Friday, August 27, 2010

Waktu berbuka

Diriwayatkan dari Sahal bin Saad: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:
Manusia (ummat Islam) sentiasa berada dalam keadaan bahagia selagi mana beliau mentakjilkan (menyegerakan) berbuka puasa.
(Hadith Riwayat: Al-Bukhary dan Muslim)

bilakah waktu berbuka puasa?

Dan makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (cahaya malam), iaitu waktu fajar; kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (iaitu menjelma waktu Maghrib).
[Maksud surah al-Baqarah 02 - 187].

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Apabila malam mendatang dari arah ini (sambil menunjuk ke Timur) dan siang menghilang ke arah ini (sambil menunjuk ke Barat) maka berbukalah orang yang berpuasa itu
Maksud hadith dari Umar al-Khattab radiallahu-anhu, riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Abi Awfaa radiallahu-anhu berkata, Kami pernah musafir bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada bulan Ramadan. Ketika matahari sudah mulai terbenam, baginda memerintahkan kepada seseorang dengan sabdanya: Wahai Si Fulan! Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itu berkata: Wahai Rasulullah! Hari masih siang. Baginda mengulangi lagi sabdanya sehingga kali ketiga: Turun dan siapkanlah hidangan. Si Fulan itupun turun menyiapkan hidangan serta membawanya kepada beliau lalu dinikmati hidangan tersebut. Kemudian Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda sambil memberi isyarat dengan kedua tangannya: Apabila matahari sudah mulai terbenam di arah sana dan malam pun telah datang dari arah sana, bolehlah berbuka bagi orang yang berpuasa
Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: Jikalau seseorang kamu menaiki semula tunggangannya (unta) untuk melihat matahari, pasti dia akan dapat melihatnya
Maksud hadith dari Musannaf Abdurrazzaq

Semoga kita dapat manfaat...

No comments: