Tuesday, June 26, 2012

Pelangi Malam

Pelangi muncul ketika ada matahari.

Bagaimana pula pelangi tanpa matahari? Apakah pincang bagai lagu tanpa irama?

Saksikan kehebatan fenomena alam semulajadi...

Monday, June 25, 2012

Saudara Perempuan Harun...



Artikel kali ini adalah untuk membuat pencerahan terhadap ayat Quran dari surah Maryam ayat 27-28 )
.Ayat tersebut adalah:


"Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" [19:27-28]

.Semuanya bermula semasa zaman Baginda S.A.W dimana orang Christian dari Najran menimbulkan bantahan yang sama kepada Baginda S.A.W.Namun persoalan ini telah dijawab oleh Rasulullah S.A.W dan jawapan Baginda ini telah dinukil di dalam Sahih Muslim. Hadith itu berbunyi:

Mughirah ibn Shu'bah berkata: Semasa aku datang ke Najran, mereka (orang Christian Najran) bertanya kepada aku: Kamu membaca "Wahai saudara perempuan Harun" (i.e. Maryam) di dalam Quran, sedangkan Musa A.S lahir lebih lama daripada Isa A.S. Apabila aku pulang kepada Rasulullah S.A.W aku bertanya kepadanya tentang bantahan itu, dimana Baginda S.A.W berkata: Masyarakat zaman terdahulu gemar memberi nama kepada orang-orang mereka menggunakan nama-nama para nabi dan juga orang-orang beriman yang telah meninggal sebelum mereka.

[Sahih Muslim hadith no 5326]

Dengan mengukur penggunaan tatabahasa Arab dan konteks ayat tersebut, dakwaan percanggahan ini adalah satu kesilapan yang besar.Di dalam bahasa Arab perkataan akhun atau ukthun (yang digari merah di atas) membawa dua maksud:

1.Saudara lelaki atau perempuan yang mempunyai hubungan darah
2.Persaudaraan di dalam keimanan (brotherhood in faith)

Ayat 28 surah Maryam menggunakan perkataan ukhtun mempunyai maksud yang kedua. Ini bukanlah perkara luar biasa di dalam Quran kerana penggunaan seperti ini terdapat merata di dalam Quran. Contoh yang lain adalah seperti berikut:

"Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?" [7:65]

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:73]


"Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Dia berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:85]

Ketiga-tiga ayat di atas menggunakan perkataan saudara mengikut maksud yang kedua. Ayat di bawah membawa maksud yang lebih umum:




"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [49:10]

Ayat di atas menerangkan bahawa orang beriman adalah bersaudara antara satu sama lain.

Thursday, June 21, 2012

Selamat Datang Syaaban...

Mari kita berfikir sejenak mengenai Bulan Syaaban. Petikan ini di ambil dari web Ustaz Dr. Zaharuddin.net.

Ini catatan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi (Terjemahan dari Bahasa Arab)

"aku teringat, aku juga di waktu kecil ku mengikut sahaja apa yg mereka lakukan, kami solat 2 rakaat dgn niat panjang umur, 2 rakaat dgn niat menjadi kaya, dan bacaan yasin kemudian solat 2 rakaat dsb. sebenarnye semue ibadah2 tersebut x dituntut syara'. hukum asal ibadah adalah tidak boleh (mesti ada dalil). manusia tidak boleh mencipta ibadah mengikut cara yg dia suka, kerana yg mempunyai hak tersebut (mensyariatkan cara utk beribadah) hanyalah Allah. [apakah mereka syariatkn dlm agama apa yg tidak diizinkn Allah?] maka kita seharusnya beramal dgn apa yg warid (dari Quran dan sunnah) shj"

ringkasannya qardhawi cakap kelebihan nisfu sya'ban tu hadisnya setengah ulama menghasankannya , setengahnya pula menolak dan mereka kata semua hadis bkenaan nisfu sya'ban tak sampai ke darjat sahih. kalu nk pakai pdpt hadis hsn tu, yg warid dari nabi ialah baginda berdoa dan beristihgfr mlm nisfu tu, tu aje. lain takde.adapun doa mcm2 lafaz tu takda warid dari nabi, ada doa tu yg dicetak dan disebarkn di sesetengah negara, tu suma tak betoila kata qardhawi tu. pastu dia kata kalu nak berdoa jgn masukkan ungkapan "in syikta(sekirany a engkau mahu)" cth: ampunkanlah dan rahmatkanlah kami "sekiranya engkau mahu"...takleh cakap camtu tapi cakap direct je dgn yakin dan pasti mcm ya allah ampunkanlah aku dan rahmatilah daku.


Antara komen-komen yang diberikan ialah:-

ini pndpt syeikh qardawi sbg wakil aliran salafi tajdidi.dan ni yg better diikuti, wlwpun doa tsbut dan solat tak dibuat pun di malaysia menyelangi bacaan yasin.kalu aliran pondok, syeikh muhd alawi al-makki, al-kauthari, nuruddin al-banjari seakan mempertahankan amalan ini, sbb hadis pasal fadilat nisfu syaaban byk, bleh naik hasan.risalah khusus pn dah ada diorg ditulis.cuma yg pelik sket la, yasin 3x tu. nape tak baca je skali...nape tak bca al-mulk ke,lg la thabit fadilat dia..pape pun, ada fadilat dia mlm tu, tp takde amalah khusus. kalu ikut ustaz itu ini, maka doa @ cara amalan itu sekadar pendapat mereka shja..wallahu a'lam

Diri kini menjadi keliru dan seumpama hilang keyakinan apabila majlis membaca Yasin, sembahyang sunat dan berdoa beramai-ramai di masjid pada malam nisfu Syaaban lalu dikatakan bidaah. Bukan daripada amalan Rasulullah. Begitu juga dengan wirid dan tahlil yang dibaca selepas sembahyang. Setiap bidaah itu sesat.
Persoalan-persoalan seperti ini memang sering timbul, termasuklah amalan lain, yang menjadi sebahagian daripada budaya Melayu. Ini termasuklah amalan membaca wirid dan tahlil selepas sembahyang waktu, membaca talkin, mengadakan kenduri, membaca tahlil atau doa arwah pada tiga hari berturut-turut selepas kematian, tujuh, 40 dan 100 hari, juga setiap tahun.

Untuk lebih lanjut sila ke Ustaz Zaharuddin

Wednesday, June 20, 2012

Berfikir Sejenak untuk Nisfu Syaaban

Hari ini 30 Rajab 1433 hijrah. bulan Syaaban bakal menjelma.

Antara hadith mengenai nisfu Syaaaban ialah:-

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan.

Untuk mengetahui hadith-hadith shahih dan lemah di bulan syaaban sila baca diHadith seputar bulan Syaaban