Friday, December 30, 2011

Duit baru















Untuk maklumat lanjut sila ke Bank Negara Malaysia

Aku pun ada duit baru RM1, RM5 dan RM20 hadiah dari seseorang...Terima kasih daun keladi...

Thursday, December 15, 2011

Jambatan Air











The bridge is known as the Magdeburg Water Bridge and provides a link between two German shipping canals, the Elbe-Havel canal and the Mittellandkanal.

It's the longest and largest boat bridge in the world.

Connecting the two important canals has been envisioned since the early part of the last century and construction was actually begun in the 1930's but was hindered by two world wars and then the Cold War that split Germany into the East and the West.

The bridge is a kilometer long and cost more than $500 million Euros.

Without the bridge commercial traffic was dependent on the Elbe river, which was not reliable throughout the year because of occasions of low water levels, and which sometimes stranded boats and barges.

Monday, December 12, 2011

Korea's Got Talent

Kisah hidupnya menyedihkan namun keazaman beliau cukup tinggi. Mengkagumkan...

Thursday, December 8, 2011

Gerhana Bulan

InsyaAllah 10 Disember 2011 akan terjadi gerhana bulan penuh



Fasa gerhana bermula 7.31pm. Pada jam sekitar 8.30pm kesan gelapnya mudah kelihatan.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke Falak Online

Selamat menyaksikan fenomena alam yang menakjubkan...

Tuesday, December 6, 2011

Aurora



Ini adalah gambar aurora yang ditangkap di Tromsø, Norway,

Gambar ini diambil dari Astronomy Picture of the Day

Thursday, October 27, 2011

Perdana Menteri

Jika seseorang itu terlalu sibuk, kita akan kata padanya "Sibuk mengalahkan Perdana Menteri"

Ini adalah contoh jadual kerja PM kita:-

25 Oct 2011, 6.55pm waktu Malaysia, PM tiba di Riyadh untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud yang mangkat Sabtu lepas.

26 Oct 2011, 8.30 am, PM tiba di Malaysia dari Arab Saudi

26 Oct 2011, 10.00am, PM bersama rakyat hindu menyambut Deepavali sebelum ke sini, PM bersama warga akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai di Jalan Templer.

26 Oct 2011, malam PM telah berada di Perth untuk mesyuarat CHOGM.

Itulah serba sedikit bagaimana sibuknya seorang yang bergelar PM...

Tuesday, September 27, 2011

Neutrino lebih laju dari kelajuan cahaya?

Eksperimen CERN mendakwa neutrino adalah lebih pantas dari kelajuan cahaya. Ini adalah pemerhatian dari makmal yang berhampiran Geneva, Switzerland.

Untuk lebih lanjut sila baca CERN

Monday, September 26, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Typhoon Roke Eyes Japanese Mainland

Only 2 weeks after Typhoon Talas wreaked havoc across parts of Japan, authorities in the Chūbu, Kantō and Kansai regions of Honshu – Japan’s largest and most densely populated island, have advised over 350,000 residents to evacuate their homes ahead of Typhoon Roke which is expected to make landfall early tomorrow morning (GMT).

As of 2100 UTC tonight, Roke was centered N32°25′ /E135°20′ and moving northeastwards at 18kts with mean wind speeds of up to 90kts ( 167km/ph /104mph) close to the eye wall. Although it is expected to weaken slightly over the next 18/24hrs, the Japan Meteorological Agency (JMA) has warned that mean wind speeds of up to 85 kts ( 157km/ph) will still affect coastal regions as the storm nears Chūbu Region’s southern coastline.

Lihat Irish Weather

Monday, July 25, 2011

Berinteraksi dengan al-Quran

Umar al-Khatab menceritakan detik bersejarah runtuhnya tembok kekufuran oleh hembusan hidayah yang dihantar al-Quran ke jiwanya.

Umar berkata ketika dia masih kafir lagi: “Aku harus pergi ke Kaabah untuk melakukan tawaf tujuh atau 70 kali. Lalu aku pun datang ke sana untuk melakukan tawaf, aku melihat Rasulullah SAW sedang berdiri melakukan sembahyang, saat itu Baginda solat menghadap ke Syam (Baitulmaqdis) dan Baginda menjadikan Kaabah di antara dirinya dan negeri Syam. Baginda berdiri di antara rukun Hajarul Aswad dan rukun Yamani. Aku berkata dalam hati saat aku melihatnya: Demi Allah, jika malam ini aku mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Jika aku sudah mendekatinya dan mendengarkan apa yang dibaca pasti aku akan mengejutkannya! Aku pun menghampirinya dari balik al-Hajar dan masuk ke dalam kain Kaabah, tidak ada jarak antara diriku dan Muhammad melainkan hanya dibatasi kain Kaabah saja. Saat aku mendengar al-Quran, hatiku mencair sehingga membuat aku menangis, sejak saat itu aku beriman.” (Kata Ata’ dan Mujahid yang dikutip oleh Ibnu Ishaq daripada Abdullah bin Abi Najih)

Mengapa susah sungguh berinteraksi dengan al-Quran? Apakah kerana ayat yang kita baca sekarang berbeza dengan ayat didengar Umar? Bukankah al-Quran tetap sama dan takkan pernah berubah sampai bila-bila?

