Friday, August 27, 2010

Waktu berbuka

Diriwayatkan dari Sahal bin Saad: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:
Manusia (ummat Islam) sentiasa berada dalam keadaan bahagia selagi mana beliau mentakjilkan (menyegerakan) berbuka puasa.
(Hadith Riwayat: Al-Bukhary dan Muslim)

bilakah waktu berbuka puasa?

Dan makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (cahaya malam), iaitu waktu fajar; kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (iaitu menjelma waktu Maghrib).
[Maksud surah al-Baqarah 02 - 187].

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Apabila malam mendatang dari arah ini (sambil menunjuk ke Timur) dan siang menghilang ke arah ini (sambil menunjuk ke Barat) maka berbukalah orang yang berpuasa itu
Maksud hadith dari Umar al-Khattab radiallahu-anhu, riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Abi Awfaa radiallahu-anhu berkata, Kami pernah musafir bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada bulan Ramadan. Ketika matahari sudah mulai terbenam, baginda memerintahkan kepada seseorang dengan sabdanya: Wahai Si Fulan! Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itu berkata: Wahai Rasulullah! Hari masih siang. Baginda mengulangi lagi sabdanya sehingga kali ketiga: Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itupun turun menyiapkan hidangan serta membawanya kepada beliau lalu dinikmati hidangan tersebut. Kemudian Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda sambil memberi isyarat dengan kedua tangannya: Apabila matahari sudah mulai terbenam di arah sana dan malam pun telah datang dari arah sana, bolehlah berbuka bagi orang yang berpuasa
Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: Jikalau seseorang kamu menaiki semula tunggangannya (unta) untuk melihat matahari, pasti dia akan dapat melihatnya
Maksud hadith dari Musannaf Abdurrazzaq

Semoga kita dapat manfaat...

Thursday, August 26, 2010

Lailatul qadar

Masuk sahaja Ramadhan yang pertama surau di tempat aku penuh.
Semakin Ramadhan berlalu semakin berkurangan jemaahnya.

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

Kemanakah menghilangnya mereka?

Apakah mereka ada rahsia untuk bertemu dengan lailatul qadar...

Thursday, August 19, 2010

Muntah semasa berpuasa

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :
Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha'" [Hadith Riwayat Abu Daud #2380, Tirmudzi #720].

Tidak sengaja tidak mengapa.

Jika sengaja bagaimana pula?

Membatalkan puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka.

Apakah puasa juga membicarakan apa yang keluar dari rongga terbuka...

Wednesday, August 11, 2010

Adab berbuka



1. Makan dengan tidak berlebih-lebihan.Allah berkata: «Dan makanlah dan minumlah dan jangan kamu berlebihlebihan. Sesungguhnya Dia tidak menyukaї orang yang berlebihlebihan»
[Al-A`raf: 31]

2. Segera berbuka apabila masuk waktu Maghrib. Nabi berkata:
«Masihlah manusia itu dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka»
[Al-Bukhariy/ 1957], [Muslim/1098].

3. Berbuka dengan rutab, tamar atau air. (Rutab: kurma masak. Tamar: kurma kering). Anas bin Malik berkata: Nabi berbuka sebelum dia bersalat dengan rutab. Jika tiada rutab, maka tamar. Jika tiada tamar, dia meneguk beberapa tegukan air.
[At-Tirmizi/ 696, sahih]

4. Makan dahulu sebelum salat Maghrib. Nabi berkata: «Apabila diletakkan makan
malam seseorang kamu dan didirikan salat, maka mulakanlah dengan makan
malam dan janganlah dia tergesa-gesa sehingga dia selesai daripadanya»
[Al-Bukhariy/ 674]

5. Berdoa ketika berbuka
Bacaan Ketika Berbuka (Iftar)
Rasulu Llah apabila dia berbuka,dia berkata:


Zahaba z-zama’u, wabtallati l-`uruqu,wasabata l-ajru, in sya’a Llah
«Telah hilanglah dahaga, telahbasahlah peluh dan telah tetaplah pahala,insya’aLlah » [Abi Dawud/2357, hasan


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa






Hilal terbit pada 7.07am. Ijtimak pada jam 11.07am dan bakal terbenam pada jam 7.43pm.

Menurut amalan yang dilakukan oleh Malaysia berkemungkinan umat Islam di Malaysia akan berpuasa pada 11 Aug 2010.

Menurut ICOP (Islamic Crescents' Observation Project) hilal "Not Possible" bagi kawasan Malaysia. Lihat gambarajah di bawah.



Selamat Berpuasa.

Friday, August 6, 2010

Harga barang



Ada beberapa cara bagaimana pengeluar akan menaikkan harga barang.

Cara pertama.
Harga barang bagi berat bersih 30 kg ialah RM30.00
Harga kini ialah RM27.00 tapi dengan berat bersih 25kg
Harga kurang tapi sebenarnya harga telah meningkat sebanyak RM2.00

Cara kedua.
Harga barang bagi berat bersih 700g ialah RM7.00
Iklan yang ditonjolkan ialah "Dengan penambahan 100g"
Harganya pula ialah RM9.00.
Sesuai dengan peningkatan berat maka harganya pun bertambah. Tapi sebenarnya harga telah meningkat RM1.00 daripada harga dulu.

Apa yang perlu kita lakukan?