selesa serta rimas pada bahagian dada selain rasa mual dan keletihan yang terlampau.

Doktor yang bertugas menjalankan ujian darah terhadap Abdollah dan keputusan ujian tersebut menunjukkan kandungan kalium (potassium) dalam darah beliau adalah tinggi, 7.2 mmol/L.

Dalam badan manusia, kandungan normal adalah 3.55.5 mmol/L.

"Doktor yang merawat saya menyatakan dengan kandungan darah kalium setinggi itu, saya mungkin dapat serangan sakit jantung pada bila-bila masa", kata Abdollah yang juga merupakan seorang pesakit kegagalan buah pinggang, pada penulis di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Abdollah mengalami keadaan hiperkalemia, di mana tahap kalium dalam darah beliau melebihi paras yang normal.

"Doktor menasihati saya supaya berhati-hati dalam pemakanan, terutamanya kurang makan ulam, iaitu makanan kegemaran saya", kata Abdollah.

Apa itu kalium?

Menurut Kan Chok On, pegawai sains perubatan kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kalium adalah sejenis mineral yang wujud secara semulajadi dalam bahan makanan.

Kalium memainkan peranan penting dalam aktiviti normal otot dan saraf, terutamanya jantung.

"Kalium adalah mineral yang diperlukan untuk aktiviti normal jantung. Bagaimanapun bagi sesetengan orang, ia boleh memudaratkan kalau terlampau tinggi parasnya dalam darah", kata beliau.

Kan, yang bertugas di bahagian rawatan nefrologi PPUM juga berkata:"Kandungan kalium berlebihan dikumuh melalui ginjal (buah pinngang). Bagi mereka yang telah gagal ginjal, proses ini tidak berlaku dan menyebabkan tahap kalium dalam darah meningkat.

"Memang bahaya kalau kandungan kalium darah meningkat, terutamanya bagi pesakit buah pinggang".

"Buah pinggang yang telah rosak, menyebabkan badan tidak berupaya untuk mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperi hiperkalemia mudah terjadi", kata Kan yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam perawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang.

Simptom hiperkalemia

Menurut Kan, seseorang itu mungkin juga tidak mempamerkan tanda atau gejala yang beliau mengalami hiperkalemia.

"Apabila tahap kalium naik terlampau tinggi, antara tanda-tandanya ialah rasa lemah otot, sakit dada serta palpitasi jantung di mana jantung berdenyut secara cepat dan tidak normal," kata beliau.

Menyentuh tentang ulam pula, Kan berkata ini adalah dari jenis sayur-sayuran atau buah yang boleh dimakan secara mentah dan biasanya diambil dengan nasi.

"Bagi masyarakat Melayu, mereka suka makan ulam seperti petai, dan pelbagai jenis pucuk seperti pucuk paku, pucuk ubi, daun selom, ulam raja dan juga sayuran hijau yang lain, tapi ini semua mengandungi tahap kalium yang tinggi.

"Begitu juga buah-buahan tropika seperti pisang, limau dan oren, buah kiwi, papaya, durian serta tembikai susu. Juga air buah seperti air kelapa dan jus prun.

"Bagi orang yang mengalami kerosakan buah pinggang, anda perlulah mengurangkan pengambilan sayur seperti bayam, kangkung dan sawi, kata Kan.

Apa yang boleh dimakan?

Seorang pakar pemakanan dengan sebuah institusi perubatan swasta, S. Y. Fong berkata jika pesakit masih mahu juga makan sayur-sayuran hijau, maka sayuran itu mestilah direndam dalam air bersih selama dua jam sebelum dimasak.

Ini supaya kalium dalam sayuran dapat dilarutkan dalam air yang digunakan untuk merendam sayuran itu, katanya.

"Sayuran itu boleh dimakan selepas dimasak, tapi elak daripada mengambil kuah sayur kerana dikhuatiri masih ada kalium dalam kuah itu".