Lalu sebenarnya, di manakah kesilapan kita...

Friday, July 22, 2011

$4.8 Billion On A Yacht


The bottom of the vessel is plated in gold


A glass-covered atrium for dining


The master bedroom


The lavish upper deck

PETALING JAYA: While newspapers in Britain were abuzz with reports that the owner of the world's most expensive luxury yacht is a Malaysian, no one can confirm it.

British daily The Sun reported that the 31m History Supreme is owned by a Malaysian businessman who paid 3bil (RM14.5bil) for it.

To put things in perspective, this figure is close to the estimated cost of the country's first mass rapid transit (MRT) system, which has a price tag of RM20bil.

Comparatively, the world's biggest private yacht, the 164m Eclipse owned by Chelsea owner Roman Abramovich costs only RM3.65bil.

The Sun also reported that the History Supreme is made out of 100 tonnes of gold and platinum, which cover more than half its surface, and the base of the vessel is wrapped in gold.

The daily said the yacht's features, including the deck, dining area, rails and anchor, are all made from precious metals.

Below deck, things become even more exotic, featuring meteoric stone and a T-Rex dinosaur bone in the sleeping quarters.

The boat was built in Italy but was completed in Malaysia two weeks ago.

According to the newspaper, the businessman had approached Liverpool jeweller Stuart Hughes for this unique project.

The businessman had even asked Hughes if he could customise an aeroplane.

Hughes, who is famous for creating exclusive, gold-plated and jewel-encrusted luxury items ranging from mobile phones to aquariums, took three years to build the yacht.

“It was pretty much a case of can you make this gold, can you make that gold? We just did what we were told and are delighted with the results,” Hughes was quoted as saying.

The yacht is believed to be based on Italian yacht-maker Baia's latest One Hundred model, which costs at least RM30mil.

Lihat The Star

Thursday, June 9, 2011

Robot Ruby berjaya atasi rekod kiub Rubik

Robot yang terpantas di dunia dalam menyelesaikan Kiub Rubik telah berjaya dibangunkan oleh para pelajar di Universiti Teknologi Swinburne.

Robot itu, yang diberi nama Ruby, dapat menyelesaikan masalah percaturan warna itu dalam masa hanya sedikit melebihi 10 saat, termasuk masa yang diambil untuk mengimbas status permulaan kiub itu.

Ia dibina dari peringkat awal oleh enam orang pelajar sebagai projek tahun akhir mereka bagi mendapatkan ijazah berganda di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) dan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian).

"Ruby berfungsi dengan mengimbas setiap permukaan sesebuah kiub menerusi satu kamera web. Ia kemudian menggunakan sebuah perisian algoritma untuk merumuskan suatu penyelesaian yang disalurkan kepada robot yang berkelajuan tinggi itu menerusi satu sistem kawalan tertanam secara tepat masa," kata Professor Chris Pilgrim, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

"Gabungan kepakaran para pelajar itu di dalam bidang robotik dan kejuruteraan perisian telah membolehkan mereka untuk membina sebuah robot yang mempunyai sistem pengesanan penglihatan komputer yang pantas yang berupaya melakukan pergerakan yang sangat bertepatan.”

Pasukan itu terdiri daripada pakar komputer yang kembar seiras David dan Richard Bain, Daniel Purvis, Jarrod Boyes, Miriam Parkinson dan Jonathan Goldwasser.

Mereka telah mengemukakan permohonan agar kemahiran Ruby di dalam menyelesaikan Kiub Rubik itu diiktiraf oleh Guinness World Records. Rekod dunia bagi manusia pada masa ini untuk Kiub Rubik berukuran 3×3×3 dipegang oleh Feliks Zemdegs yang mempunyai catatan masa terbaik 6.24 saat yang dilakukan pada Terbuka Kubaroo pada 2011.

Setakat Oktober 2010, robot yang paling pantas dapat menyelesaikan Kiub Rubik, yang diberi nama Cubinator, berupaya melengkapkan percaturan warna Kiub Rubik itu dalam masa 18.2 saat.

Robot itu akan mempamerkan aksinya pada Hari Terbuka Swinburne pada 21 Ogos ini.

