Wednesday, May 26, 2010

No tel bimbit 0888 888 888



Nombor telefon bimbit ini pasti ramai pemburunya.

Namun pemilik nombor ini sering menemui ajal.

Kalau tak guna nombor ini pun, akan menemui ajalnya juga...

********************

LONDON: Sebuah syarikat telefon bimbit menggantung nombor 0888 888 888 daripada dilanggan selepas setiap seorang yang memilikinya mati sejak 10 tahun lalu.

Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Vladimir Grashnov. Mobitel yang menawarkan nombor berkenaan.

Ahli perniagaan Bulgaria itu mati akibat kanser ketika berusia 48 tahun pada 2001.

Nombor itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003 Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.

Ahli perniagaan, Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga, tetapi dia juga ditembak di luar sebuah restoran di Sofia. - Agensi

Friday, May 14, 2010

Senarai universiti terbaik Asia



Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings







Tuesday, May 11, 2010

Tidur



Tidur adalah perkara yang biasa.
Tapi jika tertidur ketika sedang memandu pada kelajuan 300km/j adalah menakutkana...

****************************************************************************

TAIPEI: Seorang pemandu kereta api laju dipecat selepas didapati tidur ketika kereta api bergerak selaju 300 kilometer sejam.

Insiden lewat bulan lalu itu berlaku ketika kereta api itu membawa penumpang dari Taichung, selatan Taiwan ke kawasan tengah pulau itu.

“Pemandu itu makan pil tidur dan tidak sedar sepenuhnya ketika bertugas,” kata jurucakap Syarikat Kereta Api Laju Taiwan, Ted Chia.

Pengawal laluan menyedari pemandu tidak memegang panel kawalan kereta api dan serta merta memaklumkan kepada kru kabin.

Mereka mengambil alih kawalan automatik dan memandu kereta api selama 13 minit dan berhenti di stesen Taichung.

Sistem kereta api laju Taiwan sepanjang 345 kilometer menghubungi Taipei di utara dengan Kaohsiung di selatan. - AFP

Lihat Metro

Thursday, May 6, 2010

Teksi




GAMBAR menunjukkan sebuah kereta sport dijadikan teksi di Rom, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Teksi ini mempunyai kelajuan maksima 248km/j.
Apa perasaan anda bila anda diberi peluang untuk menaiki teksi ini?

Walaupun mungkin kelajuan ini tidak tercapai, sekurang-kurangnya anda turun dari teksi ini dengan penuh bergaya...

Lihat Kosmo

Monday, May 3, 2010

Kayu 20 meter bukti kukuh bahtera Nabi Nuh



WASHINGTON - Seorang anggota ekspedisi China-Turki mempertahankan dakwaan mengenai penemuan serpihan bahtera Nabi Nuh di celah lereng Gunung Ararat setinggi 4,000 meter di Turki, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang meragui penemuan kumpulan itu selepas pendedahannya dibuat pada satu sidang akhbar pada minggu lalu di Hong Kong sehingga seorang saintis Britain mahu bukti lebih kukuh dikemukakan.

"Bagaimanakah sebuah kapal boleh berada di atas gunung," kata seorang anggota ekspedisi itu yang memasuki Gunung Ararat pada Oktober lalu, Yeung Wing-cheung.

Menurut seorang penyelaras ekspedisi itu, Clara Wei, satu-satunya rekod struktur kayu yang ditemui di gunung itu ialah daripada bahtera Nabi Nuh.

"Sehingga kini, saya percaya ini ialah satu penjelasan yang paling munasabah. Kami tidak mempunyai penjelasan lain. Kami tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan," tambahnya.

Menurut Wei: "Anda boleh menyewa beberapa ekor kuda untuk membawa beg tetapi anda tidak boleh mengimbangi kuda tersebut dengan kayu sepanjang 20 meter ( yang ditemui di dalam lereng gunung itu)."

Dia berkata, tidak ada tembikar dan bukti kebudayaan lain ditemui di gunung tersebut.

Pada Isnin lepas, kumpulan ekspedisi tersebut mengumumkan penemuan struktur dan serpihan kayu bahtera Nabi Nuh di dalam lereng Gunung Ararat, Turki dengan menyatakan ujian karbon menunjukkan barang yang ditemui itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh sama kejadian banjir besar berlaku.

Beberapa pihak meragui penemuan itu kerana pasuakan ekspedisi itu tidak mendedahkan lokasi sebenar tempat penemuan berkenaan.

Namun, kumpulan ekspedisi itu menyatakan lokasi sebenar tempat penemuan tersebut akan didedahkan selepas pemerintah Turki bersetuju menjadikan tempat penemuan sebagai kawasan arkeologi.

Pada Jumaat lalu, agensi berita AFP menyatakan, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China. - Agensi

Lihat Kosmo