Fong menasihatkan pesakit buah pinggang supaya memakan taugeh, kubis, terung, kacang panjang, lobak, bunga kobis, timum dan bawang.

"Elak atau kurangkan makan aiskrim, makanan serta minuman dalam tin, dadih, susu, coklat dan juga bahan gantian garam kerana semua ini tinggi kandungan kaliumnya.

Resin

Menurut Fong lagi, jika langkah penjagaan makanan tidak berapa efektif, dan tahap kalium dalam darah masih tinggi, pesakit terpaksa mengambil ubat khas yang dikenali sebagai resin.

"Resin seperti sodium polystyrene sulphonate, atau Kayexalate bolehlah di ambil. Resin ini akan bergabung dengan kalium dalam intestin dan kalium yang lebih itu akan dikeluarkan daripada badan dalam najis", kata beliau.

Menurut Fong, resin ini adalah dalam bentuk serbuk dan dibancuh bersama air, kemudian diminum. Dos biasanya ialah 15 gm dan diambil empat kali sehari.

Biasanya, setelah mengambil ubat selama 24 jam, kandungan kalium tinggi dalam darah akan mula menurun, kata beliau. BERNAMA

Petikan mstar

Monday, July 21, 2008

Kolestrol

Apakah anda mengetahui nombor-nombor yang penting dalam darah badan anda? Sila jalankan ujian darah untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Ujian boleh dijalankan selepas anda berpuasa selama 9-12 jam berpuasa. (Puasa baik untuk kesihatan).



Total Kolestrol
Kurang dari 200 mg/dl (5.2 mmol/l)--------Normal
200-239 mg/dl (5.2-6.2 mmol/l)-------------Borderline Tinggi
240 mg/dl (6.3 mmol/l) and atas-------------Tinggi

LDL Kolestrol Levels
Kurang dari 100 mg/dl (2.6 mmol/l)-------- Optima
100-129 mg/dl (2.6-3.3 mmol/l)--------------Hampir Optima
130-159 mg/dl (3.4-4.0 mmol/l)--------------Borderline Tinggi
160 mg/dl (4.1 mmol/l) and above-----------Tinggi


HDL Kolestrol Levels
Kurang dari 40 mg/dl (1.0 mmol/l)----------Faktor risiko serangan jantung
40-59 mg/dl (1.0-1.5 mmol/l)-----------------Normal
60 mg/dl (1.6 mmol/l) and above------------Risiko rendah serangan jantung


Triglycerides
Kurang dari 150 mg/dl (1.7 mmol/l)---------Normal
150-199 mg/dl (1.7-2.2 mmol/l)--------------Borderline Tinggi
200 mg/dl (2.3 mmol/l) and above----------Tinggi



Oleh itu anda tak perlu makan banyak untuk hidup lebih lama

Converter:-


To convert into United States cholesterol measurements in mg/dl, multiply mmol/l by 38.6.
To convert United States measurements into mmol/l, multiply by 0.0259.
To convert triglyceride measurements in mmol/l into United States measurements in mg/dl, multiply by 88.5.
To convert mg/dl into mmol/l, multiply by 0.0113

Friday, July 18, 2008

Integer






Karl Frederich Gauss(1777-1855) adalah seorang saintis. Semasa beliau berusia 10 tahun, guru beliau pernah menyuruh semua pelajar untuk menambah semua integer daripada angka 1 sehingga 100.

Semua pelajar mula mengira dengan cara yang biasa iaitu,

1+2=3, 3+3=6, 6+4=10 dan seterusnya.

Namun Karl diam sebentar, kemudian memberi jawapan dengan pantas. Bagaimana Karl mengira?

Dalam pemerhatian Karl terdapat pola yang boleh dikumpulkan iaitu:-

1-100 Jumlahnya 101
2-99 Jumlahnya 101
3-98 Jumlahnya 101
dan seterusnya

Terdapat 50 pasangan jumlah 101.