- Bernama

Malaysiakini

**************************************************

Nampaknya manusia lebih hebat lagi...
Lihat sini Berfikir Sejenak

Friday, May 20, 2011

BEAUTIFUL SHOTS ILLUSTRATE PHOTOGRAPHY AS A FINE ART FORM



(TOP) A Guatemalan woman walks by in Antigua Guatemala, on May 19, 2011 near the place where the presidents of Guatemala, Honduras and Salvador meet to discuss the readmission of Honduras to the Organization of American States (OAS) and the fight against crime, especially drug-trafficking, following the recent massacre of 27 peasants --allegedly carried out by Mexican "Los Zetas" drug cartel. Honduras was suspended from the OAS after the coup that ousted President Manuel Zelaya in June 2009.
(BOTTOM) Women and children run away with their belongings from a fire in Kuma Garadayat, a village located in North Darfur controlled by members of SLA-Free Will faction, a signatory of the Darfur Peace Agreement (DPA) May 19, 2011. Some shelters caught on fire accidentally while UN agencies, OCHA, UNHCR and FAO, were participating in an operation conducted by UNAMID to secure access to remote, conflict-affected areas. -- Pictures by AFP/ Johan Ordonez (TOP) and REUTERS/ Albert Gonzalez Farran/ UNAMID (BOTTOM)
May 20, 2011 10:49 am

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1MsMU6ajf

Thursday, April 28, 2011

Masjid Djenne, Mali

Masjid Agung di Djenné, Mali adalah bangunan lumpur terbesar di dunia dan model bangunan mesra alam yang berterusan. Dibina pada tahun 1906.







Masjid ini adalah umpana istana pasir yang terbesar. Apakah istana pasir ini yang dimaksudkan oleh Alleycats?

Dari jauh kelihatan seperti struktur Istana Istana Westminster...


Masjid Djenne pada tahun 1910



Masjid Tanah Melaka juga dikatakan diperbuat dari tanah.

Nampaknya manusia dan masjid ini mempunyai asal usul yang sama iaitu dari tanah...

Sijil Kelahiran Obama



Untuk berita lanjut sila lihat Yahoo

Friday, April 1, 2011

Kehebatan Messi

Dengan satu tendangan menghasilkan 2 gol...

Tidakkah itu hebat?

Friday, March 25, 2011

Bayi Ditinggalkan

Tersentuh bila budak 6 tahun diberi tanggung jawab untuk menjaga bayi yang masih kecil...

Apa yang perlu kita lakukan?

******************************************************************

JOHOR BARU: Tindakan seorang budak lelaki meninggalkan adik perempuannya berusia tiga bulan di tingkat bawah rumah mereka di Flet Taman Larkin Perdana di sini untuk bermain, menimbulkan kekecohan penduduk yang menyangkakan bayi itu merupakan bayi dibuang.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku 12 tengah hari apabila bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas oleh seorang peniaga.

"Melihat keadaan bayi itu yang hampir dihurung semut, peniaga terbabit terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Zainuddin berkata siasatan polis mendapati bayi berkenaan sebenarnya ditinggalkan secara tidak sengaja oleh abangnya yang berumur enam tahun kerana dia pergi bermain dengan kawan-kawannya.

Beliau berkata bayi itu dijaga oleh abangnya selepas ibu mereka keluar mencari kerja manakala nenek mereka pergi ke sebuah klinik.

Selain bayi itu, budak lelaki berkenaan turut menjaga dua lagi adik perempuannya yang berumur tiga dan dua tahun.

Menurut Zainuddin, bapa kanak-kanak itu tiada di rumah kerana bekerja di sebuah resort di Pulau Sibu, dekat Mersing.

"Ibu mereka yang berumur 24 tahun pulang ke rumah ketika polis masih berada di tempat bayi ditemui itu. Wanita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Larkin untuk direkodkan keterangan," katanya.

Peniaga Shahril Tugiman, 36, berkata ketika beliau temui bayi itu, dia tidak menangis.

"Saya bertanyakan kepada abangnya yang sedang bermain tetapi budak lelaki itu hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mengetahui siapa bayi tersebut. Bimbang kemungkinan bayi itu adalah bayi yang dibuang, saya terus menghubungi polis," katanya. - BERNAMA

Dipetik dari:-
Mstar

Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010

March 23, 2011

PUTRAJAYA, 23 Mac — Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

“Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun,” katanya.

Katanya bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

“Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon,” katanya.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Abd Ghafar berkata bagi kategori gagal (G) enam mata pelajaran menunjukkan penurunan, 93 stabil dan empat meningkat.

Mengenai pencapaian sekolah pula, sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan, hanya sebilangan kecil iaitu 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

“Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan,” katanya. — Bernama

Dipetik dari
Malaysia Insider

Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul

Muhammad nama diberi. Nama yang tidak lazim diguna pakai di kalangan orang-orang Arab. Sesudah dilahirkan kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah untuk menyusukan. Akan tetapi mereka menghindari bayi dari anak-anak yatim.

Tak kala itu Halimah berkata kepada Harith bin Abd'l-'Uzza suaminya:

"Tidak senang aku pulang bersama dengan teman-temanku tanpa membawa seorang bayi. Biarlah aku pergi kepada anak yatim itu dan akan kubawa juga."

"Baiklah," jawab suaminya. "Mudah-mudahan karena itu Tuhan akan memberi berkah kepada kita."

Ketika menyampaikan lamaran Khadijah kepada Nabi oleh Nafsiah binti Aliyah,

Wahai Muhammad! Katakan terus terang, apa sesungguhnya yang menjadi penghalang bagimu untuk memasuki kehidupan rumah tangga? Kukira usiamu sudah cukup dewasa! Apakah anda akan menyambut dengan senang hati jika aku mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan, dan kehormatan ? Nabi menjawab,Apa maksud mu? Ia lalu menyebut Khadijah. Nabi lalu berkata, Apakah Khadijah siap untuk itu, padahal duniaku dan dunianya jauh berbeda? Nafsiah berujar . Saya mendapat kepercayaan dari dia, dan akan membuat dia setuju. Anda perlu menetapkan tanggal perkahwinan agar walinya Amar bin Asad dapat mendampingi anda berserta handai tolan anda, dan upacara perkawinan dan perayaan dapat diselenggarakan".

Dan suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa.

Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik?

Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?

Kritikan mengenai tarikh 12 Rabiul Awwal oleh Darul Kautsar

Thursday, February 10, 2011

Katil termahal di dunia

The Baldacchino Bed, katil yang berharga USD$6.4 juta adalah katil yang termahal. Sebanyak 107 kg of solid 24ct emas digunakan untuk menghasilkan katil ini.

Sila ke Yahoo

Apakah anda akan membeli katil ini?

Andai aku memilikinya, apakah mimpi indah berlaku setiap kali mataku terpejam...

Tuesday, February 1, 2011

Mengenali komputer anda

Cuba buat ni:-

Buka notepad.
Copy ni
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

Tekan File,->save as->Filename: 1 love you.vbs->Save as type, pilih All Files.

Tutup. Klik balik dan dengar suara.

Sekiranya anda mendengar suara lelaki maka komputer anda ialah jantan.
Manakala suara yang didengar adalah perempuan maka dengan pasti komputer anda adalah betina.
Namun seandainya anda tidak dapat mengecam suara tersebut maka kemungkinan besar komputer anda ialah jenis hermafrodit

Selamat berkenalan dengan komputer anda...

Friday, January 28, 2011

Volkswagen cipta kereta paling jimat minyak





Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel

Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.

Apakah anda ingin memilikinya...

Lihat Kosmo dan New Scientist

Wednesday, January 26, 2011

Hujan ciptaan manusia...Mungkinkah?

Meteo System telah mengumumkan bahawa syarukat mereka telah mampu menghasilkan hujan di gurun Abu Dhabi. Namun begitu National Center for Atmospheric Research’s menyatakan tiada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Apakah manusia kini mampu melakukan segala-galanya...


KlikNational Geographic

Tuesday, January 18, 2011

IQ

Kajian yang dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE) mendapati bahawa lelaki kacak dan wanita cantik mempunyai IQ yang tinggi

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford)

Sila klik Metro

Aku sendiri tak tahu berapa IQ aku.

Kalau IQ aku tinggi bermakna kemungkinan besar kategori aku ialah lelaki kacak. Tak gitu...

Friday, January 7, 2011

Persaraan

Hari ini, Jumaat 7 Jan 2011 bersamaan 2 Safar 1432 diumumkan bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan bersara. Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989.

Selepas ini aku akan kehilangan suara Engku yang saban tahun aku menanti kemunculannya.

Selamat bersara Engku...

LihatmStar

Thursday, January 6, 2011

Saham

Tahun 2011 menunjukkan kenaikan saham Malaysia yang begitu mengkagumkan. Indek FBM KLCI mencecah mata yan tertinggi iaitu 1571.85.

Pada 3 Jan 2011 Indeks FBM KLCI menunjukkan taring apabila berjaya memecah rintangan yang tertinggi sebelum ini iaitu 1531.99 yang dicatatkan pada 10 November 2010 dengan ditutup pada 1533.42 mata. Satu permulaan yang baik.

Volume yang dicatatkan pada 5 Jan 2011 adalah antara yang tertinggi semenjak May 2009.

Namun begitu apakah angka-angka ini memberi kesan kepada anda?