Friday, June 13, 2008

Car Pool

Ada 3 orang sahabat dalam sebuah kereta. Minyak petrol yang sedang meningkat harga hampir kehabisan. Mereka bersetuju untuk mengeluarkan RM10 setiap orang. Oleh itu jumlah wang adalah RM30. Salah seorang dari mereka pergi membayar dikaunter.


Tuanpunya stesyen minyak telah memberi rebat sebanyak RM5 untuk mengurangkan beban pengguna. Namun juruwang tidak jujur. Ia hanya memulangkan RM3 dan menyimpan RM2 untuk dirinya.

3 orang sahabat gembira kerana mereka hanya membayar RM9 seorang atau jumlah keseluruhan RM27. Dan juruwang menyimpan RM2.

Persoalan sekarang:-

Jumlah keseluruhan RM27 + RM2 = RM29, Iaitu jumlah wang 3 orang Sahabat dan juruwang. Kemana menghilang lagi RM1?

1 comment:

mlar said...

Hanya 3 party/kumpulan yang terlibat. Sahabat, Tuan punya stesyen dan juruwang.

Pengiraan yang betul ialah:-

Tuan punya stesyen minyak RM25Juruwang RM2
3orang sahabat RM3

Oleh itu jumlah keseluruhan RM25+RM2+RM3=RM30

Selamat Mencuba.