Oleh itu Karl mengira 50x101=5050

Dari itu kini formula telah digunakan:-

1+2+3+.......+n=n(n+1)/2

Sumbangan Karl sangat berharga pada dunia matematik.

Thursday, July 17, 2008

Jangan tension



Kita akan gembira bila dapat jawab soalan dengan baik. Tapi kata orang "ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari"

Sama jugalah kes ini. Ingatkan boleh jawab habis satu soalan dengan gemilang, Tapi.......



La Tahzan.

Monday, July 14, 2008

5X Sehari



Ali dan Ahmad sedang rancak berbual. Sebahagian rakaman transkrip perbualan mereka.

Ali: Dalam sehari berapa kali kau solat?
Ahmad: Sudah gaharu cendana pula...!!! 5 kali la.

Ali: Kalau gitu dalam sehari, berapa rakaat yang wajib kau buat?
Ahmad:(Sambil mengira menggunakan mental arithmatik) 17 rakaat.

Ali: Kau memang muslim yang taat. Dalam seminggu berapa rakaat kau solat?
Ahmad: Banyak bertanya la pulak!!! Apa susah darab je dengan 7 iaitu 17X7=119 rakaat. (Dengan nada yang agak tinggi) Nak setahun darab je dengan 365 kalau ikut syamsiah.

Ali: Kau bukan saja muslim yang baik tapi juga arif dengan matematik hasil darab.

Ali sengaja menjolok Ahmad untuk melihat reaksi rakannya itu.

Ali: Kalau ada orang kata dia solat 117 rakaat seminggu, macam mana ha?

Ahmad:...........

Sila isi jawapan yang ditinggalkan oleh Ahmad dengan perkataan anda sendiri.

Di sini disertakan sedikit clue untuk spoon feeding.

Pertama:
Dengan maki hamun. Contoh
Ko ni tak reti basa ke? Islam dah suruh solat, ikut aje le, yang pandai-pandai reka sendiri tu buat apa. Bidaah tau tak. Faham tak apa tu bidaah?
Dan berleterlah sepuas-puasnya.

Kedua:
Dengan cara berhikmah. Sesuai untuk kalangan orang melayu. Cara lembut. Contoh
Solatlah sebagaimana engkau lihat aku solat. Itu kata nabi. Sebagai penganut yang setia kita kena ikut sunnah nabi. Apa yang nabi buat kita ikut.


Ketiga:
Jangan dilayan soalan yang gila-gila. Tak ada faedahnya. Tak meningkatkan iman.Jangan dilayan soalan seperti ini.

Apa pilihan jawapan anda?
Sila berfikir sejenak.

Oppsss....
Bagaimana jika persoalan Ali ada kebenarannya?
Apa jadi sekiranya memang Ali yang lebih ikut sunnah?
Atau memang Ali tetap bersalah?

Setelah lama menunggu jawapan dari Ahmad, maka bersuaralah Ali:

Ali: Aku dalam seminggu, aku solat Jumaat 2 rakaat bukan 4.
Ahmad:.......

Thursday, July 10, 2008

Peperiksaan


Sebelum masuk dewan peperiksaan ramai yang kelam kelibut untuk membaca buat kali terakhirnya. Dengan harapan boleh jawab dengan tenang, moga-moga lulus cemerlang. Sebenarnya ini semua sikap last minute.

Bagaimana dengan soalan di atas? Apa perlu study last minute?

Jawapan seperti di bawah


Jangan marahhh.....

Wednesday, July 9, 2008

Indahnya nombor



Fikir 1
Fikirkan 2 digit nombor. Ingat nombor itu
Kemudian darabkan dengan 3 X 7 X 13 X 37

Contohnya nombor yang dipilih ialah 12(Biasa la nombor senang ingat)
12X3X7X13X37=

Apa hasilnya? Lihat corak nombor yang dipaparkan.

