Friday, June 13, 2008

Matematik meyeronokkan

  • Fikir satu nombor.
  • Tambah nombor tersebut dengan 7
  • Tolak dengan 2
  • Hasilnya tolak dengan nombor yang anda fikirkan
  • Darab dengan 4
  • Tolak 2

Sebentar.....

Biar aku teka berapa jawapan yang didapati.

emmmm. Jawapannya 18.

Bagaimana? Aku bukan psikik yang mampu membaca fikiran orang. Namun memang seronok bermain dengan nombor.

Selamat berfikir.

1 comment:

mlar said...

Anggap nombor yang difikirkan sebagai Y.

Prosesnya :-

[(Y+7-2-Y)X4]-2=18

Oleh itu jawapannya sentiasa 18.

Sebenarnya secara mudah, nombor yang anda pilih telah ditolak atau di "cancel"kan.

Untuk memudahkan lagi, Nombor yang anda fikirkan tambah 2 dan tolak nombor yang anda fikirkan, iaitu

Y+2-Y=2

Proses yang panjang adalah sekadar untuk mengelirukan anda. Anda boleh membuat apa saja cara yang anda fikirkan menarik.

Selamat Mencuba