Wednesday, September 29, 2010

Salam Pertemuan

Aku kira aku bersendiri di alam siber ini. Namun hari ini telah merubah segalanya. Kini aku cuba mengutip semula cebisan-cebisan ingatan yang masih tersisa. Aku hampir lupa pada semuanya kecuali yang istimewa.

Ingatan aku kini kembali pada zaman persekolahan aku dulu. Tak ramai yang aku ingat. Namun gambar-gambar ini mampu memulih sedikit ingatan aku.

Bila aku ter"jumpa" mereka di Facebook rupanya mereka telah saling bersilaturrahim. Aku yang ketinggalan. Rupa-rupanya aku adalah makhluk asing di tempat sendiri...

Terima kasih kepada Haji Pozlan kerana sudi berkongsi gambar.




No comments: