Tuesday, November 30, 2010

Patuh Syariah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai kemas kini itu berkuat kuasa mulai 26 November 2010.

Senarai tersebut memaparkan sejumlah 846 sekuriti patuh Syariah yang mengandungi 88 peratus daripada 961 sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia mengandungi 17 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan mengeluarkan lima sekuriti daripada senarai terdahulu yang dikeluarkan pada Mei 2010.

******************************************************************

Apa yang aku banggakan ialah Proton holding Berhad kini adalah patuh syariah.

Lihat SC Patuh Syariah

Untuk melihat semua saham yang patuh syariah Sila Lihat Senarai Patuh Syariah

Wednesday, November 24, 2010

Barang Lama

Komputer Apple 1 tahun 1976 dilelong dengan harga $210,000.
Keupayaan komputer tersebut 1000 kali lebih lambat dari Apple iPad tetapi bernilai lebih 425 kali harganya.

emmm, Barang antik lagi lama nilainya bertambah.

Kalau orang bagaimana pula...

Lihat Yahoo News

Tuesday, November 23, 2010

SPM & STPM

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Semoga berjaya selalu...


**********************

KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.
Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.
Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA

Lihat BERNAMA

Monday, November 22, 2010

Blue Moon

"Blue Moon" mempunyai dua tafsiran:-

Pertama, pada bulan(month) tersebut terdapat dua kali bulan penuh. Tarikh berikutnya adalah pada 31 Ogos 2012. Hari kemerdekaan Malaysia.

Kedua, bulan yang ketiga dari empat bulan yang penuh dalam satu musim iaitu antara September dengan December.

Oleh itu pada 22 November 2010 ini adalah "Blue Moon" bagi tafsiran kedua kerana ia adalah yang ketiga dari September 2010 hingga December 2010.

"Blue Moon" berganda(Dalam setahun terdapat dua kali Blue Moon) bagi tafsiran yang pertama bakal jatuh pada tahun 2018.

Monday, November 15, 2010

Supercomputer

Senarai terbaru untuk November 2010 superkomputer China Tianhe-1A adalah yang terpantas di dunia. Ia mengambil alih kedudukan Jaguar-Cray dari USA.

USA menguasai senarai 500 terpantas dengan 55% adalah milik mereka

Singapura mempunyai 2 superkomputer yang tersenarai dalam Top Ranking 500. Ia berkedudukan 429 dan 432.

Malaysia bila lagi...

Lihat Top 500

Friday, November 5, 2010

Kehebatan Lebah

Firman Allah Subhanahu Wata'ala bermaksud:

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan..."
Surah an-Nahl(16):68-69

Lebah dikatakan mampu untuk memilih jalan yang terdekat antara bunga-bunga. Kata penyelidik dari Univercity of London. Kehebatan lebah ini telah dianggap sebagai satu supercomputer yang mampu menyelesaikan masalah lebah.

Kemampuan lebah ini mampu untuk meyimpan tenaga dan hanya menggunakan tenaga yang seminima yang mungkin.

Penyelidikan dijalankan pada bunga tiruan untuk menguji samada lebah akan mengambil jalan yang mudah atau laluan yang terdekat. Ternyata lebah mampu untuk memilih laluan yang terdekat.

Lihat HPC Wire

Wednesday, November 3, 2010

Jam angka 9



Istimewanya jam ini ialah semua nombor dari 1 hingga 12 menggunakan angka 9.

Monday, November 1, 2010

Hari Perayaan

Pada jam 12.52pm, 6 Nov. 2010 ijtimak(New Moon) akan berlaku. Secara amnya Deepavali akan disambut sehari sebelum ijtimak terjadi. Dari data yang didapati maka tarikh Deepavali akan disambut pada 5 Nov. 2010.

Bagi Tahun Baru Cina pula perayaan mereka akan disambut sekiranya berlaku ijtimak sebelum jam 12.00tengah malam, maka pada keesokan harinya adalah hari perayaan mereka.

Deepavali akan mengekalkan tarikh pada bulan Oktober atau November manakala Tahun Baru Cina pula akan mengekalkan pada bulan Januari atau Februari.

Bagi umat Islam di Malaysia pula perayaan Aidilfitri adalah berdasarkan kenampakan anak bulan.

Secara umumnya perayaan bagi tiga kaum yang terbesar adalah bertemakan bulan.

Kitakan 1Malaysia...

Untuk maklumat lanjut sila layari:-

Lihat Deepavali

Lihat Chinese New Year