Friday, January 28, 2011

Volkswagen cipta kereta paling jimat minyak





Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel

Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.

Apakah anda ingin memilikinya...

Lihat Kosmo dan New Scientist

Wednesday, January 26, 2011

Hujan ciptaan manusia...Mungkinkah?

Meteo System telah mengumumkan bahawa syarukat mereka telah mampu menghasilkan hujan di gurun Abu Dhabi. Namun begitu National Center for Atmospheric Research’s menyatakan tiada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Apakah manusia kini mampu melakukan segala-galanya...


KlikNational Geographic

Tuesday, January 18, 2011

IQ

Kajian yang dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE) mendapati bahawa lelaki kacak dan wanita cantik mempunyai IQ yang tinggi

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford)

Sila klik Metro

Aku sendiri tak tahu berapa IQ aku.

Kalau IQ aku tinggi bermakna kemungkinan besar kategori aku ialah lelaki kacak. Tak gitu...

Friday, January 7, 2011

Persaraan

Hari ini, Jumaat 7 Jan 2011 bersamaan 2 Safar 1432 diumumkan bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan bersara. Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989.

Selepas ini aku akan kehilangan suara Engku yang saban tahun aku menanti kemunculannya.

Selamat bersara Engku...

LihatmStar

Thursday, January 6, 2011

Saham

Tahun 2011 menunjukkan kenaikan saham Malaysia yang begitu mengkagumkan. Indek FBM KLCI mencecah mata yan tertinggi iaitu 1571.85.

Pada 3 Jan 2011 Indeks FBM KLCI menunjukkan taring apabila berjaya memecah rintangan yang tertinggi sebelum ini iaitu 1531.99 yang dicatatkan pada 10 November 2010 dengan ditutup pada 1533.42 mata. Satu permulaan yang baik.

Volume yang dicatatkan pada 5 Jan 2011 adalah antara yang tertinggi semenjak May 2009.

Namun begitu apakah angka-angka ini memberi kesan kepada anda?