Fikir 2
Fikirkan 3 digit nombor. Ingat nombor itu
Kemudian darabkan dengan 7 X 11 X 13

Dapat nilai bacaannya? Perhatikan susunan nombor itu.

Fikir 3
Fikirkan 5 digit nombor. Ingat nombor itu
Kemudian darabkan dengan 11 X 9091

Bagaimana corak nombor tersebut?

Apa yang dapat anda simpulkan dari aktiviti di atas?
Adakah ianya menarik?

Tuesday, July 8, 2008

Penyamun jawab matematik


Macam-macam: Penyamun jawab ujian matematik

OSLO: Ketika pencuri lain mengejar wang dan harta, seorang penyamun di Norway memecah masuk sebuah sekolah semata-mata untuk mengambil ujian matematik.

Tiada barangan yang hilang dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Klaebu, lapor akhbar Aftenposten tetapi penceroboh itu berjaya menjawab dengan baik dan menyelesaikan semua masalah matematik untuk pelajar Tahun Tiga dengan betul.

Dan menurut pegawai polis, lelaki atau perempuan yang memecah masuk bangunan sekolah itu menjawab dengan baik dan menyelesaikan semua masalah matematik dengan betul. – Agensi


Petikan Berita Harian



Monday, July 7, 2008

Karam

Kata orang, karam di lautan boleh ku renangi, karam dihati siapalah yang tahu. Ini bukan di lautan atau hati, tapi di dataran. Takkan "Bangunan Titanic" karam di darat. Atau mungkin fenomena seperti menara condong Pisa.

Apapun bangunan ini tidak tenggelam ditelan bumi. Sekadar menguji imaginasi anda. Tajamkan imaginasi anda. Mana tahu kot-kot dapat ilham. Cuba lihat dari persepsi yang berbeza pula.

Gambar ini bukan kamera trick. Bukan juga telah diubahsuai. Cuma ditangkap dengan gaya yang tersendiri.

Gambar sebenar seperti di bawah:-


Ooooooo!!! macam tu ke......

Thursday, July 3, 2008

Pengajaran matematik

Pengajaran matematik gagal lahirkan pemikir
Oleh SHAMSUDIN ABDULLAH

SEBAGAI pensyarah matematik saya pernah ditanya rakan pengusaha taska sama ada wajar atau tidak taskanya menawarkan kursus kaedah mengira pantas. Saya menjawab tidak ada salahnya kursus itu ditawarkan dengan harapan murid yang dapat mengira pantas akan meminati matematik dan seterusnya akan menceburi bidang sains.

Bagaimanapun jangan menganggap murid yang dapat mengira pantas akan pandai matematik sebab ilmu matematik bukan sekadar ilmu kira-mengira tetapi ilmu berfikir.

Mengikut pemerhatian saya, murid yang mengira pantas hanya pandai matematik peringkat rendah sehingga ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Tidak semestinya mereka dapat menguasai subjek matematik yang lebih mencabar seperti Matematik Tambahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apa lagi matematik peringkat universiti. Mata pelajaran peringkat tinggi ini memerlukan kebolehan berfikir.

Seterusnya, setelah mengajar beberapa tahun kursus mantik di universiti iaitu kursus yang memerlukan daya fikir lebih tinggi pelajar yang dianggap pandai matematik pun masih menghadapi masalah menguasai mantik.

Hampir setiap kali mengajar tajuk matematik yang paling awal di universiti saya akan bertanya dua soalan paling asas. Pertama, perbezaan di antara nombor dengan angka; dan kedua, maksud simbol-simbol x,y,z, dan sebagainya yang banyak digunakan dalam buku matematik. Pengalaman lalu menunjukkan hampir semua atau semua pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang betul bagi kedua-dua masalah ini.

