Monday, July 14, 2008

5X Sehari



Ali dan Ahmad sedang rancak berbual. Sebahagian rakaman transkrip perbualan mereka.

Ali: Dalam sehari berapa kali kau solat?
Ahmad: Sudah gaharu cendana pula...!!! 5 kali la.

Ali: Kalau gitu dalam sehari, berapa rakaat yang wajib kau buat?
Ahmad:(Sambil mengira menggunakan mental arithmatik) 17 rakaat.

Ali: Kau memang muslim yang taat. Dalam seminggu berapa rakaat kau solat?
Ahmad: Banyak bertanya la pulak!!! Apa susah darab je dengan 7 iaitu 17X7=119 rakaat. (Dengan nada yang agak tinggi) Nak setahun darab je dengan 365 kalau ikut syamsiah.

Ali: Kau bukan saja muslim yang baik tapi juga arif dengan matematik hasil darab.

Ali sengaja menjolok Ahmad untuk melihat reaksi rakannya itu.

Ali: Kalau ada orang kata dia solat 117 rakaat seminggu, macam mana ha?

Ahmad:...........

Sila isi jawapan yang ditinggalkan oleh Ahmad dengan perkataan anda sendiri.

Di sini disertakan sedikit clue untuk spoon feeding.

Pertama:
Dengan maki hamun. Contoh
Ko ni tak reti basa ke? Islam dah suruh solat, ikut aje le, yang pandai-pandai reka sendiri tu buat apa. Bidaah tau tak. Faham tak apa tu bidaah?
Dan berleterlah sepuas-puasnya.

Kedua:
Dengan cara berhikmah. Sesuai untuk kalangan orang melayu. Cara lembut. Contoh
Solatlah sebagaimana engkau lihat aku solat. Itu kata nabi. Sebagai penganut yang setia kita kena ikut sunnah nabi. Apa yang nabi buat kita ikut.


Ketiga:
Jangan dilayan soalan yang gila-gila. Tak ada faedahnya. Tak meningkatkan iman.Jangan dilayan soalan seperti ini.

Apa pilihan jawapan anda?
Sila berfikir sejenak.

Oppsss....
Bagaimana jika persoalan Ali ada kebenarannya?
Apa jadi sekiranya memang Ali yang lebih ikut sunnah?
Atau memang Ali tetap bersalah?

Setelah lama menunggu jawapan dari Ahmad, maka bersuaralah Ali:

Ali: Aku dalam seminggu, aku solat Jumaat 2 rakaat bukan 4.
Ahmad:.......

No comments: