Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul



Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya
Hadis Shahih Bukhari

“Sungguh ada pada diri Rasulullah itu suri teladan baik bagi kamu sekalian iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab: 21)

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiyya': 107).

Monday, February 22, 2010

Budaya



Aku berkesempatan menghadiri satu kenduri di Serada Kuala Terengganu. Tak banyak yang berbeza. Cuma kebiasaan kenduri di pantai barat semua orang malah kadang-kadang kanak juga turut mendapat bunga telur.

Namun pemberian bunga telur di Kuala Terengganu agak berbeza. Siapa yang bersalaman dengan tuan rumah sahaja yang akan mendapat bunga telur.

Bagi rombongan pihak pengantin akan mendapat telur berwarna merah. Istimewa kata mereka.

Salang sayang...