Sebenarnya nombor adalah objek abstrak (tidak dapat dicerap deria yang lima) yang wujud dalam akal kita – misalnya hasil proses membilang. Disebabkan nombor abstrak, kita menggunakan simbol yang digelar angka bagi menulisnya sama ada di kertas, di skrin komputer atau sebagainya. Pendeknya angka adalah simbol nombor.

Bagi soalan kedua pula, kebanyakan pelajar akan menjawab maksud x,y,z itu adalah "anu" iaitu padanan kata dalam bahasa Inggeris "unknown". Jawapan ini tidak salah tetapi tidak tepat dan tidak menolong pelajar memahami tajuk yang sedang diajar. Kata "anu" itu terlampau umum dan boleh ditafsirkan sebagai "pokok", "haiwan", "sayur-sayuran" dan sebagainya. Sebenarnya tafsiran yang dikehendaki bagi simbol-simbol itu adalah "suatu nombor", sebab simbol-simbol itu sememangnya mewakili nombor.

Tanpa pengetahuan tentang makna simbol yang digunakan akan mengakibatkan pelajar sukar memahami konsep bagi tajuk-tajuk yang diajar sedangkan memahami konsep adalah langkah pertama dan utama dalam pembelajaran berkesan. Dalam matematik, selepas memahami konsep yang sering diringkas dalam bentuk rumus - barulah pelajar diajar cara menggunakan rumus itu. Malangnya pengajaran matematik kini terlalu tertumpu ke arah kemahiran
menggunakan rumus.

Mengikut Dr. Syed Muhammad Naqib Al-Attas, ilmu adalah titisan makna. Ini bermakna seseorang yang berupaya menghuraikan lebih banyak makna, tafsiran, pengajaran, dan sebagainya bagi sesuatu simbol, orang itu mempunyai banyak ilmu.

Bukan setakat itu sahaja, pelajar yang telah dilatih berfikir secara kritis berasaskan ilmu matematik akan lebih mudah menguasai ilmu lain dan lebih cekap dan kreatif dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam kerjayanya.


Petikan Utusan Malaysia

Wednesday, July 2, 2008

Jawapan kreatif

Anda tak perlu jadi genius untuk menjawab soalan matematik. Sekiranya anda malu untuk menghantar tanpa ada sebarang catatan atau skema jawapan, cuba dengan cara yang kreatif. Sekurang-kurangnya pemeriksa tak le tension sangat. Terhibur juga dia walau pun sambil menggeleng kepala.


Mampukah anda memberi jawapan selain dari ini?

Monday, June 30, 2008

Kambing hitam dan putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Friday, June 27, 2008

Zoo - Haiwan yang bersembunyi

Gambar di atas adalah logo bagi Zoo Pittsburgh. Ada sesuatu yang tersembunyi dilogo ini. Haiwan ini sedang bersembunyi. Apakah anda dapat mencarinya?

Lihat betul-betul. Tengok sekali lagi.

Kalau tak nampak juga cuba lihat dengan mata hati pula.
Cuba fokus. Jangan putus asa.

Andai tak nampak juga tidak mengapa.
Lihat gambar di bawah agar anda dapat sedikit panduan atau tunjuk ajar.



Bagaimana sekarang boleh nampak?
Jangan bersedih walaupun anda gagal melihat dengan mata hati.

Bukan bermakna mata hati anda berdebu ataupun dah berkarat, cuma.......

Cuma mata hati anda, tak ada, umphhh.........

Thursday, June 26, 2008

Ketinggian yang sama namun isipadu berbeza



Tank A mempunyai ukuran 50cm X 40cm X 60cm.
Tank B mempunyai ukuran 70cm X 40cm X 50cm.

Tank A diisi penuh dengan air.
Air dalam Tank A dituang ke dalam Tank B sehingga mempunyai ketinggian yang sama.

Berapa ketinggian yang didapati?
Lihat Fig. 2



Boleh anda mengiranya?
Selamat berfikir.

Kata orang rambut sama hitam (orang rambut putih tak join club ni...) tapi hati lain-lain.